Gelagst Anak Susu, Susu Menonggeng,

hai assalammualaikum

Cara Fariza Susu Bila Dah Setahun - Bila nad baring je, mulalah dia datang. Datang terus buka baju, tangan meraba-raba. Bila tak dapat menangis, dah jumpa dan hisap, bukan main suka dia lagi..hahahaa. Jangan fikir macam-macam, ni pasal anak kita yang dah setahun lebih ni. Perilaku dia nak susu badan, dah macam-macam sekarang.

Sebelum ni tengok anak buah je, cara susu macam tu. Sekarang kena dekat diri sendiri..hahaa. Memang tak boleh tengok nad baring, asal baring cepat-cepat dia datang nak susu. Rimas!!, ermm..memang kadang rimas, tapi dah sayangkan dia, kita biarkan jela. kadang kelakar tengok gelagat dia macam tu..hahaa. Dengan susu menonggeng la, dah macam apa.


Tak puas dengan menonggeng, tak selesa kot, dia tindih badan kita pulak. walaupun berat dia 7.2kg, tapi nad rasa macam terbeban jugak la bila dia tindih..hahaha. Masa tu dia ngempeng sampaila tertido. Masalahnya bila dia cari posisi tu, fuh, ditindih banyak kali. Kita ni sebagai mak redha jela kan..Biorla dia nak buat apa, janji selesa dan tidur lena.

Tidur pun nak menonggeng, dah pandai buat aksi tonggeng-tonggeng ni..haha..

Pernah cerita dekat blog tentang 10 perkara lucu yang berlaku ketika anak susu..masa ni Fariza baby la. Sekarang dah besar macam tu pulak..hehee..macam-macam ragam.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours