hai assalammualaikum

Borak Dengan Anak Dalam Perut - Dari awal kehamilan lagi nad dah suka bercakap dengan babyi dalam perut ni ha..heehhe..selalu cakap " anak mommy kuat ok..membesar dengan baik, dan sihat ".."jangan nakal-nakal ok.."..kalau termuntah makanan mesti cakap " anak mommy tak suka erk makanan tu, minuman ni.."..hahahhaa..syok jugak..sekarang usia kandungan masuk 8 bulan..lagi sebulan nak tunggu dia keluar..masih lagi berborak dengan dia dalam perut ni..sampai dia bergolek-golek dalam perut.


Bayi dalam kandungan anda telah berupaya mendengar dalam usia 26 minggu atau trimester ketiga. Cecair ketuban menjadi pengantara penghantar gelombang suara yang baik untuk janin sehinggakan rangsangan suara dari sekeliling dan dari luar rahim juga dapat didengari olehnya

Memang seronok berborak dengan baby dalam perut ni. Kadang-kadang dia macam paham je..sebab bila cakap behave..alhamdulillah..dia behave..hahaha..Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda.  Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa.  Anggapan itu adalah salah. Kalau bercakap sejak kandungan mesti dia cam suara mommy kan..hehee..

Biasa kalau nad berborak dengan baby dalam perut ni, nad akan usap-usap perut dia. baby dalam perut memberi tindak balas terhadap sentuhan, usapan dan tekanan di perut ibunya. Haaa...masa nilah boleh main 'kejar-kejar bersama baby dalam perut"..hehehe..bukan main kejar lari-lari tu..tapi


  • Mengetuk perut dengan beberapa kiraan kemudian menunggu janin memberi tindak balas. Antara tindak balasnya adalah menekan kaki atau tangannya ke permukaan perut ibu.
  • Mengusap-usap bahagian perut yang menonjol akibat tekanan yang dilakukan oleh tubuh janin.
  • Menekan bahagian perut yang menonjol kerana tekanan kaki dan tangan janin. Biarkan dia membalas dengan menunjukkan tonjolan di bahagian lain di perut anda.
Satu lagi sejak dari awal kehamilan nad akan dengarkan surah-surah ibu mengandung dan mengaji. Kalau dekat handphone, nad akan pasang headphone dan letak dekat perut. Sebab kadang kalau dengarkan surah-surah ni, baby dalam kandungan akan berehat sekejap dan duduk diam. Macam dia menghayati ayat yang didengar tu. Memang saat paling best bila time mengandung ni..ehehhhe..





Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Memang elok bercakap dengan anak dalam perut ni. Saya pun amalkan dahulu.

    ReplyDelete
  2. uncle suka pompuan ngandong, muka ada glowing!

    ReplyDelete
  3. bestnyaa.. bilalah nak merasa macam tu.. huhu

    ReplyDelete
  4. wahhhh taniah taniahh ... pipie follow sini .. jemput melawat mummy to be

    ReplyDelete
  5. masa sy mengandungkan anak pertama dulu, syaa ckp dgn perut, pastu dia akan kick perut sy.haha..tp nampak best la sebab ada respon. :D :D

    ReplyDelete