hai assalammualaikum

Fariza Demam!! Apa Yang Mommy Daddy Buat??- Perkara yang nad paling risau dan cuak bila ada anak ni ialah demam. Bukan setakat demam , tapi package dengan selsema dan batuk. Yela, demam ni jangan dibuat main-main, lagi-lagi baby baru 3 bulan ni. Takut apa-apa jadi sebab badan diaorang belum kuat lagi.


Minggu lepas Fariza batuk dan selsema, nad biarkan dulu sebab tak.nampak teruk. Nad bagi ubat batook ori dekat dia. Baby ni mudah berjangkit, fariza jangkit dengan daddynya. Sebab daddynya demam dan batuk. Satu malam tu, tiba-tiba badan dia panas sangat. Nad dah takut. Yela dahla berjauhan daripada keluarga, pengalaman pertama jadi ibu, tak tau apa perlu buat. Bila dah jadi mommy ni, benda yang tak tau terus kita tau. Nad google la, apa lagi kan. Malam tu, nad tuam dia dengan air suam, lepas tu sapu dengan air asam dekat badan fariza bagi suhunya turun. Mana yang tak pasti, nad tanya orang berpengalaman. Lega sikit dia bila kene tuam. Cuma dia akan merengek bila batuk. Yela batuk tu menyeksakan. Kita kalau orang besar pun tak larat bila batuk, inikan budak.


Siang tu, nad dengan mr mafia bawak fariza pergi klinik pakar kanak-kanak. Tak pernah tau ada klinik pakar kanak-kanak, sampailah ada anak ni..hahha..kadang-kadang baca blog orang cerita pasal paed??. Apa itu paed??. Terfikir..lepas tu tanyala dekat seorang ibu ni, paed tu apa??. Baru tau paed tu Paedatrician..doktor pakar kanak-kanak. Macam-macam ni baru tau lepas jadi mommy. Perkara terbaik, untuk melihat keadaan fariza. Sampai klinik, alhamdulillah, doktor kata fariza cuma hangat je badan dia..masa di amik suhu cuma 37.4℃..mommy tau anak mommy kuat. Doktor cek semua ok,pernafasan dia pun ok. Doktor bagi ubat demam,selsema dan batuk..doktor pesan ubat demam dibagi bila dia demam je..kalau bawah 37 tu..tak perlu.


Ubat!!ermmm..ramai cakap tak disarankan bagi baby ubat demam,selsema dan batuk ni. Masa fariza dalam pantang pun dia ada gak demam, tapi nad tak pernah bagi ubat. Tapi kali ni terpaksa bagi untuk kurangkan sakit dia. Tapi nad tak bagi ikut apa yang disuruh, dos pun nad tak bagi banyak..kurangkan sikit. Yela baby kan kecik lagi, takut tak tahan dengan ubat. Nad terpaksa bagi ubat batuk sebab batuk dia teruk, tapi macam nad cakap tadi, bagi kurang daripada apa yang sepatutnya. Untuk ubat demam dan selsema, memang nad jarang bagi..hahha..ubat demam, sekali je bagi, ubat selsema baru dua kali. Sebab nad selalu tuam fariza dengan buat tepuk precussion untuk keluarkan hingus dan kahak.

Alhamdulillah..demam dia dah pulih, macam tu jugak dengan selsema dia. Tapi batuk pulak tak baik-baik lagi. Kesian tengok dia batuk je..penat je rasa tengok tu..ermmm..Masa fariza demam, dia kerap berak..lepas nyusu mesti berak, nad pikir sebab nad ada makan benda yang dia tak tahan ke??.. tapi nad makan macam biasa je..tak pedas. Pastu ade member bagitau biar anak kerap berak sebab kahak keluar masa dia berak..ermm okla..lega sikit dengar..sebab kadang berak ada lendir-lendir sikit..maybe tu kahak dia.



Bila time malam, pahan-pahan jela, datang dia ounya meracau..bukan sebab demam, tapi batuk dia. Dia tak selesa, jadi daddy yang tenangkan dia sampai dia tido. Daddy dukung dan goyang-goyangkan sikit bagi dia selesa.

Apa nad buat untuk baby Fariza masa demam.
- buka pakaian dia, hanya pakai pampers dan stokin. Pastu tuam dengan gunakan tuala. Malam-malam pun macam tu..tido berbogel, letak kain tuam atas badan dia. Tuam dekat kepala.
- jangan halakan kipas ke fariza, bagi dia berpeluh..terus demam nya ok.
- tetap mandikan dia dua kali sehari. Walaupun doktor tu cakap jangan bagi kene air, tapi kakak nad penah cakap, mandikan je, sebab demam baik bila dia mandi. Yela demam tu panas, bila kene air, sejuk je badan dia.
- buat tepukan precussion. Keluar sikit hingus dia. Tapi selsema dia dah hilang jugak.
- Bagi ubat batuk tapi tidak bagi apa yang disarankan. Kurangkan dos. Sekarang minum ubat batuk je.
- Buat bawang bakar letak dekat tapak kaki.
- Selalu bagi susu badan dekat baby fariza.


Alhamdulillah..semua ni nad buat demam dan selsema dah takde..tak smpai seminggu..tapi sekarang cuma batuk je yang merisaukan. Sampai mak pun dah berjangkit dengan anak.adoii..tapi mommy kene kuat,takleh demam. Nanti kene dekat anak balik kang. Mommy kene batuk je..adehh..musim betul sekarang. Jaga anak korang baik-baik ok. Baby mudah berjangkit..



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Alahai comel je mommy ngan baby..hihi...
    Cepat sembuh ye syg

    ReplyDelete
  2. alahai.. ayat yang pasal ubat demam tu kan, sama macam ayat yang doktor bagi kat teman masa teman beli ubat untuk kucen teman nyiau2 tu.. kalau suhu bawah 38, tak demam.. tak perlu bagi ubat demam tu.. sebab? sebab kalau kita bagi jugak.. takde effect pun ubat tu, rugi je bagi..dan nanti takut tubuh kucen/baby tu dah lali dengan ubat demam tu.. so, dikhuatiri pada masa akan datang ubat demam biasa tu dah kuat untuk kucen/baby tu.. he3..

    ReplyDelete
  3. apa-apa pun.. semoga cepat sembuh yea baby comel, Fariza.. =)

    ReplyDelete
  4. Good sharing.. Alhamdulillah baby comel dah sembuh..

    ReplyDelete
  5. nais sharing. Hari tu anak IQ demam batuk sampai kena sedut dekat hospital. sedih tengok

    ReplyDelete
  6. zizie pernah bawa anak saudara pergi klinik kerajaan.. doktor ckp, skrg mmg dah tak kasi ubat batu dan selsema untuk baby sebab kes ada baby meninggal sebab tak tahan dengan ubat.. masa tu, anak sedara zizie 9 bulan.. so, zizie mcm pelik sikit anak kak nad baru 3 bulan dapat ubat batuk dan selsema.. tapi, alhamdulillah la fariza dh ok... strong girl :)

    ReplyDelete
  7. moga baby fariza segera sembuh...suka tgk mommy nad dukung baby cm tu...alahaiiii seronoknya ada baby...

    ReplyDelete
  8. kalau kak MV mmg tak bagi ubat kalau bby...kecuali betul2 demam tak kebah baru bagi..semoga fariza cepat sembuh..demam nak pandai demam langakau bulan

    ReplyDelete