hai assalammualaikum

Astro Sesuka Hati Naikkan Harga - Haritu ada dapat surat daripada Astro. Ingatkan bill, tapi bila buka, surat menyatakan harga untuk pakej sukan dinaikkan kepada RM8. Korang boleh baca dekat gambar yang nad post ni.



Agak kurang ajar la, sesuka hati nak naikkan pakej. Dulu murah je nak bayar bill, sekarang makin meningkat disebabkan Astro sewenang-wenangnya menetapkan harga pakej atau meletakkan caj atau penalti tersembunyi sehingga menyebabkan pengguna berasa tertipu. Nad tau ramai tak suka dengan Astro ni, sebab kes macam ni la. Apa ni!!!..teruk sangat dah servis ni..Isu rungutan pengguna mengenai caj atau penalti tersembunyi dikenakan Astro bukan perkara baharu, dah lama, sampai kawan-kawan nad kebanyakannya dah potong Astro. Nad pun kalau boleh nak potong je, habis duit dekat Astro kang membazir. Kita beli pakje ni mulanya harga macam ni, tiba-tiba boleh dinaikkan tanpa pengetahuan kita..hish geram pulak..

Mula cakap dengan mrmafia, macam mana?..Dia kata terpaksa bayar jela, sebab yang gila sukan dia bukan nad. Tapi sangat tak adil la.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu tegas menyiasat isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya. SKMM perlu tegas terhadap Astro kerana pelanggan akan menerima pelbagai promosi untuk menambat pakej langganan mereka namun apabila mahu mengurangkan pakej program atau menamatkan perkhidmatan, pelanggan perlu membayar pula yang sepatutnya tidak berlaku.

Tindakan tegas perlu diambil supaya tidak bertindak seperti memerangkap pengguna dengan pelbagai caj tersembunyi tersebut. Kalau jadi lebih teruk memang buang jela Astro ni..geram pulak..huh!!..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Melampau kan? dah lah cerita dok ulang-ulang je..Kak Nad dah lama cut astro. Mula2 boring jugak. lama-lama, dah tak kisah dah..sebab dah tak sempat nak tengok tv..hihi..

    ReplyDelete
  2. Dah potong tapi tukar njoi plak huu

    ReplyDelete
  3. kan.. cerit ulang-ulang.. iklan rasanya lagi byk..fuhhh..astro..astro..

    ReplyDelete
  4. Astro mmg menyusahkan.. huhu

    ReplyDelete
  5. tu la... tapu suami mmg nak langgan..siap channel sport...mcm mahal sgat lah

    ReplyDelete
  6. Saya dah lama boikot astro tu.. dahla mahal, citer duk ulang2 je.. hmmm

    ReplyDelete
  7. mungkin dah ada dalam terma dan syarat bila kita mula melanggan dulu bahawa Astro berhak naikkan harga bila dia mahu? Kadang2 kita tak perasan. Macam saya pun :D Haritu kami call Astro nak terminate servis sebab dah naik harga channel sukan. Then mereka offer sesuatu yang agak cantik. So kami terima untuk 3 bulan kedepan ni. Tapi lepastu, nak terminate juga.. hehehe cari pilihan lain pula.

    ReplyDelete
  8. Langganlah Mytv, syarikat bumiputera sepenuhnya. Bayar sekali jer. Tiada yuran bulanan.

    ReplyDelete