hai assalammualaikum

Camelus Produk Susu Unta Keluaran PalmaBrand - Selama ni kita selalu dengar pasal susu kambing dan susu lembu je kan. Belum lagi kita dengar berkenaan susu unta lagi di Malaysia ni. Sedangkan kita tau, susu unta juga banyak khasiatnya. Hah!! Jangan terkejut yang susu unta ni akan ada di pasaran Malaysia April ni.

Haritu nad dengan rakan blogger lain daripada kelab blogger benashaari dijemput ke pelancaran camelus produk susu unta ni. Event ni berlangsung di Bangunan Palma Brand yang terletak di Dolomite Business Park Batu Caves. Dari luar dah nampak nama Palmabrand ni. Sampai je sana, staff dari bawah dah sambut nad, siap tunjuk dekat mana event dijalankan. Staff Palmabrand memang semua peramah.




Masuk je ke dalam ofis, woww!!! Tengok suasana dalam ofis exclusive sangat. Warna putih, dan susunan produk camelus di setiap sudut. Kemas dan bersih. Siap ada mockup unta lagi sebagai simbol yang mereka mengeluarkan produk susu unta. Ada macam-macam produk berasaskan susu unta yang kita bleh nampak kan.


Sebelum sesi pelancaran, kami semua blogger dijemput untuk merasa kuih yang dihidangkan. Hah!! Ni bukan kuih kosong ke apa, tapi kuih ni berasaskan susu unta. Pertama kali rasa kuih dari susu unta memang sedap. Rasanya yang manis dan unik. Cuba fikir, bila semua kuih berasaskan susu unta, mesti elok kan. Semua boleh makan kuih ni, dari muda sampai ke tua. Khasiat susu unta bagus untuk badan.


Selepas itu kami dibawa ke bilik mensyuarat untum sesi penerangan berkenaan dengan susu unta. Sesi ini telah disampaikan oleh artis terkenal Azhar Sulaiman. Seperti kita tau, azhar merupakan pelakon dan juga seorang arkitek. Tetapi di dalam camelus, beliau merupakan Head of Strategy and Corporate Planning.


Diperkenalkan dengan orang kuat Camelus dn rakan kongsi mereka dari Dubai iaitu Mr. Hasan Alhammadi dna Mr Abdulla Al Hammadi. Juga En Mohammad Nor Bin Mohd Sahak merupakan ketua pegawai eksekutif Palmabrand Sdn Bhd. 

Membentangkan tentang betapa bagusnya susu unta ni. Selalu kita tengok unta dekat arab kan, kenapa tak dimasukkan di Malaysia. Hah!! Sebab tu Camelus mula buat produk berasaskan susu unta. Ni merupakan susu unta pertama di Malaysia. Kalau susu kambing boleh diterima masyarkat, kenapa tak pula susu unta.

Susu unta juga mempunyai kandungan dan nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Dikatakan susu unta mampu merawat pelbagai penyakit seperti masalah hati, asma sesak nafas dan macam-macam lagi.


Kemudian kami diberi air coffee original bersama campuran susu unta untuk perempuan dan tongkat ali untuk lelaki. Mula-mula mestilah bau dulu. Almaklumla, kadang loya tekak kalau bau tu ada, tapi coffe ni bau sedap. Bau harum gitu. Susah nak describe..hahaha..bila minum je dah memang cukup manis gulanya. Tak perlu nak tambah gula lagi. Rasa creamy gitu. Memang boleh masuk tekak dan lazat.


Macam-macam produk berasaskan susu unta ni daripada untuk kesihatan dan juga kecantikan. Nampak tak, untuk kecantikan pun hado. Tengok packagingnya pun dah menarik perhatian. 


Seperti nad cakap produk ni bakal dikeluarkan April 2016. Memang nampak susu ni berpotensi untuk masuk pasaran. Jadi kalau korang nak jadi agent susu unta, inilah masanya. Korang boleh klik DI SINI untuk menjadi agent..atau call/whatssap ni nombor 014 664426203-61787846



Untuk maklumat lanjut anda bolehlah lihat di

Instagram : Camelus

Facebook:  Camelus
Webaite: Camelus


atau boleh terus ke pejabat mereka di :

Palmabrand Sdn Bhd
No.33-M,Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves
Selangor
Tel : 03-61787846


Terima kasih pihak Camelus kerana bekerjasama dengan kelabbloggerbenashaari. Kami percaya prosuk camelus akan gegarkan pasaran.
SHARE 12 comments

Add your comment

  1. semoga produk ini mendapat sambutan hangat di pasaran

    ReplyDelete
  2. wow ni benda baru ni ....tak pernah dengar lagi pasal susu unta kat Malaysia ni kan

    Rasanya ni la Camelus yang dalam video Zukiee tu kan

    ReplyDelete
  3. Tetiba nak jadi dropship dan nak jadi testimonial susu ni. Sedapnyaaa! Tak pernah rasa susu unta

    ReplyDelete
  4. macam sedap je kuih tu kak nad..teringin nk rasa...hehe

    ReplyDelete
  5. kopi rasa susu unta, tak dapat bayang kesedapannya tu.. eh teringin lah! :D

    ReplyDelete
  6. biskut ada susu unta? tak pernah cuba ni ... mesti lain rasanya kan

    ReplyDelete
  7. Kak Sue paling suka biskut keluaran Camelus nie..sedap!

    ReplyDelete
  8. Yang paling tak sangka biskut pun ada dari susu unta.. Sedap lak tu.. Rasa nak makan lagi la biskut tu. Nyummm

    ReplyDelete
  9. biler nak restock lagi!
    sedap kan?

    ReplyDelete
  10. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman dari syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang untuk kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui e-mel:
    mrwilliam751@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Adakah anda memerlukan pinjaman segera kami menawarkan pinjaman di seluruh dunia untuk yang memerlukan pinjaman peluang perniagaan yang anda mempunyai yang cari adalah di sini lagi. e-mel kami di: mohanmendcompany01@gmail.com

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2