hai assalammualaikum

Gincu Anastasia Beverly Hills - Bila nampak kawan-kawan pakai lipstik yang garang, yang berani, nad pun teringin nak guna warna macam tu. Biasalah perempuan, kalau tak mencuba mana tau sesuai ke tidak kan dekat bibir kita. Sesekali nak mencuba yang nampak garang dan berani tak salah pun kan..hehee..asyik nak pakai warna soft je. Lepas tu sepupu whatsup gambar gincu ni dekat nad. Masa tu pulak nak raya, apa lagi mulalh tengok gambar tu macam menawan je warna dia. Dan lagi bila ada warna gincu yang nad nak sangat warna dia. Jadi nad pun orderla. Kira gincu untuk raya la..hehee..


Ni la Gincu Anastasia Beverly Hills Lips Matte. Dua pilihan warna yang menarik hati. Iaitu warna Electro dan American Doll. Satu warna merah, satu lagi warna seperti keunguan gitu. Harga murah je RM10. Gincu Anastasia ni jenis cecair. Mampu bertahan 8-10 jam.


Bila nad apply dekat tangan, mula-mula dia basah, lepas tu dia cepat je kering dan melekat dekat bibir. Bila nad basuh dengan air, dia susah hilang. Tapi bila nad fikir balik, masa raya nad guna, gincu tu macam hilang juga masa nad minum air. Tapi takda la comot. Cantik juga dekat bibir. Bila nak hilangkan, perlu guna tisu basah atau makeup remover.


Ni gambar nad pakai Gincu Anastasia American Doll. Nad tak apply banyak sangat, sebab tu merah dia tak berapa merah. Tapi puas hatila..hehe. Ni pertama kali apply dekat bibir.


Ni gambar lagi masa raya pertama. Nad guna Gincu Anastasia American Doll. Yang ni nad apply banyak sikit. Sebab tu dari jauh nampak merahnya..hehee.


Yang ni warna kesukaan nad. Gincu Anastasia Electro. Fuh berani kita pakai warna ni. Sesuai dengan baju nad pakai. Cantik sangat..hehe.

Lepas ni kena belajar cara makeup..kihkih..
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. cantik jugak color ni... dkna suka pakai yang terang2 sebab kalau pakai color yang 'slow' muka nampak pucat..

    ReplyDelete
  2. yui suka dgn potion.. anastasia mmg best. hrga mampu mlk

    ReplyDelete
  3. sy suka gincu matte colour dari Silky Girl & In2it :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2