hai assalammualaikum

Lukisan Doodle Bunga Pemberian Blogger Dayang Deno - Selama ni nad selalu baca je kisah dia dekat blog. Mulanya nad kenal dia disebabkan lukisan doodle yang dia lukis. Memang tangan dia berseni..halus je lukisan doodle dia. Memang mengagumkan bila tengok lukisan doodle dia. Masa tu nad tak tau lagi dia ade sejenis penyakit sebab tak kenal dia dari mula. Then lepas mengikuti perkembangannya, baru tau dia seorang penyakit SLE (Systematic Lupus Erythematosus). 

Apa penyakit SLE ni?..ni info sedikit nad amik dari blogger Dayang Deno..
Jom kenali penyakit LUPUS

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigalaErythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di atas muka seorang pesakit kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan sebagai Discoid Lupus Erythematosus. Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenal pasti bahawa ramai orang yang mengidap Lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit, tapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus.

Nak tau cerita lebih pasal SLE bolehla bertanya kepada Dayang Deno..hehe..Deno ni seorang yang kuat..nad kagum dengan dia. Dia sentiasa positif dan tidak cepat mengalah. Bila nad baca blog dia berkenaan apa yang dilalui, dia perlu bergantung kepada ubatan-ubatan, bukan sikit tau..banyak..untuk terus sihat. Sebagai kawan blogger kita akan bagi sokongan dekat dia. Bagusnya dia ni, dia meluangkan masa dengan membuat doodle. Cari duit dengan melukis doodle..bagus kan..

Haritu masa majlis Sepetang Bersama Blogger, akhirnya nad berjumpa jugak dengan Deno ni. Sebenarnya dah lama nak jumpa..biasalah blogger kan..dah lama dok borak dekat blog, facebook..mesti nak jumpa face to face. Then bila jumpa, ingat pemalu ka, pendiam ka..tapi peramah habis..ada je benda dia nak cerita..arghhh happy sangat..hehehe..bercerita dari kita berkenala, pasal blog then pasal lukisan doodle yang Dayang Deno buat.

Selama ni tengok lukisan dia dekat Media Sosial je, tapi dapat tengok depan-depan memang amazing kau..fuh..macam mana dia boleh buat nad cakap??..dia cakap die lukis jela..haha..kalau nad lukis pun jadi la jugak tapi jadi ape ntah lepas tu..ahhaa..Deno cakap doodle ni lukis je la ape-ape..mesti jadi..percaya kepada tangan kita..bak kata kawan dia "orang lidi pun dianggap lukisan"..heehe..memang halus je lukisan dia..sampai masa kitaorang takde buat apa-apa dekat SBB dia sempat melukis...
Terima Kasih Deno sebab bagi lukisan doodle ni.hehe.happy giler..boleh frame dan gantung nanti..
Korang kalau nak berkenalan atau tempah doodle dengan Dayang Deno boleh pergi ke
Email : pinky_deeno@yahoo.com

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. deno yang comel deno yang cute yang sentiasa kakak sayang... hu hu hu...windu pada deno...

    ReplyDelete
  2. Cantik sungguh dia lukis.. Details perghhhh

    ReplyDelete
  3. detail gak lukisan tu..yg berbakat aje boleh buat ni..

    ReplyDelete
  4. cantik dan comel semua lukisan dia.. kagum dgn bakat yg deno ada.. :)
    kagum juga dgn semangat dia..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya deno lukis!! Memang berbakat besar.. ;)

    ReplyDelete
  6. Cantik, ada bakat...
    Salam ramadhan dari BUNDA...

    ReplyDelete