hai assalammualaikum


Cara Jadi Ibu Penyabar - Bila dah ada anak ni, tahap kesabaran tu lain sikit. Bukan mudah menjadi ibu bapa zaman moden ni. Siapa yang dapat tahap kesabaran yang tinggi tu memang bagus. Ibu bapa wajib mendidik diri menjadi seorang yang sabar dan sentiasa bersabar dengan apa jua keadaan. Kerana kesabaran yang tinggi sahaja membolehkan ibu bapa menangani setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak-anak.


Kalau korang rasa tak mampu, apa kata layan cerita kartun Masha And The Bear. Nad tau cerita ni ada dekat tv, tapi tak pernah tengok,sampaila mr mafia, ajak tengok dekat youtube. Bila dah layan episod pertama, masuk lagi episod kedua, ketiga dan seterusnya. Lawak habis. Kisahnya, ada seorang budak perempuan ni namanya Masha. Masha ni seorang budak yang sangat nakal, sampai takda siapa nak berkawan dengan dia, haiwan pun taknak dekat dengan dia..hehee. Sampaila dia berjalan masuk ke rumah beruang. Masa tu la beruang terpaksa melayan karenah si Masha ni.



Nad tengok cerita ni, Beruang tu sabar sangat dengan sikap Masha. Kadang ada je diikutkan apa yang Masaha nak. Kadang dia lari juga taknak dekat dengan Masha..hahaa. Kadang tu ada juga Masha tolong selesaikan masalah..macam-macamla. Terhibur tengok cerita ni, sambil tu nad dengan mr mafia pun bercakap " cuba bayangkan, sayang beruang, Fariza budak tu..nak sabar tengok macam mana sikap beruang tu.."..hahaaa..amboii senang cakap, sebenarnya bukan ibu sahaja, bapa pun kena juga..kann..

10 Cara Menjadi Ibu Bapa Yang Sabar

1. Budak ni memang sifat degil tu akan ada. Sebab apa dia tau, main, sepah dan buat kotor untuk gembirakan diri. Jadi kita sebagai ibu bapa kena hadapi dengan tenang. Lagipun usia dia yang kecil, apa dia tau, anggaplah ni hanya sementara sahaja. Macam nad,kalau fariza buat sepah, nad cekak pinggang tapi tak marah, nad siap buat muka senyum dan lawak lagi. Nanti dia pun senyum la. Sambil tu cakap lembut. Tegas boleh, untuk sesuatu benda tertentu. Cuba layani setiap karenah anak tanpa makian, rotan dan kemarahan. Berlembut dengan anak-anak dengan memuji mereka jika mereka meninggalkan kesalahan.

2. Budak kecil ni membesar sedikit demi sedikit dan perlu dididik secara berperingkat. Anak-anak pasti akan menerima arahan dan perintah dengan gembira apabila arahan itu diberikan dengan penuh kegembiraan dan mesra.

3. Anggap segala karenah anak-anak adalah ujian Tuhan untuk hambanya. Allah pasti membalas segala kesabaran kita semasa proses membesarkan anak-anak. Setiap ujian tuhan pasti dibalas dengan baik apabila ibu bapa mampu bersabar.

4. Kita ibu bapa pun ada masalah, tapi cuba elakkan tekanan dan belajar mengurangkan konflik antara suami isteri, tempat kerja dan lain-lain yang menjadikan kita kurang sabar. Tekanan mesti dikurangkan dan dielakkan supaya ketegangan dan konflik berterusan dapat dijauhi.

5. Berfikirla, yang bukan senang nak dapat anak. Jadi, tanamkan kegembiraan dalam hati dan pandang muka anak. Bayangkan hidup tanpa anak, kosong dan sunyi.Bayangkan betapa sakitnya kita nak lahirkan dia. Fikir kenapa kita perlukan anak.

6. Banyakkan membaca nama tuhan: Ya Shabur sebanyak mungkin setiap hari supaya anda menjadi seorang penyabar.

7. Banyakkan membaca surah Yasin untuk melembutkan hati. Sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa. Apabila hati lembut, kesabaran diperoleh.

8. Banyakkan istigfar dan taawwuz untuk menjauhkan syaitan.

9. Jadikan anak-anak sebagai hiburan dan kawan sepermainan. Anak yang rapat dan mesra dengan ibu bapa akan kurang membuat karenah dan tidak menyusahkan ibu bapa.

10. Bila kita bersabar, Insyallah anak akan turut bersabar. Dia belajar dari ibu bapa dia. Didik diri sendiri dan anak untuk bersabar.

Ta bukan mudah nak mencapai kesabaran, tapi tak salah untuk mencuba. Setiap kejayaan itu adalah kerana diiringi dengan kesabaran. Tanpa kesabaran, matlamat dan kejayaan sukar dicapai. Hanya ibu bapa yang penyabar akan menjadikan anak mereka cemerlang dan gemilang.

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Cerita wajib tgk lepas jadi mak mak.. kekeke..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang amat menarik.. jom kita jadiseperti masha

    ReplyDelete
  3. bear tu cute, penyabar pulak tu... jom tiru mcm bear.

    ReplyDelete
  4. ah..saya bukan mak2 pun.. belum kahwin lagi..tapi tertengok dekat tv7.. hahaha.. lepas dah tengok rasa comel sangat si marsha..melekat la tengok. huhu.. kaki kartun

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS