hai assalammualaikum

Promotion Skybox Hanya RM20 Dengan Pembelian Buffet Ramadhan Di Menara Kuala Lumpur - Hah entry sebelum ni nad ada cerita menu Buffet Ramadhan di Megaview Banquet Hall. Dengan setiap pembelian Buffet Ramadhan ni, korang boleh tambah RM20 untuk naik ke Skybox. Waaa..teruja sangat bila dapat naik Skybox ni. Skybox tarikan terbaru di Menara Kuala Lumpur. Tengok kawan-kawan naik, mestila kita teringin nak naik jugak..Bila rezeki dapat tu, bukan main seronok lagi.


Nad syorkan korang pergilah time berbuka puasa ni sebab promotion dia bagi RM20 untuk naik Skybox ni, tapi syarat dengan berbuka puasa di sini. Harga sebenar RM75 untuk warganegara dan RM105 untuk takde mykad..hahaa..jimat RM55 weii..fuh..Pengalaman yang tak dapat dikata. Dapat naik setinggi 300m tu..mau gayat tak gayat la kau. Tapi nad berani..cewahh...hahaha..Tarikh sehingga 3 July ni ok..

Masa ni nad datang petang dalam pukul 6.15 petang. Sebenarnya nak naik Skybox ni ada dua pilihan, sebelum berbuka puasa atau selepas berbuka puasa. Tapi nad pergi sebelum berbuka puasa memandangkan waktu tu tak ramai orang. Lagi satu sebab, terfikirkan baby Fariza. Budak bawah 12 tahun tak boleh keluar area sini, jadi kene tunggu dekat dalam je. Kalau nad pergi lepas berbuka puasa, mesti ramai orang, nanti kesian pulak baby Fariza kena tunggu lama. Masa pergi Skybox ni pun, staff dekat situ jagakan..hahaa..jadi mommy daddy bergambar sekejap. Amik feel romantikla bergambar berdua.



Keluar je, dapat tengok macam-macam bangunan dekat kota raya ni. Dengan macam-macam kereta sana sini. Macam semut..hehee..Dengan angin yang bertiup..nyaman dekat situ..





Pengalaman berdiri di Skybox, kotak kaca ni. Ramai juga datang nak cuba, dari luar negara sampailah orang kita Malaysia sendiri. Masa nak masuk ke Skybox kena beratur ye..hehehe..kena banyak bersabar..masa nad nasibla tak ramai orang sangat. jadi tak tunggu lama nak beratur. Kasut kena buka je, kalau tak buka takut pulak kang ada yang retak seribu kaca tu..lagi-lagi kasut tumit..hhehehe..


Dari situ kau boleh nampak segala bangunan di belakang dan bawah..hahhaa..bawah tu!!!..Ketar lutut kejap. Pandang bawah je, macam rasa terjatuh je..hahaha..penin sekejap, tapi lepas tu hilang..hehee..dah teruja kan. Masa tu terfikir cerita Running Man..hahaa..boleh pulak kan..Teringat Song Ji Hyo berani buat jumping..adoii..Haha yang berjalan mengelilingi menara..adehh..nad baru pijak dekat kaca ni ha..dah ketak lutut..heehee..


Beromantik dengan pasangan halal kejap ye..eh..Jom kita bernyanyi sayang.. "Bersama kamu, Ku jadi tahu, Artinya waktu, lebih berharga dari harta di dunia. Bersama kamu, Ku rasa jauh, Lebih mengerti, Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta"



Terima kasih Menara Kuala Lumpur sebab jemput nad merasai semua ni. Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tengok sunset dekat sini..Indahnya ciptaan Tuhan.


SKYBOX PROMOTION TANPA MAKAN BUFFET RAMADHAN


Tadi nad bagitau yang buka puasa dapat diskaun RM20 untuk naik skybox, tapi kalau korang TAKNAK Buffet Ramadhan , korang boleh juga pergi naik Skybox + Pelantar Pemandangan dan mana-mana satu (1) tarikan seperti KL Tower Mini Zoo/ XD Theater/ F1 Simulator/ Blue Coral Aquarium/ Upside Down dengan harga RM 88.00 bagi pemegang MyKad dan RM118.00 untuk pengunjung antarabangsa dari 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016.

 Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman masuk ke skybox di skydeck Menara Kuala Lumpur, boleh ke:

Menara Kuala Lumpur
No. 2 Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee
50250 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: +603 2020 5444
Fax: +603 2098 7001
Website: www.menarakl.com.my


SHARE 8 comments

Add your comment

  1. wah best tu nad..jimat byk.. yg pntg kena berani mcm ji hyo. hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. cambrst je tempat nie.. tunggu anak besar sikit bru terjah kl.. ehehe

    ReplyDelete
  3. teringin nk g tapi gayat haha. ada dok tepi tepi je nnt kalau g :p

    ReplyDelete
  4. nad, IQ eager nak tahu pakej buffet dekat Menara KL tu..agak2 berapa untuk seorang?

    ReplyDelete
  5. teringin nak pergi situ tapi member plak tak nak pergi sbb gayat. kalao pergi sorang rasa cam tak best.

    ReplyDelete
  6. Iq eager: harga buffet RM99 dewasa RM55 kanak2..ade nad buat entry ni

    http://miszrockers.blogspot.my/2016/06/berbuka-puasa-dengan-suasana-romantik.html

    ReplyDelete
  7. ada timing tk masuk dlm skbox tu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2