haia assalammualaikum

Fariza Nafisah Setahun - Ya Allah, sekejapnya masa berlalu. Sekejap je dah setahun Fariza Nafisah ni. Mcam baru haritu lepas beranak kan kau nak oii!!..Sekarang dah setahun dah. Heyy!! macam tak percaya je..hahaa..serius..Padahal hari-hari sama dengan dia, tengok-tengok dah setahun. Bila dah setahun ni mestilah nak sambut kann..Nad memang excited bila nak sambut birthday orang ni..hahaa. Selalu sambut birthday mommy daddy dia je, sekarang sambut birthday anak pulak.

Nad sambut birthday Fariza sederhana je. Sambut dengan Keluarga nad. Dengan keluarga Johari ni pun dah cukup meriah, huru-hara dan kepoh habis..hahaah. Memang rancang nak makan dekat luar. Saje kan, nak sambut birthday anak. Mula cadang nak makan pizza, tapi tak jadi, pastu ingat nak makan nasi arab pulak, tak jadi juga, last-last makan dekat kedai saudara je la dekat Puncak Alam. Kedai apa, tu nanti nad cerita ye.


Malam ahad tu kitaorang semua gerakla. Biasalah budak kecik, masuk dalam kereta terus tidur. sampai kedai je, dia tak bangun lagi..Hah!! tengokla..tidur dekat meja..hahaa..Masa tengah tidur tu la pakaikan dia topi tu..hehee..memang tak bangun. Ngantuk sangat. Mana taknya, siang pulun main sakan dengan sepupu dia.



Lepas tu disuruh kejut, sebab nak sambut sangat..hahhaa. Nad pun jadi kejam sekejap,..hehe..kesian anak, tidur-tidur kena bangunkan..tapi apa Fariza buat, dia tetap tidur lagi..Ya Allah ngantuk sangat tu..hahaha.silalah tengok video tu. Sayangnya, video yang diambil adik ipar kabur..huaaa..sedihh..kalau tak memang kenangan..tapi mr mafia ada amik video..tak taula kalau ni dia amik video ke tak..sob..sob..sob



Lepas tu beberapa minit, dia bangun sendiri. Tapi masih blur, apa yang terjadi di sekeliling..hehehe. terus je nyanyi "Selamat Hari Jadi, Selamat hari Jadi, Selamat ahri Jadi Fariza Nafisah, Selamat Hari Jadi "..yeahhh..muka tetap takmau senyum..hahaha. Kek tu disponsor adik nad, sebab suami dia pun birthday sekali. Tapi suami dia punya birthday 30 oktober kot tak silap.


Yeahhh potong kek..potong kek..Ooopss..dia nak amik kereta tu pulak..tanpa bagi salam pun..hahaa.


Selamat Hari Lahir anak mommy. Semoga menjadi anak yang solehah, dengar kata, anak yang baik, yang bijak. Mommy doakan Fariza membesar dengan baik. Terima kasih sebab memudahkan urusann mommy  masa bersalinkan Fariza. Terima kasih sebab sentiasa temankan mommy ke sana sini. Sentiasa kuat dengan mommy dari dalam perut lagi. Mommy love you.




Terima kasih semua keluarga tercinta.


Terima kasih aunty Liza bagi anak patung ni..hehee.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakn Fariza..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. alololo birthday girl tido ye, kemain sedap tido bangun-bangun kena potong kek pulak

    ReplyDelete
  2. alolo..bestday girl ngntuk..hepi bestday fariza ommeyy

    ReplyDelete
  3. Kenangan ni. nanti dia besar, tahu la macam mana time dia kecik dlu.

    ReplyDelete