hai assalammualaikum

Resipi Mudah Ayam Masak Lemak Kuning - Hah meh nak ajar atam masak lemak kuning. Selalu dengar ayam masak lemak cili api kan. Hah!! Ni lain sikit. Memandangkan nad tengah menyusukan anak, nak makan pedas-pedas takut pulak effect kat anak. Kang terberak-berak budak faruza tu kang. Jadi makanla yang tak pedas-pedas. Takkam asyik main goreng-goreng je kan. Nak juga rasa lemak, kicap yang tak pedas. Hah!! Ni caranya..


Ayam nad masak tiga je, sebab untuk nad sorang smpai ke malam..hehhee..nak masak malam takut tak sempat jadi kita masak sekali harung.

Selalu masak lemak cili api cuma guna bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili api kan. Hah nak buat ayam lemak kuning ni lain sikit. Kene guna ketumbar dan jintan putih

Bahan-bahannya:
1) Bawang merah 3 ketul
2) Bawang putih 2 ketul
3) Ketumbar
4) Jintan putih
5) Halia sedikit
6) Serai
7) Serbuk kunyit/kunyit hidup
8) Santan
9) Garam
10) Air

Cara-caranya:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan putih dan serai. Halia dihiris ye.
- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan halia yang dihiris sehingga baik bau.
- Masukkam ayam masak bersama bahan yang ditumis bagi bahan yang ditumis meresap dalam ayam.
- Masukkan santan dan serbuk kunyit
- Masukkan air sampai ayam tenggelam
- Masukkan garam secukup rasa
- Biarkan sampai kuah tinggal sikit dan ayam masak.
- Dah masak hidangla..hehe

Selamat mencuba.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. memasak ayam dengan resep bumbu kuning sangat cocok jika di nikmati saat hari Raya Idul Fitri bersama dengan ketupat...ehmmm...yumi

    ReplyDelete
  2. Tengok resepi senang, tengok gambar nampak sedap. bahagian nak buat tu.. hihihi

    ReplyDelete