HARI-HARI MAKEUP SIMPLE

in , , by Nadia Johari, 21:35:00
hai assalammualaikum

Hari-hari Makeup Simple - Nak cerita pasal makeup lebih details memang bukan nad la..hehehhe..just cerita sikit-sikit tu bolehla..lifestyle blogger kalau boleh semua nak cerita, semua nak selit kan..hehehhe..walaupun tak sehebat beauty blogger diluar sana..tak kisahla yang penting update kann..nad ni suka tengok orang makeup-makeup ni. 

Selalu jugakla layan dekat youtube tu ha..suka tengok cara diaorang..sambil-sambil tu boleh belajar cara makeup kan..suka tengok barang-barang makeup diaorang yang banyak tu..berangan jugak nak ada barang makeup banyak macam tu tapi takde badget lagi..



Ok nad ni jenis makeup simple dan tak berat. Sejak muka dah elok sikit, dah takde jerawat, takdelah nak makup tebal-tebal..huhuhu..cukupla apa yang ada ni ha. Nad cuma pakai Safi BB Cream, bedak compact silkygirl,eyeshadow yang sekali dengan blusher jenama MISS ROSE, eyeliner, maskara dan gincu dari MISS ROSE jugak..

Setakat ni tak pernah nak beli lain..sebab ni pun dah rasa banyak makeup..hahahaa..yang ada ni pun tak terpakai..jadi kita pakai apa yang ada jele..kalau rasa nak tukar tunggu barang makeup ni habis..baru tukar kot kecuali gincu dan foundation..mana tau berkenan kan..cantik..dan fiundation yang sesuai dengan kita..memang akan beli la..



Ok pertama sekali, nad akan apply Safi BB Cream ni. sebelum ni nad guna foundation cream bb doll. Tak pernah review sebab tak sempat je..Dah habis pun foundation tu..foundation sebelum ni bukan jenis cecair, sebab setiap kali nad guna yang cecair, bila berpeluh atau berminyak je muka, mesti muka dah jadi bertompok-tompok. 

Maybe foundation tu tak sesuai dengan muka nad, kene cari yang sesuai dengan muka jenis cecair ni. BB Cream ni lain dari yang lain dengan foundation. Walaupun jenis cecair tapi elok je dekat muka..meh bagi info sikit...hehehe

Perbezaan antara BB Cream dan juga krim cecair asas ( Foundation ) :
1. Liputan ( Coverage ) – krim BB memberi perlindungan kurang daripada krim foundation dan juga ianya lebih cair dan tidak tebal. Bagi anda yang kurang gemar memakai mekap tetapi mahukan kulit yang sekata, anda boleh memakai krim BB.
2. Faedah penjagaan kulit – krim BB mungkin menyediakan lebih banyak faedah penjagaan kulit, biasanya dengan tambahan bahan-bahan tertentu untuk  menghidrat atau membaiki kulit anda manakala krim asas cecair adalah hanya untuk dipakai sebelum mengenakan solekan. Biasanya krim BB disertakan dengan sunblock, pemutih wajah, ataupun pelembap.
3. Warna – krim BB mempunyai julat warna yang sangat terhad , biasanya 1 atau 2 warna – yang berada dalam pelbagai warna natural – NC25 dan ke bawah. Krim cecair asas ( foundation ) cenderung untuk mempunyai 5 hingga 10 warn. Anda juga perlu berhati-hati dengan undertones krim BB yang cenderung untuk menjadi merah jambu dan bukannya kuning yang boleh membuatkan warna kulit anda nampak kelabu atau ashy.
4. Penggunaan – krim BB adalah yang terbaik digunakan dengan jari anda. Hanya titik sedikit produk di seluruh muka dan tepuk produk ke dalam kulit dengan jari anda sehingga anda mempunyai kulit wajah yang sempurna. Cecair asas boleh digunakan dengan berus stippling, paddle brush, atau jari anda sendiri.



Lepas apply BB cream, nad akan buat dekat mata pulak bubuh eyeshadow. Bahagian mata nad ada tengok youtube letak garisan hitam dekat tulang mata, lepastu, letak colour cerah dekat mata, diikuti dengan warna gelap..hehehe..menjadi jugak weii..sebab buat hari-hari..hehe..set eyeshadow sekali dengan blusher..jimat dekat situ..aritu buat dekat sepupu nak kawin..nasib lawa..hahahha...sebab dia pun nak makeup simple je..nad jarang guna blusher sebab tak reti..hahaha..




Lepas tu bubuh eyeliner. Nad suka eyeliner jenis tajam ni sebab mudah nak bentuk. Eyeliner ni ada dua, jenis tajam, belakang jenis pensil. Yang tajam tu nad guna untuk atas mata, dan suka buat bentuk tajam hujung mata..Suka pakai eyeliner sebab dia besarkan mata, walaupun mata dah besar tapi still nak pakai sebab taknak mata nampak kuyu. Yang pensil tu pulak pakai untuk bawah mata..tak banyak sebab dia boleh mencomotkan mata. Eyeliner ni beli masa ada artis buat jualan. Lepas tu pakai maskara. Untuk melentikkan bulu mata tu.


Lepas tu tepek-tepek bedak sikit. Nad tak sekali sapu..nad suka tepek-tepek sikit je..macam cop-cop gitu..Sebelumni pakai bedak pixy, tapi bedak pixy dah habis, pergi guardian ingat nak beli pixy jugak tapi ternampak bedak silky white ni dengan harga murah sekali free remover makeup..ape lagi amikla..hahaha



Last sekali bahagian bibir la..Gincu banyak warna macam nad tunjuk dekat SINI. Tengok nad la nak pakai mana yang sesuai pada hari tu. Dah tepek letak lipgloss bagi bersinar bibir..hehehe..tak sempat pakai dalam kereta je..



Ok dah siap..tu sahaja makeup yang nad selalu guna..tadaaa..dah boleh jenjalan dan pergi event..
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. alaa..syira sampai skrg tak reti make up

    ReplyDelete
  2. same la kitee..suka tengok kat utube gak..hehee

    ReplyDelete
  3. kalau ada event je akak mekap lebih skit...pi opis pun x mekap sgt..tp as a secretary kena la mekap..

    ReplyDelete

  4. pandai nad. kreatif juga

    ciksu suka tgk org make up nmpak lwa. tp sndiri mekap xda la pandai.. just teek tepek apa yg perlu tp ciksu suka blusher.. hihihi

    ReplyDelete
  5. saya nk pakai lipstik pn tk lepas...comot2 jadinya...hehehe

    ReplyDelete
  6. saya nk pakai lipstik pn tk lepas...comot2 jadinya...hehehe

    ReplyDelete
  7. wah..simple n nice la kak nadia..hehe. sy ni harap je ada barang mekap satu set, tapi yg gunanya sikit ja..sebab lebih suka mekap simple ceni jgk.. huuu

    ReplyDelete
  8. simple pon dah cun melecun, hehe~~

    ReplyDelete
  9. Simple makeup yang cantik tu..... hehehe
    www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2