Articles by "Pregnant"
Showing posts with label Pregnant. Show all posts
hai assalammualaikum



Stok Roti Semasa Mengandung - Kalau mengandung je, mesti kena ada stok makanan lebih untuk kudapan sama ada untuk sarapan, lepas makann, makan petang atau tengah malam. Biasalah ibu mengandung cepat betul laparnya atau tekak ni macam tak sedap kalau takda benda nak disuap..hahaa. Kalau tak mengandung, takda nya nak beli stok makanan banyak-banyak ni. Cukupla ada satu jenis je. Kalau mengandung, stok roti kena adala. Yela, roti ni, pun mengenyangkan, murah pun murah. Macam-macam jenis ada.

Selalu setiap petang akan ada india naik moto jual roti tu lalu dekat rumah. Sampai anak pun dah tau, tu india jual roti sebab bunyi pon-pon dia tu..hehe. Asal bunyi mesti dia akan cakap " hah "..pastu tunjuk pintu suruh keluar beli. Mana taknya, dia dapatla jajan dia juga nanti. Tapi tak selalu pun beli. Bila nak je baru beli.

Masa mengandungkan Fariza pun stok roti banyak juga..haahah. Dari banyak-banyak tu memang akan habis punya. Tak kunyah pagi sebagai sarapan, mesti kunyah petang atau tengah malam. Atau lambat masak, hah, rotila yang dicarinya dulu. Tapi nad baca, makan roti jenis macam ni tak bagusla masa mengandung sebab roti ni tak bernutrisi. Makan roti gandum tu okla. Ini kerana roti ini lebih kaya dengan karbohidrat, serat, dan zat besi yang dapat membuat perut terasa kenyang lebih lama.
Takpela, tekak kita suka makan roti macam ni. Setakat ni, alhamdulillah semua ok je.

Stok roti pun dah habis. Tinggal roti gardenia putih tu je. nasib ada kaya. Makanla roti tu dengan kaya. Sekarang kena beli lagi banyak, sebab ada budak kecik tu. Dia punjoin sekali bila tengok mommy dia makan..hahaha.




hai assalammualaikum

32 Minngu kandungan ku

My Journey Pregnant

Lagi Dua Bulan Hampir Ke Due Date - Macam baru haritu dapat tau nad pregnant..hahaha. Sekarang dah 32 minggu dah..huhuhu. Lagi dua bulan hampir ke due date nak bersalin. Memang menghitung hari setiap masa..hahaa. Semua orang tengok nad, perut je membesar, tapi badan kecil. Nak buat macam mana, badan kita memang kecil. Berat sebelum tau pregnant pun, 34kg, tu pun sebab nyusukan Fariza. Sekarang berat 45kg. Tapi tengok perut, macam adik Fariza lagi besar dari masa pregnantkan Fariza. Tapi tengok berat, macam masa mengandungkan Fariza lagi berat naik..ntahla. Biasalah, lain-lain kan.

Mengandung kali kedua, lainnya masa alahan mula-mula. Teruk sangat alahan. Sampai terpaksa balik kampung 3 bulan..hahaa. Tapi lepas tu ok, dan kembali normal. Masa mengandung memang lasak selalu. Tetap buat kerja, mengemas, masak. Lagi tambah jaga Fariza. Fuh!!. Letih memang letih, tapi kita ni perempuan tak boleh duduk diam. Kalau boleh berehat, memang nak berehat seharian. Kalau ada orang gaji memang best, tapi disebabkan takda, kita la kena buat. Kalau tak buat, rasa lain macam. Lagi la kita ni pengemas orangnya..hahaa. Pantang nampak benda bersepah, mulalah nak mengemas, nak buat kerja. Takpe, buat senaman sekali sekala. Tapi kalau dah memang malas, takdenya nak buat..huhu.

Kadang mampu angkat benda berat, sambil cakap dekat anak dalam kandungan " anak, kuat ye, ibu nak buat kerja ni, kuat tau ", dan baca bismillah. Haishh..macam tu la nad. Sekarang dah 32 minggu, haritu scan, semua ok, alhamdulillah. Bila mindset kita ok, okla anak kita. Kepala bayi pun dah kat bawah. Aktif sangat bergerak. Sampai kakak Fariza kalau rasa, mesti dia gelak..hehee. Sekarang kalau berjalan, mesti sakit bawahla, sebab dia dah menekan bahagian kemaluan kita. Memang kena sabar jela. Bila dia merengkot ke kiri, ke kanan, mulalah nad sesak nafas, atau sakit.

Walaupun lagi dua bulan, barangan kelengkapan untuk adik Fariza ni takda beli lagi. Nad dah kemas yang Fariza punya dulu, dah siap-siap masuk dalam kotak khas. Belum kemas dekat beg lagi. Tapi, rasa nak beli keperluan untuk adik Fariza ni sikit juga. Mungkin bulan 1 nanti cari sikit la. Macam baju, sebab sikit sangat baju dia.

Haritu scan, doktor ada bagitau jantina, tapi dia cakap " macam"..kitaorang pun tak rasa nak scan dekat klinik lain nak tau jantina. Sebenarnya nak tau, tapi adala masalahnya. Nak juga merasa scan 3d,4d tu yang orang buat. Dari masa mengandungkan Fariza lagi teringin nak buat, tapi takpela. Biarkan jela. Takde rezeki nak buat semua tu lagi. Walaupun ada sesetengah tempat tengah buat promo RM150. Tak kisahla keluar jantina apa pun. Yang penting sihat. Keluar pun elok je. Sekurangnya Fariza ada teman nanti. Doa yang baik-baik je.

Keluarlah anak..keluar dengan sihat 

Pregnant kali ni pun nak cantik-cantik je..hahaa. Tak cantik lain macam. Korang doakan nad dimudahkan bersalin ye. Walaupun dah berpengalaman, tapi tetap takut. Yela, setiap kelahiran anak lain-lain..huhu. Harap dipermudahkan, nad dengan anak nad selamat semuanya..amin.
hai assalammualaikum

Mengandung Dan Menyusukan Anak Dalam Satu Masa - Masa mengandungkan Fariza, memang nekad nak susukan dia dengan susu badan. Alhamdulillah, impian tu tercapai sampaila sekarang usianya nak masuk dua tahun. Masa tu dah bersyukur sangat, sebab tak sangka, susu badan akan ada dan banyak untuk Fariza. Memang cukup sampai dia kenyang. Macam-macam kita ambil untuk banyakkan susu badan. Minum susu dan ambil suplemen supaya susu sentiasa ada. Tak semua orang bertuah dapat susukan anak, nad bersyukur, nad insan terpilih untuk breasfeeding anak sampai sekarang. Berita gembira buat nad dan mr mafia serta Fariza, bila mana nad disahkan hamil 2 bulan masa bulan puasa haritu. Alhamdulillah.

Kenangan masa dia tembam. Saya minum susu ibu.

Mengandung Dan Menyusukan Anak

Sekarang dah masuk 5 bulan nad mengandung. Masih lagi menyusukan Fariza. Ya!!, Fariza masih mendambakan susu mommy dia..hahaa. Sedap kot susu badan ibu ni. Berkhasiat lagi. Walaupun susu dah tak semeriah macam sebelum ni,tapi dia tetap nak susu ibu dia. Jadi, mommy dia la yang kena kerja keras untuk terus menyusukan Fariza disamping menjaga anak dalam kandungan dengan baik. Memang tak mudah, penat semua ada, tapi sentiasa berdoa dan bermohon kepada yang Maha Esa untuk memberi kekuatan, kesihatan yang baik dan rezeki untuk melalui hari-hari dengan tabah.

Masa dapat tau mengandung, nad memang siap google, cari bahan dan info macam mana nak susukan anak semasa mengandung. Memang tak salah mengandung dan menyusukan anak,bila kita ni tiada masalah sejarah keguguran dan bayi pramatang dan ibu dan bayi dalam keadaan sihat. Masa nad cek dekat klinik swasta, nad cakapla " dok, ada kesan ke kalau saya menyusukan anak sedangkan saya mengandung? ".doktor cakap takde masalah kalau ibu dan anak sihat. Tak menganggu pun. Asalkan jaga denagn baik. Bila cek bulanan dekat Klinik Kerajaan, nurse cakap suruh berhentikan, sebab takut akan ada kontraksi semasa menyusukan anak. Takut rahim tak kuat yang boleh menyebabkan keguguran atau lahir bayi pramatang. Ok memang cuak bila dengar, tapi tak boleh elak, sebab Fariza memang nak susukan badan.

Lagipun nad dan dengan anak dalam kandungan sihat walafiat. Jadi setakat ni takda masalah bila susukan Fariza.

Nad ingat lagi masa shooting untuk TV1, untuk baju feedmilk, ada seorang ibu tu yang masih menyusukan anak, dia cerita, dia masih menyusukan anak masa mengandung, sebab si abang taknak susu formula. Sampaila dia lepas keluar labour room, dapat jumpa maknya terus susukan si abang tu. Dia cerita, jangan risau, sebab susu sentiasa ada, kena percaya dan teruskan sahaja menyusu. Alhamdulillah kandungan semua selamat dan dah keluar pun si adik. Sekarang adik dengan si abang dua-dua masih menyusu badan. Masa tu nad terfikir, mampu ke aku?? Kuatkan semangat, orang lain boleh takkan nad tak boleh kan..

Pipinya..geram haishh..

Tapi pilihan nad, terpaksa ajar Fariza minum susu tepung juga. Sebab biar dia kenyang sikit walaupun dia makan berselera, tapi dia perlukan susu untuk kalsium dan tumbesaran dia. Walaupun nad dah bagi susu dutch lady dekat dia, tapi dia masih nad susu mommy dia. Bukan selalu dia nak susu dutch lady tu. sebab tu nad kena strugle sikit.

Perubahan nad alami sekarang, bila susukan Fariza, nipple nad sakit. Ya, terasa sakit sangat!!. Rasa dia macam niple kita luka msa mula-mula dulu susukan Fariza. Aduh, setiap kali dia nak susu memang seriau..hahaa. Pastu tanya akak, " kenapa erk sakit"..dia cakap masa hamil, breast ibu tengah alami perubahan. Nak usap pun sakit..hahhaa. Macam ni rupanya. Nak taknak demi kebaikan anak, nad susukan jela, walaupun sakit.

Breast Masih Bengkak

Sekarang, nad sentiasa makan cukup. Makan makanan yang berkhasiat untuk Fariza dan adiknya. Pernah terjadi, Fariza tak susu badan sebab tekak dia sakit, ada putih-putih dekat lelangit, pulak tu dia demam masa tu. Memang dia sakit bila menelan. Taknak susu sebab takut telan. Habis bengkak breast nad. Macam tak caya bila dia tak susu, breast nad masih bengkak. Masa tu dah mengandung pun. Adoii sakit giler bila bengkak. Paham-paham jela ye. boleh demam tau tak!!..Sebelum ni nad memang direct menyusu je bagi Fariza, tapi ni terpaksa pam sebab dia ada masalah tu. Lepas tu kaka suruh bagi ais. HAh!!, bagila dia ais. Alhamdulillah, kurang, dan dia menyusu. Fuh legaaa!!...

Sebab tu nad masih teruskan Fariza dengan menyusu. Nad suka susukan Fariza sebab bila dia menyusu, dia kurang sakit, takda alahan, berak pun ok. Memang nad tengok dia kuat sangat, jarang sakit melainkan bila balik kampung, ada sepupunya demam, biasalah akan berjangkit.. Bila dia kurang sakit, maka jimatlah duit ubat, dan mudah jaga Fariza ni.

Kita dah banyak akal sekarang. Nak jadi kakak dah

Memang sampai sekarang dia masih menyusu walaupun dah minum susu formula. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik sebab susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan anak, susu ibu mudah dihadam dan susu ibu melindungi anak kita daripada bakteria dan jangkitan lain. Nad harap, keluar adik Fariza, nad mampu susukan adiknya macam mana susukan kakaknya Fariza. Amin..sentiasa inginkan terbaik untuk anak-anak.
hai assalammualaikum

Punca Tak Lalu Makan Nasi - Tujuh hari akhir Ramadhan, tiba-tiba nad tak lalu makan nasi. Pandang nasi pun tak boleh. Kalau nampak nasi mesti nak termuntah. Masa tu nad ingat, mungkin malam tu nad ada minum kopi jenama kopiko. Nad ni memnag tak boleh sebarang minum kopi. Kalau salah minum kopi mesti termuntah, pening, loya, semuala, kecuali kopi badang, nad ok minum. Tapi malam tu saja nad cari pasal minum kopi jenama lain. Tujuh hari akhir Ramadhan tu, nad lalu makan mihun atau makanan berkuah je.


Walaupun dah tak lalu makan nasi, tapi tetap nak berpuasa. sebab takda fikir apa pun. Tiga hari pada tujuh akhir Ramdhan nad masih berpuasa, walaupun lemah longlai dah sebab tak makan nasi. Pertama sekali memang teringin makan mihun. Tapi tak dapat, sudahnya makan meggi. Ada buat entry meggi dekat SINI..hehe. Lepas tu esoknya, teringin pulak makan mihun sup. Bila dapat, Allahuakbar, lega tekak. Sampai licin kita makan. Kita hirup kuah dia, nikmat betul masa tu.



Kali ketiga, nak makan laksa pulak. Samalah bila dapat makana yang kita inginkan, nikmat lain benor..hehee. Pastu rasa tak cukup satu laksa..dasyat..

Lepas tiga hari, setiap sahur mesti muntah dan tak lalu tengok nasi. Masa sahur memang kena makan nasi, sebab takut lapar, buat pun untuk mr mafia. Tu pun termuntah-muntah masa masak. Tahan jela. Rasa tak boleh masuk dapur dan tak boleh berdiri lama, sakit pinggang.


Lepas tu rasa lain macam, pergi beli Urin Test. Balik tu, terus cuba. Patutla tak lalu makan semua. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan Allah nak beri. Nad mengandung rupanya. Patutla lain sangat rasa ni. Sekali jelas double line tu. Alhamdulillah..alhamdulillahh..Hajat nak bagi Fariza adik tercapai. Kesian kadang-kadang tengok dia sorang-sorang. Bila ada kawan bukan main suka lagi. Harap-harap munculnya adik dia nanti, dia gembira dan jadi kak long yang baik.

Sepatutnya boleh puasa penuh, tapi disebabkan loya terpaksa 4 hari skip..huaaa..Takpela, demi adik Fariza. Mohon korang doakan terbaik untuk kandungan nad. Syukur alhamdulillah.
hai assalammualaikum

Senarai Keperluan bayi dan Ibu - Tadi adik suruh nad senaraikan barang-barang bayi apa yang nak dibeli. Terkejut bila dia cakap, kandungan dia dah 7 bulan. Padahal haritu nad rasa macam baru 5 bulan..hahaha. Bila dia suruh senaraikan barang bayi, nad pulak yang teruja..hehhee..macam kita pulak tengah pregnant.

Sedangkan sebelum ni pregnant, barang pun main terjah je. Kan ada yang terlupa nak beli..huhuhu..mungkin ni boleh jadi panduan dekat nad untuk anak seterusnya..hehehe.

Selalunya kalau usia kandungan dah 7 bulan memang dah kena buat persiapan barang bayi. Senang nanti, tak kisahla nak beli sikit-sikit atau sekaligus. Ikut bajet masing-masing. Tapi jangan boros, sebab baby ni akan membesar. Nak beli tu ikut apa yang perlu bukan nafsu ye..hehhee


Barang bayi yang perlu sediakan

BARANG PAKAIAN

๐Ÿ‘ถ Baju lengan panjang dan seluar
๐Ÿ‘ถ Baju lengan pendek dan seluar
๐Ÿ‘ถ Romper
๐Ÿ‘ถ Baju berlubang
๐Ÿ‘ถ Topi ( baby kena tutup umbun dia )
๐Ÿ‘ถ Sarung tangan dan kaki
๐Ÿ‘ถ Bedung
๐Ÿ‘ถ Barut
๐Ÿ‘ถ Pampers

BARANG TIDUR

๐Ÿ‘ถ Set tilam
๐Ÿ‘ถ Playpen
๐Ÿ‘ถ Selimut
๐Ÿ‘ถ Kelambu

BARANG MANDIAN

๐Ÿ‘ถ Set mandian ( bedak, losyen, syampu..selalu johnson ade jual dalam sekotak )
๐Ÿ‘ถ Tuala
๐Ÿ‘ถ Besen mandi
๐Ÿ‘ถ Alas baby untuk tukar lampin atau baju
๐Ÿ‘ถ Kapas telinga dan kapas muka
๐Ÿ‘ถ Minyak telon ( wajib )
๐Ÿ‘ถ Tisu basah
๐Ÿ‘ถ Pemotong kuku

BARANG MENYUSU IBU DAN ANAK

๐Ÿผ Botol susu baby
๐Ÿผ pam susu
๐Ÿผ Nursing bra
๐Ÿผ Nipple cream ( takut luka bila anak.nyusu )
๐Ÿผ Pembersih botol susu

BARANG IBU DAN ANAK PERLU BAWAK KETIKA KE HOSPITAL








Tahniah pada yang bakal jadi ibu dan bakal dapat anak. Semoga membantu..ok nak bagi adik senarai ni..Nasib tak masukkan list Fariza juga..hahaha.





hai assalammualaikum

Terlebih Overdue Tarikh Bersalin - Ni la pengalaman pertama nad nak jadi mommy, memang bukan mudah nak bersalin, selalu tengok dekat tv, orang bersalin sakit perut, pastu pergi hospital dan bertarung nyawa nak bersalin. Tapi nad, takde tanda-tanda nak bersalin lagi. Sakit perut pun tidak, cuma sekarang perut menegang je. Tapi nanti kembali normal. 

tanda bersalin
- lendir campur darah keluar dari faraj
- sakit perut seperti hendak buang air besar
- sakit bahagian pinggang
- pecah air ketuban
- sakit semakin kerap dan tempoh sakit semakin panjang
- kurang pergerakan baby

Tarikh septutnya nad bersalin 16/10/2015.. tapi dah terlebih overdue..checkup sekali lagi 19/10/2015, dan masa tu doktor cakap 22/10/2015 ni dah kene pergi terus hospital. Sebab dah seminggu overdue masa tu. Takut jadi apa-apa, doktor sarankan ke hospital..tengok pihak hospital cakap apa. Balik tu terus massage member yang ade pengalaman bersalin, dan tau mengenai overdue ni. Memang diaorang cakap akan kene induce kalau dah memang sampai waktu. Nad pun google induce tu macam mana. Seriau jugak baca, kata lebih sakit dari bersalin normal. Kene seluk la..alahaii..nad penah tengok cerita orang putih, one born every minute..nad penah buat entry dekat SINI. Tengok pun dah cuak..apalagi kalau kita merasa. Kalau kene tahan, tahanla..takpela. kalau suruh balik tunggu ade tanda bersalin, kenela balik. Tengokla apa kata pihak hospital. Kesian mr mafia kene ulang-alik kl ke meru. 



Ramai pesan suh nad berjalan selalu supaya bukaan tu cepat. Jadi nad pun ikut nasihat mereka. Lepas habis checkup terus p shoping mall Setia City Mall. Pusing satu mall tu. Sambil jalan, sambil bergambar..hahaha..kalau boleh nak bagi bersalin cepat..bagi baby keluar dengan rela hati dari terpaksa..huhuuhu..tapi taknak keluar jugak..adehla sayang mommy..apa best sangat duduk dalam perut mommy ni..ke takut hidup dekat luar ni penuh pancaroba..heheh..


Pusing satu mall sambil tengok-tengok barang dekat dalam tu, tapi tak membeli pun..hahaha..cuma beli nombor baru untuk nad online dekat kampung ni. Lepas tu cari beg untuk mr mafia. Mr mafia buat lawak, sebab taknak takutkan isteri pikir pasal bersalin, dia nampak sarung tangan adidas, boleh dia cakap " hah sarung tangan ni buat sambut baby nanti"..adoii ingat nak sambut bola.

Lepas pusing satu mall, mr mafia yang letih lebih. Nad relaks je..sebab kesiankan dia, carila kerusi urut. Baru dia lega.





lepas jalan-jalan, apalagi pergi makanla. Tapi masa tu makan simple je. Pergi paparich minum air dengan makan fried roll bread..dalamnya ada ayam dan sayuran. Sedapp kau..

Dah kenyang, pun balikla..fuh harini nad kene pergi hospital sebab dah overdue. Apa-apa pun selalu baca doa semoga dipermudahkan.
  
teknik pernafasan semasa bersalin
- apabila terasa kontraksi akan berlaku, cuba bertenang dan rehatkan otot bahu, muka dan tangan
- apabila kontraksi, tarik nafas melalui hidung sedalam mungkin secara perlahan-lahan menggunakan otot perut dan lepaskan melalui mulut untuk menghilangkan rasa sakit
- apabila kontraksi memuncak, tarik dan lepaskan nafas melalui mulut secara pendek.

Ya Allah, semoga nad dengan baby selamat dan sihat.
hai assalammualaikum

Pengalaman Trimister Ketiga - Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk trimister ketiga nad mengandung. Macam tak percaya je. Sedangkan haritu bulan dua, nad baru tau yang nad mengandung, entry pertama bila nad tahu nad mengandung dan bakal jadi mommy..sekarang dah masuk 40 minggu..dah terlebih overdue pulak. Oh anak, taknak keluar ke..best ke duduk tempat sempit ni..mommy dengan daddy tak sabar nak jumpa kamu tau dak..:).. kesianla dekat daddy tu terpaksa dok ulang alik kl ke meru..


Dah nak dekat bersalin, mommy kene stay dekat kampung sebab takut jadi apa-apa. Jadi setiiap seminggu sekali akan check up klinik bila dah nak dekat bersalin ni. Berat nad semakin meningkat..last aritu checkup naik 50kg..huhuhu..terkejut nad..haha..tak pernah-pernah naik sampai 50..takpe baby sihat dengan jayanya kot..hahaha..nad asyik makan je, anak yang dapat makan sedap..sebab tu taknak keluar-keluar. Mommy terpaksa amik tekanan darah dua kali seminggu sebab berat badan naik.


Bila dengar pasal nak bersalin ni,siapa yang tak takut oii..sebelum kawin dah dengar macam-macam..inikan pulak turn kita pulak merasa bakal jadi mommy. Kalau boleh taknak beranak..hahha..tapi once ko dah kawin mesti nak anak kan..nak taknak kenela rasa pengalaman menjadi ibu tu macam mana. Baru tau, susah payah mak kita dulu..Tarikh due date sepatutnya 16hb..tapi 16hb dah lepas..22hb dah kene masuk hospital, khamis ni oiittt..cuak weiii..dah pujuk baby keluar dengan rela hati..tapi nak gak duduk dalam perut mommy. Google pasal induce..huishh..dasyat nad baca..takpela..tawakla,doa semoga nad dipermudahkan. 

Trimister ketiga ni, perut dah semakin membesar..banyak benda susah nak buat. Antaranya
1) susah nak menunduk - perut dah ke depan..nak tunduk pun dah susah..perut menghalang..hahaha
2) ketip kuku kaki - dah sush menunduk nak ketip kuku memang susah..nak duduk pun dah tak kene semuanya..
3) bersihkan bahagian bawah dari tutt22..sampaila ke bawah kaki.
4) tidur tak lena, duduk tak kena, buang air besar lagila..kene kangkang luas2..kadang terkepit perut..hahha


Esok nad masuk hospital..Ya Allah, cuaknya..semoga semuanya dipermudahkan. Tak kisahla kene paksa keluar asalkan nad dengan baby selamat dan sihat. Tolong doakan kami berdua ye. Terima kasih. 
hai assalammualaikum

Ragam Anak Buah bila tengok Baby Bergerak - Bila nad duduk atau baring mesti anak buah datang dekat, tengok perut nad. Nad pun kadang biarkan jela apa diaorang nak buat..hahaha..suka layan karenah anak buah ni, sebab percakapan diorang kadang menggelikan hati..ada seorang anak buah nad, memang suka baby, tapi tu la suka mengusik je baby kalau dia nampak. Bila dia nampak perut nad boleh dia cakap..


Nasrul: cik diah, besarnya perut, dalam ada baby erk ( sambil usap)
Nad: ye ada baby
Nasrul: bila baby nak keluar
Nad: hahaahaha..entahla..nasrul suh diankeluar

Tetiba baby bergerak, menendang, bergelodak dalam ni..macam-macam dia buat..


Nasrul: uishh, cik diah baby bergerak
Nad: hahahha ( gelak je mampu)
Nasrul: cik diah, baby mengamuk ke..
Nad: hahahhaha ( gelak lagi)
Nasrul: tengok dia mengamuk lagi...uish dasyatnya. Pastu terus cakap dekat abang long dia yang baby cik diah mengamuk..

Tetiba lagi dia cakap
Nasrul: kite nak suh ibu kita ada baby la..kita suka baby..
Nad: hahahahahahahha...


Nasrul ni kalau bercakap memang boleh buat orang gelak. Kalau dah datang nakalnya..ermm tak tau nak.cakap. jumpa baby habis digomolnya.
hai assalammualaikum

Rumah Ibu bapaku Syurgaku - Lama gak tak menaip ni ha..almaklumla dekat kampung sekarang ni..berehat sekejap..dah dekat sebulan jugakla nad dekat kampung ni dari raya haji haritu. Sebabnya nak menunggu hari kelahiran baby FN ni..tapi sampai sekrang dia takmau keluar lagi..alahai anak..

Dekat kl nad duk berdua je dengan suami. Suami pulak keje tak tentu..kadang keluar dari pagi sampai ke tengah malam amik gambar..kang jadi apa-apa dekat nad,susah. Sebab tu balik kampung, duduk sini. Memang best duduk kampung, salah satunya ialah bab makanan..hahahha..

Ni la tempatnya di mana makanan sentiasa ada..hahaha..nak apa, cakap sahaja, mesti dapat. Kalau dekat kl, nak mencari punyala susah..kalau kat kmpung senang je dapat. Sentiasa ade je makanan dekat kampung ni. Sebab tu berat makin naik..hahahaha..



Masakan mak memang best. Biasalah kan..dari kecik kita rasa masakan mak. Kat kampung, pagi makan, tengahari makan, petang makan, maalam pun makan. Kat sini naik moto atau basikal je beli makanan kita nak. Macam nak makan kuih, pagi dan petang ade jual. Bila lapar je mesti kene beli. Nak aiskrim dua posen dalam plastik tu, pergi je rumah orang yang berdekatan rumah dah dapat.


Kat kampung, kalau nak pergi beli, nad suruh anak buah beli je..hahaha..tu bestnya sebab ada anak buah yang ramai. Disuruh je senang je, sebab beli pun bukan lalu jalan raya besar, dekat jalan kampung je. Sebab tu apa yang selalu nak dapat..huhuu. kalau dekat kl, nak suh suami keluar, memang payahla..kalau dekat sini, kadang anal buah yang belanja..hahaha..best ke idok..best sangatlaa..


Lepastu kadang-kadang family suka buat bbq la. Kumpul ramai-ramai, masak ramai-ramai dan makan ramai-ramai. Tu bestnya..hehehe..berat seminggu naik 1.5kg,1.3kg..dah kene pulak amik tekanan darah selalu..haha..biorla..baby sihat dengan jayanya.
hai assalammualaikum


Nama baby Dah Ade Belum??? - Bila mr mafia tanya" sayang, dah dapat nama baby belum??".. dan nad pun cakap, " belum lagi"..
" haish sayang ni, kalau takde nama, kang abang bubuh nama apa-apa kang, tak suka pulak"
Nad pun jawab " ye bang..sabor ye.. nanti sayang cari dekat internet"
Dan mr mafia pesan " hah bagi nama tu mesti huruf dari FA.. lagi bagus kalau dapat FAI..dan lagi bagus kalau belakang tu mama kedua huruf H"..
Nad: "Amboii semua nak huruf nama dia..takde..nama kedua tu huruf N ok"...

Gitula mr mafia pesan bila nak bagi nama anak..huh..dia pulak lebih-lebih. Sebenarnya nama dia bermula F dan nama kedua huruf H..kalau boleh die nak kekalkan nama dia ke generasi dia seterusnya..memang takla kan..mestila nad nak ada huruf nad jugak...lagi pun nad tau, die mesti takkan cari nama anak tu..sebab die sibuk mengedit gambar..dan die lebih suka google pasal gambar..cuma pesanan dia, nama kene bermula huruf sama dengan dia..

Taknak kecewakan dia, kita pun berusahala cari nama bermula huruf F dan nama kedua bermula huruf N..kihkihkih..semalam baru cari nama anak..hahahha..nama takdelah pelik sangat, yang penting maksud dia tu mestilah elok kan..

Nak tau nama apa, biarlah nanti tunggu daftar nama. Mr mafia pun tak tau..hahahha..
hai assalammualaikum

Mother And Baby Expo Di PWTC - Selalu orang cakap beli baju baju sikit-sikit dulu,takdela terasa kuar duit banyak. Tapi aku, ntahla, bukan tak excited nak beli, cuma tunggu expo sebab barang mestila lagi murah kan. Lagipun beli barang baby newborn ni tak perlu banyak-banyak..sebab baby cepat membesar. Lagipun ade jugak baju baby pemberian akak-akak nad yang boleh dipakai lagi..hehhe..





Masa tu nad nampak banner mother and baby expo dekat pwtc, pe lagi cakap dengan mr mafia dan set time. Sebelum shoping tu, ade pulak orang jual aiskrim kelapa dekat dalam expo tu..pergh sedap kau..harga pun boleh tahan RM10 kau satu aiskrim..fuh..takpela..nasib sedap..


Selesai makan, apa lagi shopingla. Betul la orang cakap,kalau dah nampak barang baby, memang takleh berenti nak beli..hahaha..sebab semua comel, cantik sangat. Rambang mata bila tengok. Dah beli.itu,nak beli ini pulak. Sudahla masa tu tak tulis, apa yang patut beli..hahaha..main redah je..

Nasib baik tak membazir sangat. Bila apa yang perlu je..tapi kalau bab pakaian memang menguji betul..hahahhaa..macam-macam ada..murah pun murah..dapatla 8 helai gitu..


Dah habis beli, ni la hasil tangkapan mommy nad. Dah kalau mommy nad beli, memang warna biru la yang banyak..hahaha..daddy tak kisah pun..



Ni la antara barang baby yang dapat..
- baju dalam 8 helai..termasuk baju jalan sikit
- stokin baby ( tangan dan kaki)
- barut baby
- pampers
- topi baby
- tilam
- tisu basah
- keperluan barang mandi baby sekali losyen
- tuala



Yang ni hadiah daripada klinik kerajaan..pampers dengan barang mandi baby..hahha..dapat free..dengan botol susu daripada sedara belah mr mafia..alhamdulillah..kimat takyah beli susu.


hai assalammualaikum

Anak Lelaki ke Perempuan??? - Siapa tengok perutku, mesti akan tanay dah berapa bulan?..Macam biasa jawabla sekarang dah 8 bulan..bulan depan insyallah dia keluar. "hah yeke, keciknya perut"..auchhh..bab tu tak tau nak buat macam mana..dah mommynya kecik kot..hehhehe..sentiasa comel je..yang penting mommy dan baby sihat. Lepas tu soalan cepucemas keluar. "Dah scan??, anak ape??"..hahaha...biasalah orang tak sabar nak tau jantina anak kita apa kan. Diaorang macam lagi excited..huhuhuhu..

Kalau ikut kata doctor, kalau position baby cantik, awal 4 bulan lebih pon ibu2 semua dah boleh nampak gender baby sama ada yang nampak tu "bebird atau bunga". haha. Tapi kadang-kadang ikut nasib masing-masing laaa..hehe. Ada certain cepat tau, ada certain lambat. Biasalah tu, baby nak buat suprise katanya. 

Sebenarnya nad dah tau dah jantina baby kami ni..heehhe..tapi biarlah korang tau lepas dia keluar nanti..walaupun ade nad dah terlepas cakap dekat orang jantina baby ni..hehee..Orang selalu teka bila tengok perut..hahaa..orang yang dah berpengalaman la..nad pun tak tau..hhehe..Oh bawah ni nad senaraikan ciri-ciri nak tau jantina bayi lelaki atau perempuan..


1. Pergerakan bayi yang pertama
Sudah menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat berbanding perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayinya seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau enam.

2. Bahagian pergerakan bayi yang kerap
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi anda perempuan. Dan, bayi lelaki pula sebaliknya, di bahagian kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan juga lebih cenderung ke arah kiri . Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.

3. Bentuk perut
Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan perut anda pada cermin, Jika jantina janin anda adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat dan pinggang anda terasa penuh. Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun kelihatan agak tajam dari sisi depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.

4. Orang memuji anda
Cara ini adalah cara untuk anda mengetahui jantina bayi anda perempuan sahaja. Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

5. Mengidam
Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan mengidam daging setiap kali hamil bayi lelaki. Jika anda mengidam sayur-sayuran pada kehamilan sebelumnya dan bayi anda perempuan, maka perhatikan kehamilan anda yang seterusnya, jika anda lebih cenderung memakan sayu-sayuran juga. maka kemungkinan besar bayi anda adalah perempuan.

6. Kelakuan
Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat permainan budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya.. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.

Kalau nak ditengokkan senarai atas, nad macam bercampur je..ahhaha..takpela..nad cuma harapkan doakan kalian semoga nad dengan baby selamat, sihat je..bulan depan je bebeh..fuhh
hai assalammualaikum

Susu Yang Nad Minum Sepanjang Hamil - Sejak dah tau mengandung, terus minum susu, sedangkan sebelum ni nak telan susu pun payah. Cakap je susu berwarna putih tu, muka dah kriot, kriot..hahahha..kalau susu campur coklat, hah, yang tu boleh masuk dalam mulut. Tapi tengok jugak jenama, biasalah time mengandung macam-macam tak kena. Dan dalam fikiran kene minum susu putih je, supaya anak putih..ahhaha..sampai macam tu sekali..


Masa dah tau pregnant, terus beli susu dutch lady full cream. Yela, masa tu tak tau nak minum susu apa yang terbaik untuk nad dan baby. Lagi satu, masa tu pikir nak mudah je, sebab simpan dalam peti ais, pastu esok pagi, tinggal tuang dalam cawan dan minum. Mula-mula tu ok, tapi dalam seminggu tiba-tiba termuntah pulak. Tak tau kenapa, tiba-tiba hidung ni bau susu tu macam bau tak menyenangkan..hahaha..tak tau nak tafsir macam mana. Bila minum, muntah, minum, muntah memang dah tak minumla.


Lepas tu cuba minum higoat. Orang cakap time hamil ni, bagus minum susu kambing. Kita pun dengarla nasihat orang. Yela pertama kali, apa orang cakap bagus, kita pun minum. Susu Higoat ni nad cuba dulu mak punya, sebab mak minum susu higoat ni. Jadi taknak membazir, kita tester mak punya..kalau ok baru beli..hahaha..Pertama kali minum ok lagi..then esoknya, bila minum lagi..uweekkkk..bau kambing..hahahaa..hanyir norr..terus tak jadi minum...


Lepas tu pikir lagi susu apela nak minum. Nak cuba anmum, nurse tempat check up die tak syorkan sebab takut baby membesar. Ah sudah, tak tau nak minum ape pulak. Lepas tu, sepupu kenalkan susu kambing ni. Nama dia Susu kambing, formula susu segera. Siap ada collagen lagi. Alhamdulillah, susu ni nad serasi. Bau dia takdala bau sangat, ok, rasa pun sedap. Dan amalkan susu ni sampai harini. Antara bahan dia, tepung susu kambing, krimer bukan tenusu, kolagen marin (ikan), inulin (serat sumber tumbuhan).. Kadang nad tambahkan dengan tamar cocoa yang banyak khasiat. Time-time pregnant ni la minum-minuman yang berkhasiat, untuk baby dalam kandungan jugak. 


Last sekali, nad minum ialah susu moeder. Ni dapat sebab nak review. Bila dapat memang excited sebab khas untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusu. Susu ni bau dia macam nestum, sedap je, rasa dia lagi sedap, rasa vanila..memang takkan muntahla..kau rasa nak minum je kerap kali sebab rasanya yang sedap tu..hahhaaha..nak tau lebih info pasal susu moeder ni boleh tekan link di SINI


Supplement yang nad amik masa pregnant ialah minum airjus delima Gulsan. Sebab orang cakap, masa mengandung bagus makan delima, tapi tak jumpa, kita minum air delima je. Yang ni kakak yang syorkan, supaya anak cantik, masa beranak pun tak sakit. Kita pun dengar jele, beli sebotol dengan dia. Masa minum, Allah, masamnya, tapi telan jele. Lepas telan terus minum air, tekak ni dah terlekat dengan kemasaman dia. Kadang-kadang skip minum jus delima ni..hahahaa..tengok kerajinan..kihkihkih..


Lagi satu minum air Ephyra. Ramai tau Ephyra bagus minum semasa hamil. Bukan hanya untuk cantik sahaja malah untuk baby dalam kandungan juga. nak tau boleh tengok link di SINI

Ni lah antara susu yang nad minum sepanjang hamil. Nad selalu minum 2 kali sehari. Bila dah masuk 8 bulan ni dok menggatai picit-picit breast keluar susu ke idok, sekali keluar..hahahhaa..memang kene simpan stok susu banyak-banyak ni sebab lepas ni nak susukan anak pulak..