hai assalammualaikum


Perempuan Mengandung Boleh Berpuasa ke? - Tahun ni puasa berlainan sedikit untuk nad. Sebab apa? sebab nad sedang berbadan dua. Ramai teman dan nurse sendiri kata, bulan puasa ni kalau larat nak puasa bolehla puasa tapi kalau tak larat , macam perut pedih ke, meragam ke better buka puasa. Ia adalah untuk keselamatan ibu dan baby dalam kandungan tu. Nad kalau boleh nak puasa la, yela pikir balik sebab malas nak ganti pausa nanti..hahaha..jadi kalau boleh puasa kita teruskan puasa..

Paling penting jangan tinggal sahur..hhehe..itu memang diamalkan sejak dulu lagi..sebab kalau tak sahur boleh lemau oo..Bersahur sangat penting jika berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Mengikut mazhab Imam Syafie, sekiranya dikhuatiri  dengan berpuasa itu akan memudaratkan ibu atau bayi atau kedua-duanya, ibu tersebut diwajibkan berbuka. Puasa itu boleh diganti di kemudian hari. Walaupun seseorang ibu hamil itu berpuasa, bayi di dalam kandungannya masih boleh mendapatkan zat makanan untuk keperluannya dengan menyerap zat yang disimpan di dalam tubuh si ibu melalui tali pusat…walaupun si ibu itu berpuasa.

Sumber dari SINI

Apa kata doktor

Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi. Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa di awal kehamilan (trimester pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, doktor-doktor tidak menggalakkan ibu-ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa.

Walau bagaimanpun, tiada satu nasihat yang seragam atau ‘one size fits all’ yang boleh digunakan oleh semua wanita hamil yang ingin berpuasa.

Oleh itu, walaupun si ibu merasakan badan mereka ‘ok’, ibu-ibu hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor agar doktor dapat memeriksa keadaan sebenar anda dan keupayaan anda untuk berpuasa.

Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:
~  kencing manis
~ penyakit hati yang tidak berfungsi
~ penyakit bronchial asthma yang teruk
~ tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
~ kehamilan kembar
~ risiko kelahiran pramatang
~ masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

 Nak puasa atau tidak berpuasa

Tidak dinafikan ada ibu-ibu hamil yang berjaya berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Bahagia rasanya dapat menjalani ibadah puasa tanpa ‘gangguan’ daripada ‘kawan baik’ kita yang selalu datang setiap bulan itu…

Namun, harus diperhatikan tanda-tanda seperti di bawah ini agar anda dan kandungan anda tidak terjejas disebabkan puasa anda itu. Lagipun, sebagai wanita hamil, anda memang telah diberi lampu hijau dari awal lagi untuk tidak berpuasa.
1. Pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan, segera hubungi doktor anda.
2. Loya atau muntah.
3. Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak/kurang menendang).
4. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda dehidrasi.
5. Berat badan tidak bertambah atau berkurangan berat badan.
6. Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.
7. Sakit kepala atau demam.

Sumber SINI
 
Wanita hamil boleh mengandung kalau mempunyai kekuatan..kalau tak kuat boleh je buka puasa..kaann..ok info untuk kita yang sama-sama pregnant.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. InshaAllah Allah akan jaga baby tu di bulan puasa ni.. Berdoa banyak2.. Apapun ena doakan akk kuat.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa Nad. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Nad dan baby:))

    ReplyDelete
  3. kite tahun lepas mengandung, Alhamdulillah sebulan berjaya puasa.. tahun ni fully bf pulak, lagilah mencabar rasenyer :P

    ReplyDelete
  4. betul tu nadia
    ciksu hri tu mmg tgh sarat dah.
    alhamdulillah..

    ciksuami yg lebih risaukan.tnya berkali kali bby gerak mcm biasa tak
    mmg kena selalu kira pergerakn baby
    selalu ckp ckp dgn baby

    yakin dengan Allah
    selamat berpuasa nad

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum nad...selamat menyambut bulan Ramadhan n selamat berpuasa...:)

    ReplyDelete
  6. hehehe sama lah kita.
    berpuasa time mengandung
    moga dipermudahkan kann

    ReplyDelete
  7. kalau x bahaya boleh lah puasa..listen to your body.

    khasiat makanan kena amik lebih dari org biasa.

    respek prgnent women!

    ReplyDelete