hai assalammualaikum

Tema Perkahwinan Warna Hitam Dan Putih - Hari Ahad, biasa memang akan ada jemputan perkahwinan. Harini saudara belah ayah, sepupu perempuan nad kawin. Dan haritu, diaorang siap tempahkan satu bas untuk rombongan Klang datang ke kenduri kawin di Ampang.

Sebenarnya rumah nad dekat Kuala Lumpur dekat je dekat je dengan rumah saudara ni, tapi nad tengah bercuti dekat kampung sampai raya haji, jadinya naik bas la ke sana..hhehehe..Lagipun dah lama tak naik bas.


Dah tau tema pengantin warna hitam, sebab sepupu ada post dekat facebook, tapi gambar bawah je, tak full pun. Bercakap pasal warna hitam, mesti ramai tak  berani nak pakai, disebabkan hitam ni kita fikir, panas dan bahangnya lagi-lagi bila di bawah cahaya matahari. Lainla kalau dalam dewan, ada aircond, takde hal nak pakai warna hitam.

Lainnya sepupu nad ni, majlis dibuat di padang. Dengan cuaca yang panas. Kalau pengantin nak pakai, tak salah, dah pilihan dia dan dia rasa selesa kan. Warna hitam boleh digandingkan dengan banyak warna, tak kisah hitam dan merah, hitam dan pink, hitam dan biru, dan macam-macam lagi la. Tapi paling sesuai ialah hitam dan putih.


Nah ni sepupu nad pakai. Sempat ambil gambar time dia berjalan je. Nampak cantik kan. Orangnya pun cantik, jadi sesuai dia pakai hitam dan putih ni. Coraknya ringkas, bentuknya seperti jubah sampai ke bawah, lepas tu ade kain di belakang. Pakaian pengantin lelaki pun simple sahaja. Jadi takde nampak sarat dan tak selesa kan.


Hanya boleh cakap cantik...hehehe..

Haritu pulak kami sekeluarga pakai baju warna hitam..hehehe..


Mak ayah tersayang..



Kakak-kakakku. Masa ni adik kerja, jadi dia tak dapat ikut. Sama tak muka kitaorang..siapa kurus..hahhaa..


Kesayangan saya, mesti kena sama tema..tak boleh lari, kalau hitam, hitamla, kalau biru, birula..hehehe..

Siapa yang berani nak pakai warna hitam, boleh cuba.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Tema hitam putih mmg cantik tapi biasanya kat tempat akak kalau tema ni merangkumi khemah dan hiasan lain..kek pun sama..akak plan akak nak buat tema hitam ngan gold..nampakewah skit kan? Hitam ngan beige kaler pun cantik

    ReplyDelete
  2. jarang nmpk tema kaler hitam ni..dulu masa kawen penah plan nak guna tema warna hitam sbb suka hitam tapi tak berani nak try..lagipun jarang orang pilih..tgk sepupu nad guna warna hitam ni, 'eh..cantik..especially baju pengantin..simple je'...

    ReplyDelete
  3. cantik juga tema hitam putih ni. rare sikit :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2