hai assalammualaikum

Suka Makan Aiskrim Ketika Mengandung - Kalau sebelum hamil, makan aiskrim takdelah sekerap sekarang..kalau tak dapat aiskrim pun takpe..tapi sejak hamil ni..keinginan nak aiskrim tu membuak-buak..hahaha..kalau tak dapat rasa nak meronta..last-last mr mafia belikan stok banyak-banyak aiskrim dekat rumah ni..berbekas-bekas die beli..sebab dia tau isterinya mesti nak mkaan aiskrim lepas makan nasi..atau makan sambil tengok tv..

Hahha..memang rutin nad sejak hamil suka makan aiskrim lepas makan nasi, sebagai pencuci mulut katakan atau makan sambil layan tv..ada kawan blogger komen dekat facebook, automatik bila mengandung, akan suka makan aiskrim..hahaha..memnag betul..semua jenis perisa aiskrim boleh masuk..lagi-lagi dengan cuaca panas ni, ibu mengandung cepat rasa panas..jadi bila dapat makan aiskrim nikmatnya tak terkata..lepas je makan aiskrim, baby dalam kandungan pun mulala bergerak sana sini..hahha..agaknya dia pun suka makan sekali...hahaa..tu la yang nad rasa..


Dekat rumah ni sebelum ni ade dua bekas aiskrim..perisa vanila dan perisa campur..perisa vanila memang wajib ade, sebab kami berdua suka perisa vanila..lepas dua-dua bekas habis..mr mafia beli lagi 4 bekas aiskrim..kau tengok dia punya tambah..taknak isteri meroyan..hahaha..beli stok banyak-banyak..yang tinggal 3 bekas aiskrim sebab satu bekas tu dah habis..hahah..tiga bekas yang tinggal..aiskrim vanila, coklat dan perisa buah-buahan



Yang perisa buahan-buahan ni pertama kali mr mafia beli. Tak rasa lagi..tapi nampak macam sedap je..huhuhhu..memang bagus aiskrim buah-buahan ni..takdela asyik coklat dan vanila je..

Ada mitos mengatakan makan aiskrim tak elok..ermm takdela pulak penah dengar..huhuhu..korang janganla makan aiskrim je dari pagi sampai ke malam sampai tak makan nasi..hahaha..adehlaa..ais krim adalah makanan yang selamat dinikmati oleh ibu mengandung kerana ia diperbuat daripada bahan asas yang mengandungi susu, lemak dan kalsium iaitu nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu sepanjang kehamilan.

Semasa mengandung, ibu memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang janin yang dikandung dan menguatkan tulang ibu sepanjang kehamilan. Ini kerana semasa mengandung, ibu akan mengalami perubahan hormon dimana keperluan kalsium meningkat daripada biasa. Jadi, ais krim merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk dinikmati oleh ibu mengandung.

Jadi, banyak kebaikan ais krim untuk ibu mengandung... antaranya:

  • sumber kalsium yang baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan
  • mengatasi masalah kegemukan dan berat badan berlebihan jika mengambil ais krim dalam kuantiti yang betul
  • mengatasi masalah loya dan mual di awal kehamilan.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Betul..waktu hamil doktor pon suruh mKan bnyak aiskrim bersusu elok tuk baby ..huhu ish! Jd teringin aiskrim plk gambao2 awok ni..:D

    ReplyDelete
  2. kena buat stok aisrim byk2 camni...heeee

    ReplyDelete
  3. sama! kak yoorin pon masa preggy suka makan eskrim.... siap buat eskrim malaysia tuu..gigihhh

    ReplyDelete
  4. Banyaknya aiskrim!!!Time pregnant memang panas..lagipun better makan aiskrim dari makan asam jeruk yg tak berkhasiat tu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2