hai assalammualaikum

Bapak Anak Sama Je -Dari lahir lagi semua orang cakap muka bapak dengan anak ni sama je. Dari segi hidung, kepala, semua la, maknya ntah mana..hahaha. Masa dalam pantang sampaila usia dia 4 bulan, dia masih lekat dengan nad, sebab dia breastfeeding, jadi paham-pahamla kan. Lepas tu, makin dia membesar, dia dah kenal orang, dia dah pandai siapa nak pilih. Dan jawapannya dia pilih daddy dia. Kenapa?? Mungkin daddy dia pandai layan dia, pandai jaga dia..tak tau la.jeles pulak mommy..hahaa.

Sekarang daddy bersiap nak pergi kerja, dia nak ikut. Daddy balik kerja, dia dah tau bunyi kereta daddy dia, bila daddy dean pintu, bukan main suka lagi, ketawa mengekek-ngekek. Nanti nad amik video. Lagi time makan, kitaorang berdua duduk dekat meja, dan dia terus ke kerusi daddy dia..cisss..bertuah punya anak..ngrrr..Kalau keluar, dia mintak daddy dia dukung. No mommy ok. Mommy memang happy la sebab tak perlu dukung..hahaa..


Taula kepala dah sama. Bentuk pun sama je, bujur, bulat cantik je. Rambut pun sikit je..sabor jela. Tapi bila nangis, dah bosan tau cari mommy. Gigit kang..


Tengok gaya tu, dengan topi berdua..amboiii. Awak tu perempuan ok, lepas ni pakai tudung..hahaa. Topi ni daddy dia nak belikan. Comel pulak nad tengok..hahaa..mestilah warna pink, anak perempuan, tapi ramai kata lelaki..ape nak buat..muka pun ganas..Samalah ikut daddy dia, susah senyum..melainkan ada benda kelakar gila, baru dia ketawa..


Ni lagi satu masalah, daddy dia main game, dia pun join sekaki tengok. Bahaya sungguh budak ni. Yela budak cepat belajar..Sekali pandang je dia tau. Lagi budak zaman sekarang, bab gadget takperlu cakap dan diajar, diaorang tau sendiri. Ni kalau dia layan game COK ni, memang mommy hari-hari membebel..Anak perempuan kena tolong mommy dekat dapur ok..



Adakah Fariza akan ikut jejak daddy dia sebagai jurugambar.. Kalau ya, nad tak kisah pun, boleh ajak dia pergi event, pastu dia amibil gambar..hahaha. Tu pun kalau dia nak. Gaya tu dah ada tu..huhuhu..

Tak kisahla nak jadi apa, asalkan jadi anak yang baik, solehah dan dengar kata. Amin.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Org2 kata ank perempuan ni selalu manja dengan bapa.. Ekin pun xtaw sebab belum ada ank lagi belum ada rezeki

    ReplyDelete
  2. salam kak,nanti balik meru bagitahu ,nak datang gomol pipi fariza okay.. hahaha
    anak perempuan biasanya rapat dgn ayah,dgn mak kurang sikit sbb mak suka bebel.. haha gurau..
    tapi situasinya mmg banyak macam itulah kak..
    dulu kita pun igt fariza lelaki.. huhu tapi dah kata nama fariza tahu la..

    ReplyDelete
  3. bolehlah tu follow jejak, ada bakat

    ReplyDelete
  4. huhu,, nak buat mcm mana. anak bapak ^.^

    ReplyDelete
  5. Aminnn.. tak kisah la kan ikut belah memana.. comel sangatt

    ReplyDelete
  6. Jgn lupa amek gambar aunty banyak ye Fariza hehehe

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum nad....geram tengok si kecik tu..pipi tembam...:)

    ReplyDelete
  8. Sel2 otak semakin berhubung nampak nyer ... Fariza nnt dah besar skit geng mommy tau, tolong mommy, nnt mommy bawak gie shopping ...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS