hai assalammualaikum

Balik Kampung Di Pagi Raya - Balik kampunggg!!..oooo..balik kampung!!!..hati giranggg...wah kalau semua nak balik kampung lagu ni mesti dinyanyikan..baru rasa nak balik kampung..hehhee..harini dah satu syawal..Selamat Hari Raya semuaa...Ramai dah balik kampung sejak hari selasa lagi..Kuala lumpur pun dah semakin sunyi..nad bila balik???

Nad balik pagi raya ni haaa...lepas sembahyang raya terus gerak ke kampung..kampung takda la jauh sangat..tapi amik masa jugak dalam satu jam setengah..hahhhaa..okla tu..lama gak kan...lagipun dari bandar ke kampung Meru Klang tu hah..hehehhe...lagu-lagu raya tetap dinyanyikan...hehehhe..tahun lepas pun macam ni..pagi raya baru gerak ke kampung..dah sampai kampung terus beraya...

Tahun ni semua adik-beradik, sedara, sepupu sepapat beraya dekat kampung..memang meriah ler kalau semua dah balik..beraya di kampung lagi best, sebab kita akan ziarah dari satu rumah ke satu rumah..yela rumah kampung kan dekat-dekat..jadi satu rumah amik masa beberapa minit je..hahaa..kalau lelama tak dan..

Tips Keselamatan Meninggalkan Rumah
  1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.
  2. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. . 
  3. Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah. 
  4. Pastikan tiada barang² kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.
  5. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti berikut: Nama dan alamat Nombor telefon yang mudah dihubungi Tarikh berlepas dan balik Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti 
  6. Untuk lebih selamat, dinasihatkan mengambil polisi Insuran untuk melindungi rumah dan barang berharga.
  7. Paling penting jangan lupa baca doa.

Ok di kesempatan ini, nad ingin ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin..Doakan perjalanan kami selamat sampai..harini baby dalam beraya dalam perut dulu..hehee..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Tips yang baik!

    Jom tengok tips cerahkan bibir pula:

    http://www.dayanazahari.com/2015/07/tips-natural-way-to-get-pink-lips.html#.ValHYBNViko

    ReplyDelete