hai assalammualaikum

Zukie Dan Jamal Tiada Lagi dalam Super Spontan Superstar - Nad tengok rancangan ni dari awal lagi. Kali ni, nad tengok kebanyakannya lawak dan menjadi. Tapi ada juga la yang tak menjadi lawaknya. Bukan senang nak buat lawak dan buat orang ketawa. Kira bagus diaorang dah perah idea nak buat lawak spontan tu.


Siapa tak kenal Zukie dan Jamal. Diaorang buat lawak di vlog. Diaorang ni femes, tapi nad tau pasal diaorang pun masa pergi satu event ni..hahaha. Kalau tak memang tak kenal. Kalau buat lawak sendiri lepas tu rakam, lepas tu post memang tak kisahla kan, sebab tak ada rasa malu atau apa bila lawak tak menjadi. Tapi bila berhadapan dengan orang memang berbeza. Lagi berganding dengan artis yang biasa masuk tv dan memang lawak.

Bila nad tengok rancangan ni, Zukie dan Jamal memang agak kekok sikit. Mula-mula ok, lama-lama biasa je. Kadang tengok diaorang macam disisihkan dalam kumpulan..eh..cakap je..hahah..tak tau betul ke tidak..huhuhu..Zukie tersingkir minggu lepas, Jamal pulak minggu ni tersingkir di Super Spontan Superstar.

Apa pun tahniah untuk korang berdua sebab masuk dalam rancangan Superspontan Superstar. Sekurangnya mereka berani menyahut cabaran untuk menyertai rancangan ini. Lagipun diaorang dah ada peminat sendiri di kalangan masyarakat yang menyukai video yang diaorang buat sehingga menjadi viral. Mereka berdua lah satu-satunya kumpulan media sosial yang menyertai rancangan ini. Tahniah sekali lagi.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Oo.. dorang dari vlog ek..
    Patut la tak pernah tengok.. Tp memang nampak tersisih sikit la..
    Mungkin perasaan Kaklong je kot..

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2