VIRUS ZIKA PERTAMA DI KLANG

in , by Nadia Johari, 16:51:00
hai assalammualaikum

Virus Zika Pertama Di Klang - Virus Zika yang pernah melanda Singapura, kini dah sampai je Malaysia. Nad tau pun dekat berita. Seorang ibu yang melawat anaknya di Singapura. Seminggu selepas tu terus demam, badan dinaiki ruam disahkan dijangkiti virus Zika di Hospital Sungai Buloh. Sebut je Klang, ya, tu kawasan kampung nad. Virus ni ada di mana-mana sahaja, nak taknak kena berjaga-jaga sekarang.


Jangkitan zika ini, biasa sahaja. Mild viral infection. Symptom nya hanyalah menyerupai demam virus yang biasa. Malahan, demam nya pun tidak terlalu tinggi suhunya. Diikuti dengan ruam-ruam dan mata kemerahan. Bermaksud tiada tanda, sehingga penghidapnya tidak sedar dan perasan pun. Orang yang dijangkiti Zika, tidak sedar bahawa dia dijangkiti Zika. Dia mungkin beranggapan ianya hanyalah demam biasa.

Habis, kenapa kita risau sangat dengan zika ini?
Penyakit Zika, dikaitkan dengan microcephaly. Amat bahaya untuk ibu mengandung. Apabila seseorang ibu mengandung atau didapati mengandung dalam keadaan dijangkiti virus Zika, virus tersebut akan menyerang janin didalam kandungan.

Kesannya, bayi didalam kandungan berisiko tinggi menghidapi microcephaly. Iaitu saiz otak yang lebih kecil dari kebiasaan. Bayi yang menghidapi microcephaly, dikaitkan dengan pelbagai masalah ketika membesar kelak. Antaranya seperti masalah sawan, dwarfism (kerdil), kegagalan untuk bertutur atau melakukan aktiviti-aktiviti seperti memegang, berjalan dan sebagainya.

Komplikasi microcephaly ini mungkin boleh dikesan ketika kandungan, namun boleh juga hanya dikesan apabila setelah bayi dilahirkan.

Zika disebarkan melalui vektor nyamuk Aedes Nyamuk Aedes, bukannya benda baru di negara kita. Kita tahu, nyamuk Aedes membiak di persekitaran yang kotor dan bertakung air. Sebersih-bersih negara Singapura pun ada begitu ramai dijangkiti Zika, inikan pula negara kita. Hihi.
Spesis yang sama menyebarkan denggi, turut menyebarkan zika. Denggi itu boleh membunuh.

Banyakkan memakai pakaian labuh atau lengan panjang agar dielakkan dari digigit nyamuk. Elakkan pakaian berwarna gelap kerana pakaian gelap menarik perhatian nyamuk aedes. Pastikan rumah anda dilengkapi dengan ubat nyamuk dan/atau kelambu. Elakkan keluar dari rumah pada waktu senja/maghrib contohnya ke pasar malam atau kedai makan dan sebagainya.

Kita sudah berkempen sejak bertahun-tahun lampau mengenai pembasmian aedes. Namun sejauh mana keberkesanan kempen kita tersebut adalah menjadi persoalan, apabila saban tahun kes denggi semakin dan semakin meningkat. Dan ianya menjadi mimpi ngeri kita apabila Zika pula come into the picture.

Marilah kita sama-sama memeriksa sekeliling rumah kita untuk mencari, dikhuatiri ada sarang-sarang Aedes yang mendedahkan kita kepada risiko Denggi dan Zika ini. Tiada Aedes, Tiada Denggi, Tiada Zika.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2