hai assalammualaikum

Kemeriahan raya Mesti Ada Bunga Api Dan Duit Raya - Alhamdulillah, dah masuk tujuh syawal, cerita syawal macam banyak pulak, tak habis-habis ni..hahaha..biasalah syawal kan sebulan..syawal memberi kemenangan kepada kita sebagai umat Islam yang sudah menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Sebutnya sahaja Bunga Api dan Duit Raya memang seronok sewaktu nad kecik-kecik dulu. Dua benda ni la yang dinantikan masa nak tibanya Syawal..hehee..sekarang dah besar pun masih excited lagi dengan dua benda ni..kalau takda dua benda ni macam tak meriah raya..

Bunga api/mercun

Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-
1)   Mudarat Kepada Diri
2)   Mudarat Orang Lain
3)   Pembaziran


Memang bila tibanya nak Syawal, berdentam dentum bunyi mercun di mana-mana. Bukan setakat mercun,meriam pun masih ada lagi. Walaupun dikatakan mercun atau bunga api ni mengganggu orang lain, tapi jika tiada, senyap je, macam takde erti Syawal ni. Walaupun bunga api dikatakan bahaya, kalau digunakan betul-betul, insyallah takda masalah.


Lagi elok ada pantauan daripada orang besar bila kanak-kanak bermain. Memang banyak kes budak terkena mercun, putus jari, budak-budak sekarang advance, kadang-kadang mercun direka untukdijadikan hebat,last-last, terputus jari diaorang baru nak insaf... tapi kalau kita cakap "tak boleh main mercun"..mesti kanak-kanak akan beli jugak kan..sebab dah jadi macam perkara biasa bila nak sambutnya Syawal ni. Nak selamat beli je bunga kucing atau bunga api warna warni tu..takpun mercun bawang....huhuhu..

Memang dikatakan membazir beli bunga api ni disebabkan kita keluar duit banyak-banyak,pastu dibakar bunga api tu, pastu dibuang..hahhaa..nampak tak pembaziran disitu. Tapi disebabkan nak bagi kemeriahan Syawal tu kadang-kadang ibu bapa pun beli. 

Duit Raya


Ni part yang paling best bila tibanya Syawal, lagi-lagi budak-budak. Orang suruh datang beraya, berziarah tapi datang rumah orang tak sabar nak duit raya. Kadang tak makan pun kuih muih yang disediakan tetamu. Ish tak baik macam tu, kene ajar anak-anak kita cara ziarah tetamu. Baru la pikir duit raya.  Jadi ibu bapa la yang kene ajar anak-anak mereka tu.


Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-
كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)

Kanak-kanak yang berkunjung ke rumah sanak saudara, rakan dan rumah terbuka tentu seronok bila menerima duit raya yang dihulurkan oleh tuan rumah. Ada yang bersampul dan ada yang diberi begitu saja, sama ada duit syiling atau kepingan duit kertas baharu. Pemberian duit raya ini sangat wajar diteruskan.. mungkin ada yang berkata ianya bakal mewujudkan amalan negatif (beraya sebab nak duit raya), namun ianya bukanlah matlamat asal beraya. 

Raya ni kita nak kongsi kegembiraan. Kalau dalam bulan puasa, kita banyak bersedekah, kenapa tidak diteruskan pada bulan-bulan selepasnya? Tak rugi kalau rajin bersedekah ni, malah akan menambahkan lagi keberkatan dalam harta kita. Setiap pemberian kene ikhlas. Sebagai ibu bapa juga, duit raya ni boleh disimpan di dalam bank untuk masa depan mereka. Takdelah mereka boros je, lainlah mereka dah besar, taulah mereka nak buat apa dengan duit tu.

Bila nad pikir balik, rugi dulu duit raya boros..hahaha..kan menyimpan itu elokkk..huhuhu..kalau tak duit mesti dah berjuta..

Kesimpulannya, walaupun banyak negatif, tapi bila niatkan ia positif, gunakan secaar betul, insyallah ia akan positif dan takkan ada apa-apa yang berlaku..lagi eriah syawal tu bagi kita semua.








 
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. kalau tak ada dua benda ni memang rasa tak meriah je raya..

    ReplyDelete
  2. nasib baik laa tak meletoppp dalam kotak tuuu

    ReplyDelete
  3. Bunga api dan mercun tu dah jadi macam petanda musim perayaan di Malaysia bermula.. :)

    ReplyDelete
  4. ooo patut la x meriah raya kita tahun ni. xdpt duit raya rupanya. Sudikah nad memeriahkan raya kita tahun ni? eh kbai

    ReplyDelete
  5. pkir baik inhsaaALLAH baik2 kan nad..

    ReplyDelete
  6. hmmmm bila last main mercun tah

    ReplyDelete