hai assalammualaikum

Makan Bersama Keluarga Di Arabic Food Zam Zam - Memang susah bila nak makan dekat luar sekeluarga. Sebab ada yang sibuk, ada yang jauh. Bila dapat bersama, memang happening sangat. Lahi-lagi keluarga yang riuh macam keluarga nad. Hari sabtu lepas, kakak nad nak belanja kitaorang satu keluarga. Kakak nak belanja, kami yang cadang tempat..hahahaa. Jadi abang cadangkan makan dekat makanan arab.


Nama tempat tu Arabic Food Zam Zam dekat seksyen 9 Shah Alam. 



Abang dengan sorang kakak nad pernah makan dekat sini. Diaorang kata sedap. Nad pun teruja la nak cuba. Apa istimewanya makanan arab dekat sini. Tempat menarik, tapi yang peliknya waiternya bukan orang melayu atau orang arab..entah orang dari mana ntah..hahaha..jadi kene speaking la sikit.



Abang yang order..dia order set chicken dengan set kambing. Mak aii mangkuk dia besar..dibubuh terus ayam dan kambing dalam tu..kita tinggal cedok je..



Penambahan makanan, order kebab, roti dan ketam. Tengok gambar ketam bukan main besar..sekali sampai..alahai keciknyala..


Masa ni nad makan dengan senang hati, sebab si kecik ni tidur dari start makan, sampaila nak balik..hahaha..dah nak balik baru dia bangun..good daughter..tak kacau mommy nak makan.

Makanan dekat situ memang sedap. Nasinya, ayam,kambing kebab yang lembut dan tak liat. Tak sia-dia bawak makan dekat situ.Harga untuk semua malam tu dalam RM400..tak mahal mana pun sebab keluarga kitaorang besar..kalau datang berdua maybe RM100 je



Terima kasih kakak yang belanja. Semoga rezeki anda melimpah ruah..hehe..kami kekenyangan malam tu. Korang cubala makan dekat situ..ce korang rasa pulak..hehe..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. sedap nye.. pg wedding je kt situ tp x x makan nasi arab..

    ReplyDelete
  2. sekali sekala pekena makanan arab mmg best...tp nk pi selalu boleh kopak poket..hikss

    ReplyDelete
  3. selamat makan bersama seluruh keluarga yah.
    salam sehat dan ceria selalu

    ReplyDelete