hai assalammualaikum

Peria sayur Yang Pahit, Tapi Banyak Khasiatnya - Rata-rata, ramai tak suka makan sayur peria ni, sebab rasanya pahit walaupun dah dimasak. Melainkan korang tau cara nak kurangkan rasa pahit tu, ok la kan. Tapi nad suka rasa yang asli, kalau dah memang pahit, pahitla dia. Dulu nad pun tak suka makan sayur peria ni, tapi sejak masuk kolej, tetiba jadi penggemar sayur peria ni. Lagi masa pregnant, lagi suka makan sayur peria ni. Sebab nurse cakap bagus untuk ape ntah..nad lupa..haha..sampai sekarang suka makan sayur peria ni.


Pokok peria biasanya tumbuh menjalar seperi pokok timun. Jika diperhatikan sepintas lalu, ia seakan-akan serupa tetapi yang membezakan adalah daunnya dimana daun peria agak kecil berbanding timun. Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir.

Khasiat Sayur Peria

Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi.

Rupanya biji yang sellalu nad buang tu pun boleh diguna untuk kesihatan. Biji yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan.

Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria.

Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati, kesan daripada pengambilan alkohol.

Nah banyak kan khasiat sayur peria ni..hehhe..teringat kisah petola dan peria..hahaha
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. mila suka makan peria, kalau masak campur telur tu sedapnya apa ntah nama masakkan tu.

    ReplyDelete
  2. dulu kak ana pun tak suka makan peria ni, tapi sekarang suka pula masak dengan rempah dan telur..ermm dah nampak heading dalam entri ni, all the best Nad :)

    ReplyDelete
  3. Reen tak pandai makan peria.. In sya Allah akan cuba juga lebih-lebih lagi selepas baca entry nadia.

    ReplyDelete
  4. aida x brape suka.
    kalau kat kedai aida tak amik sayur ni.
    makan hanya bila mak masak dgn udang.
    tu aje.

    ReplyDelete
  5. nampak gayanya kene cuba amalkan peria ni..maklumlah diabetes pun ada jugak skrg ni...

    ReplyDelete
  6. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS