hai assalammualaikum

Produk Yang berkesan Menghilangkan Parut - Parut!!!..siapa yang suka bila ada parut hitam tertinggal dekat badan, muka, tangan, atau kaki. Sangat tak cantik la bila ada parut ni. Parut ni mungkin terjadi disebabkan kemalangan,kudis,atau macam- macam lagi yang boleh meninggalkan kesan parut. Nad pun ada parut juga, alahai bila tengok berhari-hari memang sangat tak selesa.Rasa nak siat-siat je kulit ni..rimas dengan parut hitam-hitam ni. Hari-hari nak berangan yang seluruh badan ni nak selicin tanpa cacat cela pun..hahaa.. Kadang-kadang ada yang parut sejak dari kecil lagi tak hilang sebab tak jumpa produk yang sesuai untuk hilangkannya.

Ada je cara tradisional untuk menghilangkan parut ni..tapi siapa yang rajinla kan nak buat..Zaman sekarang semua dah canggih,mudah dan cepat. Jadi nak jimatkan masa untuk hilangkan kegusaran di hati pasal parut tu,nad senaraikan produk yang berkesan  untuk hilangkan parut di muka dan badan tu. Harga semua takde mahal..semua mampu milik ok..

1) Azanis Scar Serum


Azanis Scar Serum merupakan produk rawatan parut No 1 Terlaris di Malaysia. Banyak nad baca, memang produk Azanis ni yang terbaik..Azanis Scar Serum merupakan produk yang berupaya menolong menghilangkan kesan parut di muka dan badan walaupun parut itu sudah lebih 10 tahun!!..Ramai testimoni dah gunakan produk ni..memang berkesan. Alahai gumbiranya hati ni bila parut dah hilang kan. Takde lagi kesan-kesan hitam tu.


Azanis Scar Serum memang dikenali sebagai serum hilangkan parut. Secara amnya Azanis Scar Serum membantu untuk melembapkan kulit dan bertindak sebagai vitamin antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan penuaan awal. Satu lagi kelebihan Azanis Scar Serum adalah merawat parut tidak kira parut jerawat, parut akibat kemalangan atau parut disebabkan kulit sensitif.


Azanis Scar Serum begitu mudah digunakan. harus disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari  sudah cukup untuk menghapuskan parut tegar yang ada dekat kulit kita ni ha. Pada parut baru, Azanis Scar Serum harus disapu hanya apabila luka telah sembuh, dan tidak boleh digunakan pada kulit yang luka. Azanis Scar Serum dijamin bantu memudarkan apa saja jenis parut seawal 3 minggu, tanpa bahan kimia merbahaya.

Disebabkan Azanis ni dapat feedback yang terbaik, permintaan untuk Azanis Scar Serum ni sangat meningkat sampai nad pun dah ikut terjebak membeli..memang terbaikk..parut dekat kaki akibat kudis semakin hilang..aummmm..suka-suka..


2) Bio Oil



Bio oil boleh memperbaiki parut di kulit, kerana, produk ini merupakan campuran unik minyak dari ekstrak tumbuhan semula jadi dan minyak pati semula jadi yang boleh membantu menjana semula kulit bermasalah. Di dalamnya ada kandungan Kalendula, Rosemary, Chamomile dan Lavender yang telah digunakan selama berabad-abad untuk melicinkan, mencerahkan dan menyelaraskan kulit

Nah, selain mengandungi ektrak tumbuhan, ada lagi kandungan utama bio oil. Iaitu Vitamin A, yang memacu pembentukan kolagen baru dan membantu dalam peremajaan kulit, meningkatkan keanjalan dan memperbaiki tekstur dan warna kulit. Bio Oil adalah minyak pakar penjagaan kulit yang membantu memperbaiki penampilan parut, kesan regangan dan tona kulit tidak sekata . Ia juga berkesan untuk baikpulih penuaan dan kulit kering.

Bio oil ni nad penah guna, biasalah tengok iklan macam menjadi je. Jadi nad beli la. Nad tonyoh la dekat parut tu setiap hari tapi hasilnya lambat. Lagi satu bio oil ni jenis berminyak..jadi akan rasa tak selesa la bila dah berminyak ni.


3) Dermatix


Dermatix adalah sejenis silikon Gel, digunakan untuk membantu menghalang parut luka-luka yang baru sembuh dan juga mengurangkan parut tidak matang menonjol. Ia diuji secara klinikal dan terbukti untuk melembutkan, meratakan dan melicinkan parut, dan melegakan gatal-gatal, sakit dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan mereka.

Dermatix mudah digunakan dengan kebanyakan bahagian-bahagian badan, termasuk muka, sendi dan lain-lain bahagian kulit. Ia dibekalkan dalam tiub 15g dan boleh didapati dengan atau tanpa preskripsi. Satu tiub 60 g juga boleh didapati untuk parut yang lebih besar.

4)  Mederma


Mederma terbukti secara klinikal dapat mengurangkan parut yang ketara. Ia merupakan salah satu rawatan parut yang terkemuka di dunia selama lebih 10 tahun. Dengan keberkesanan yang terbukti secara klinikal*, gel ini merawat parut lama dan baru. Formula gel proaktif menggalakkan proses penyembuhan kulit dan menjadikan parut kurang ketara.

Untuk hasil yang terbaik, gunakan Mederma sebaik saja luka tersebut tertutup atau jahitannya ditanggalkan - untuk sekurang-kurangnya 8 minggu pada parut baru dan 3-6 bulan pada parut lama. Tapi ape nad baca ada yang dah dua tahun guna, parut dia hilang sedikit je..tak taula kan..



Ni la produk yang nad pernah dengar dan ada yang nad pernah guna. Tapi nad syorkan better pilih produk yang cepat kesannya dan memuaskan hati kita kan. Siapa yang taknak kulit yang licin tanpa parut kan..kita ni memang susah nak tunggu lama-lama..jadi Azanis Scar serum la yang terbaik..Sebagai pengguna kene pilih-pilihan yang betul..lagi-lagi nak raya ni oiii...hehhe..



Sekarang ni ramai duk kalut nak mencari produk yang boleh menghilangkan parut di muka dan badan dengan mudah dan cepat.Meskipun demikian,tips dan petua orang dulu-dulu tidak boleh diketepikan.Ada jugak yang berguna dan menjadi.Contohnya penggunaan kulit kayu manis untuk menghilangkan parut di muka.Tapi,kena tahan pedihnya dek panahan kayu manis tu.Hehe.
Zaman sekarang semua dah canggih,mudah dan cepat.Jadi nak jimatkan masa untuk hilangkan kegusaran di hati pasal parut tu,saya ada satu cara yang sangat mudah untuk hilangkan parut di muka dan badan tu.InsyaAllah kita usaha,cuba dan tawakkal Allah izinkan.Mesti tak sabar nak tahu produk apa kan?heee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Assalam... dalam banyak2 bio oil tu macam best jer...

    ReplyDelete