SAFI BALQIS CERAH SEMPURNA MASTERCALSS

in , , by Nadia Johari, 15:47:00
hai assalammualaikum

Safi Balqis Cerah Sempurna Masterclass - Haritu, nad telah dijemput ke majlis Safi Balqis Masterclass bertempat di The Cooking House Bangsar. Dalam majlis ini ada dua sesi iaitu yang pertama sesi membuat puding parfe bersama seorang chef dan bengkel pengjaagaan wajah yang dilakukan oleh  duta Safi Balqis White Trilogy iaitu Haniz Zalikha dan pengurus kumpulan Safi iaiatu Puan Mahsuri. 


https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

Majlis tersebut bagi mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan wajah dengan formulasi khusus dari buahan semulajadi.

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

Meh nad cerita sesi pertama dulu. Sesi pertama ialah sesi masakan bersama Chef Nor Zailina (Chef Lin). Dalam sesi itu Chef Lin menerangkan manfaat kecantikan kiwi dalam mencerahkan kulit dan limau gedang untuk keperluan khusus kulit berminyak dan sensitif. Chef Lin juga telah menyediakan satu hidangan khas gabungan buah kiwi dan limau gedang sebagai langkah penjagaan kecantikan.


https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio
 
 Seperti yang dikatakan chef
“Selain daripada menitik beratkan penjagaan kulit muka, serlahkan kecantikan dari dalam dengan mengutamakan pengambilan buahan dan sayuran. Contohnya, pengamalan pemakanan buah kiwi segar yang kaya dengan Vitamin C (dua kali lebih tinggi daripada lemon) mampu mencerahkan kulit dengan lembut dan selamat. Bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak, limau gedang pula mempunyai manfaatnya tersendiri dalam mengawal pembentukan minyak”.

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

Nilah contoh Puding purfe yang Chef Lin dah buat..cantikkan dia buat..

Selesai je Chef Lin menunjukkan cara-cara buat Puding Parfe, turn kitaorang buat pulak..inilah bahan-bahannya..
 
https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

Hahaha, nampak tak adoii..dah macam mastercheff, ada masa untuk siapkan Puding Parfe ni. Memang gabra la..kalau dekat rumah memang main hentam je potong..dekat sini kene buat cantik-cantik..kene kreatif sebab akan dipilih dan menang hadiah..

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio
Tetibe Pembantu chef datang..tengok nad potong ntah ape-ape kot..hahaa..Sekali Hanis Zalikha pulak datang..adoii..lagi gabraa..

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio


Bila masa sudah tamat, masing-masing kene stop buat Puding Parfe ni dan Hanis Zalikha sebagai juri menentukan Puding parfe siapa yang paling kreatif, kemas dan tersusun. 

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

 Semua kene ketepi..hhee..dup-dup masing-masing..i tau i punya takkan terpilih sebab comot..hahaa

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

setelah meneliti,pemenangnya iala Ayue Idris..hehe..Tahniah ayue.. 

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

Selesai je sesi masakan, kami semua ke sesi kedua pula iaitu Bengkel Penjagaan wajah. dalam Sesi ini Paun Mahsuri Sulaiman menerangkan keunikan dan teknologi kecantikan Safi di dalam rangkaian Safi Balqis White Trilogy beserta cara penggunaan yang betul agar hasrat transformasi kulit cerah sempurna mampu dikecapi. 

Selaku pengurus produk rangkaian Safi, Puan Mahsuri sulaiman berkata “Dengan kombinasi formulasi teknologi inovasi kecantikan serta sains kecantikan SAFI, SAFI Balqis White Trilogy ini telah direka khas untuk seluruh jenis keperluan kulit kerana kami di keluarga SAFI percaya bahawa semua wanita berhak mendapat penjaagan wajah yang sempurna seawal usia muda remaja”.

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

Hanis Zalikha turut berkongsi rahsia kulit cerah beliau dengan memperkenalkan rutin pengamalan penjagaan kulit muka 5M Safi Balqis White Trilogy beliau iaitu "Membersih-Menyegar-Memelihara-Melembap-Menyerikan".. Menurut beliau, 5 langkah ini merupakan elemen utama bagi memastikan kulit sentiasa cerah sempurna. Biasalah Kadang-kadang produk yang kita pakai, kit amain pakai je, tapi tak tau bagaimana cara menggunakannya dan kuantitinya..

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio


Dengan nada yang bersahaja dan penuh ceria, personafikasi keayuan jenama SAFI Balqis White Trilogy- Hanis Zalikha berkata, “penjagaan kecantikan haruslah dititik beratkan luar dalam agar kulit sentiasa segar, anjal dan kurang kedutan. 5 produk asas mesti ada bersama saya semestinya Pembersih muka, Penyegar, Krim pelembap, Serum dan BB Cream daripada SAFI BALQIS White Trilogy. Selain itu, menikmati snek sihat seperti buah-buahan, serta meminum air masak yang banyak turut menjadi amalan seharian”.



SAFI Balqis White Trilogy membuka dimensi baharu kecantikan anda dengan memperkenalkan Sistem White Trilogy yang diuji secara saintifik untuk mencerah 3 lapisan epidermis kulit untuk wajah cerah sempurna seawal 3 hari. Hasil ini boleh diperolehi dengan penggunaan berterusan rangkaian Safi Balqis White Trilogy.

 Rangkaian yang diperhebat dengan kombinasi Arbutin terkenal dengan manfaat pencerahannya di dalam  produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang mampu melambatkan proses pigmentasi. Ia juga turut mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah bermaya melalui proses pencerahan 3 lapisan epidermis kulit. Berbeza daripada rangkaian produk kecantikan di luar yang hanya memberi tumpuan kepada lapisan luaran sahaja, SAFI BALQIS White Trilogy memberikan fokus kepada kronologi manfaat pencerahan wajah seperti berikut:
 
Pencerahan kulit yang efektif bukan sekadar pada lapisan luar malah meliputi lapisan dalam kulit wajah.Sistem White Trilogy diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit* untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dalam**:

3 Minit                  - Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara                                       semulajadi                                                       
3 Hari                   - Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
3 Minggu             - Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit                                                          
https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex studio

 Yeahhh
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. pehhh jeles kak nad jumpa keknis. hehehe ^^

    ReplyDelete
  2. yeye..nmpk muke kt laaaa..hehe.. :)

    ReplyDelete
  3. awak..pnjam gmbr bole? hehe..bru nk wat entry ni..nnt kt backlink eh :)

    tqqqqq

    ReplyDelete
  4. Gambar yg last tu lawak la Nad.. apa la yg K.eyza buat sampai terpejam mata.. cantik gambar2 Nad.. akak pun baru jer pas update.. ;)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2