hai assalammualaikum

Safi Ramadhan Al-Mubarak - Haritu nad dapat jemputan ke Safi Ramadhan bersama-sama berbuka puasa dengan Duta Safi iaitu Hanisalikha dan Nora Danish dan artis lain. SAFI, jenama halal no.1 Malaysia mengimarahkan kemuliaan bulan Ramadan dengan menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa dan solat tarawih yang bertempat di Royale Ballroom, Royale Chulan, Mutiara Damansara.

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

Siapa tak kenal dengan jenama Safi. Dah lebih 20 tahun jenama halal no 1 ni di Malaysia. Safi memahami kehendak kecantikan wanita dengan inovasi produk kecantikan dirumus dari formulasi teknologi kecantikan terbaik. Seiring dengan moto jenama Safi, Selamat & Suci. Seterusnya sesi bicara Srikandi SAFI telah membawakan dua wanita SAFI yang menjadi inspirasi setiap wanita, Nora Danish – Duta SAFI RANIA GOLD dan Hanis Zalikha- duta SAFI BALQIS berkongsi pendapat perihal penampilan, keyakinan serta keindahan bulan Ramadan.


Tips-tips Kecantikan dan Penampilan 

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography


Safi Balqis white Trilogy
“Pada pendapat Hanis, kunci keyakinan diri seorang wanita itu adalah yakin dengan keunikan personaliti dan kebolehan mereka yang tersendiri dan serlahkan ia dengan penampilan menarik bermula dengan kulit muka cerah sempurna dan tona sekata. SAFI BALQIS WHITE TRILOGY melengkapkan transformasi keyakinan dan penampilan diri saya sekaligus menyerlahkan personaliti dari luar dan dalam”, Hanis berkongsi pendapat mengenai kunci keyakinan diri seorang wanita. 
 
“Hanis percaya di dalam bulan Ramadan ini, selain daripada pengamalan diet yang seimbang untuk memastikan kesihatan tubuh badan kelembapan kulit wajah juga harus dititik beratkan bagi memastikan kita kelihatan segar dan berasa bermaya dalam menguruskan agenda sibuk seharian

Bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka biasa, Hanis sarankan penggunaan Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGYKrim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.

Bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka berminyak, Hanis sarankan mereka menggunakan Pelembap Muka Hydragel SAFI BALQIS WHITE TRILOGY. Uniknya produk ini ia berasaskan air dengan tekstur gel yang sesuai untuk kulit berminyak. Formulasi yang bertekstur ringan ini meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Kandungan asid hialuronik di dalamnya mengekalkan lembapan dan kesegaran pada kulit” Hanis Zalikha berkongsi rahsia kulit cerah sempurna, lembap dan bermaya dibulan Ramadan.



Safi Rania Gold 


Duta SAFI RANIA GOLD – Nora Danish pula berpendapat bahawa tiada jalan mudah untuk kecantikan. “Pada pendapat saya seorang wanita yang cantik adalah wanita yang cantik dari segi luaran dan juga dalaman. Aura kejelitaan seseorang wanita itu terzahir daripada sifat displin mereka dalam memelihara dan merawat kulit muka dengan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian secara berterusan agar kulit muka mendapat manfaat sepenuhnya”. Tambah beliau lagi, “setiap hari adalah hari yang baru untuk kita memperkayakan diri dengan ilmu dan memperindah personaliti kita dan itu tidak berlaku dalam masa yang singkat”.

Bebicara soal rejim kecantikan, beliau bersetuju bahawa wanita seusia beliau perlu menggunakan produk penjagaan kulit muka yang sesuai dengan keperluan kulit diusia tersebut. “Ada wanita yang beranggapan rejim kecantikan anti penuaan hanya diperlukan apabila usia menjangkau 40an, namun tidak ramai yang mengetahui Apabila usia anda mencecah pertengahan 20an, kolagen yang dihasilkan secara semulajadi di bahagian dermis kulit mula berkurangan. Akibatnya, kulit akan kelihatan kusam, kurang anjal dan tidak bermaya”.

“Pada hari ini saya ingin kongsikan dua produk SAFI RANIA GOLD yang menjadi kunci keyakinan diri saya dan rahsia raut wajah cerah dan remaja. Produk yang pertama semestinya Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD. Serum No.1 di Malaysia ini efektif dalam mengembalikan Keremajaan Kulit. Ia mengandungi 50x lebih BIO NANO EMAS untuk meningkatkan penghasilan kolagen dengan lebih efektif. Selain daripada itu ia mengandungi molekul lebih kecil dan efektif untuk menyerap jauh ke dalam kulit agar memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Gunakan ia selepas mengguna penyegar dan sebelum memakai krim pelembap”, ujar Nora lagi.

“Produk kegemaran saya yang kedua ini amat membantu dalam mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit terutamanya di dalam bulan Ramadan ini. Losyen Minuman Wajah SAFI RANIA GOLD mengunci lembapan & meremajakan kulit serta mengekalkan lembapan dan melicinkan kulit wajah. Bio Hialuronik di dalam produk ini mengunci lembapan dengan optimum sehingga 24 jam. Ia umpama meminum Sehingga 8 gelas air”, Nora berkongsi Rahsia kulit kelihatan lembap dan bermaya. 

Didalam sesi takzirah SAFI yang mengangkat tajuk “Halal Toyyiban”, Imam Muda Asyraf berkongsi tentang pentingya mencari rezeki yang halal dan melengkapkan kehidupan seharian dengan barangan yang halal. Selain dari itu beliau juga turut menyentuh topik “Ikhlas dalam memberi”, mengingatkan kepada para hadirin pentingnya berkongsi rezeki,ilmu yang diperolehi sesama insan dalam menegecapi hidup yang barakah


Nurani setiap insan terus diperkaya dengan alunan Dzikrullah oleh Hafiz Hamidun dan silaturahim setiap insan dieratkan dengan sesi berbuka puasa bersama-sama Duta SAFI BALQIS– Hanis Zalikha dan Duta SAFI RANIA GOLD Nora Danish dengan menikmati seleksi hidangan citarasa tempatan serta pemanis mulut istimewa yang diinspirasikan oleh tiga rangkaian produk SAFI seperti Pulut Tai Tai SAFI BALQIS, Bingka Ubi  dan Talam  Emas SAFI RANIA GOLD  serta  Kuih Seri Muka, Talam Keladi dan Kuih Lapis Pelangi SAFI SHAYLA.

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography


Akhir sekali menu berbuka puasa yang sangat awesome..

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex photography
Terima kasih safi..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours