SIJIL HALAL SECRET RECIPE DITARIK BALIK

in , by Nadia Johari, 11:54:00
hai assalammualaikum

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik - Nad memang jarang makan Secret Recipe disebabkan harga dia, last nad makan masa bulan puasa tahun lepas dekat luar ikea tu. Memang tak dinafikan kek, dan makanan dia memang sedap..lagi-lagi popeye udang dia..pergh teringat-ingat pulak..hehee..dan mr mafia pulak gemarkan lasagna dia. Nampaknya lepas ni kempunan la mr mafia dengan lasagna dia sebab sijil Halall Secret Recipe dah ditarik balik. sebab Apa??





KENYATAAN MEDIA ISU PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA BAGI SYARIKAT SECRET RECIPE MANUFACTURING SDN. BHD.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal ingin memberi penjelasan berhubung isu penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. berikutan kenyataan mengenainya yang disebarkan secara meluas di laman-laman sosial.

Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat tersebut adalah disebabkan telah berlaku perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius. Penarikan ini walau bagaimanapun adalah TIDAK disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa. Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran terhadap pematuhan piawaian pensijilan halal setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia
JAKIM juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membuat andaian pelbagai dan menyebarkan isu ini secara salah. Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-8892 5000 / 5001 (talian utama) dan 03-8892 5048 (Pegawai Perhubungan Awam) dan semakan status halal juga boleh disemak melalui Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my.

sumber : SINI 
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Penarikan semula ye...
    Huhuuu jarang makan kat SR ni sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. Last lya mkn thn lalu...Sib baik ari tu nak mkn kat cna tpi x jdi..mungkin ini hikmahnya

    ReplyDelete
  3. cemana jenama besar tapi bab2 kebersihan ni tak boleh nak jaga..patut nya lebih berhati2..kan??

    ReplyDelete
  4. salam. hee sy baru tau ni ;p

    ReplyDelete
  5. ciksu last makan kek dia.bulan 11/2014
    thankd nad berkongsi

    ReplyDelete
  6. rahsia sangat resepi tu . huhuu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2