hai assalammualaikum

Haruman Sepanjang Masa Dengan Enchanteur - Jenama Enchanteur memang dah terkenal lama dah. Selalunya tengok dekat tv iklan wangian Echanteur ni. Sebelum ni, nad pun pernah pergi event Enchanteur ni, dapat perfume dia, wangi betul. Sejak tu mula jatuh cinta dengan Enchanteur. Rupanya Enchanteur bukan sahaja perfume, malah ada deodoran dan losyen.


Enchanteur sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari.


Ni set yang nad ada untuk cuba produk Enchanteur Paris yang terbaru. Tengok kotak pun dah lawa. Bila buka kotak, aduh wanginya la. Belum pakai lagi tu. Ada deodoran, spray wangian dan losyen. Ketiga-tiga jenis produk ni nad terima berlainan variasi. Nad suka bau ketiga-tiga ni. Semuanya wangi.

Disebabkan keadaan cuaca yang panas serta gaya hidup yang terlalu sibuk membuatkan seseorang wanita perlu memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan dan wangian diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS mamapu menyegarkan hidup anda setiap hari.


Enchanteur Paris Mempunyai 3 Variasi Haruman

Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau dimana setiap variasi mempunyai losyen, serum, deodoran dan semburan pewangi deodoran. iaitu
1) Enchanteur Paris Mon Amie
2) Enchanteur Paris Belle Amour
3) Enchanteur Paris Adore


1) Enchanteur Paris Mon Amie



Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan sepanjang hari.

 Light & Fresh Parfum Lotion 
 (RM7.50 – 100ml, RM16.95 – 300ml)
- Losyen Wangian Formulasi  yang baharu,ringan, tidak berminyak dan elegan dengan haruman Mon Amie yang menyegarkan ini memberikan kesegeran dan mengekalkan aura feminine setiap wanita walaupun pada cuaca yang panas.

Losyen ini mengandungi Aloe vera, ekstrak Portulaca dan likuoris membantu merawat, menyegarkan dan melembutkan kulit serta merupakan ejen pelembut. Manfaat Likouris pula mencerah dan membuatkan tona kulit sekata. Agen pelindung matahari di dalam losyen ini melindungi kulit dari selaran matahari dengan memantulkan sinaran UV daripada kulit.

Double Moisture Parfum Serum
(RM7.90 – 85ml, RM18.00 – 275ml)
- Serum Wangian Lembapan Berganda diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.

Ia juga memberikan manfaat penghidratan dengan meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 2x lantas membuatkan kulit berseri dan lembap sehingga 10 hari.

Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant  
(RM8.70-50ml)
- Deodoran Wangian Anti-Peluh berasaskan losyen ini memberikan manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin. Butiran Kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selasa.

Parfum Deo Mist ENCHANTEUR PARIS Mon Amie 
(RM10.10 – 100ml)
- Pewangi Deodoran untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


2) Enchanteur Paris Belle Amour



Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang.

Triple Whitening Parfum Lotion 
(RM7.50 – 100ml, RM16.95 – 300ml)- Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang. Mempunayi 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata.

- Ekstrak likouris dan ekstrak Sakura didalam produk ini mencerah dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.Vitamin B3 bukan sahaja mencerahkan kulit malah memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegah kehilangan lembapan. Kombinasi manfaat ketiga-tiga ejen pencerahan ini membantu memberikan 5x manfaat pencerahan.

Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant
 (RM8.70-50ml)
- Dengan manfaat anti peluh sehingga 24 jam dan perlindungan daripada bau sehingga 72 jam, produk ini adalah deodoran berasaskan losyen yang tidak melekit. Diperkaya dengan ekstrak likouris, ekstrak benih Rose Hip serta Vitamin B3 untuk menggalakkan proses pencerahan bawah lengan lanjutan aktitivi mencukur yang membuatkan sel kulit mati terkumpul.

Parfum Deo Mist 
(RM10.10 – 100ml)
- Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra  ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran 

3) Enchanteur Paris Adore


Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan.

Antibacterial Care Parfum Lotion
(RM7.50 – 100ml, RM16.95 – 300ml)
- Losyen Wangian Anti Bakteria ENCHANTEUR PARIS Adore memberikan kulit perlindungan berpanjangan dari 99% kuman merbahaya (RM7.50 – 100ml, RM16.95 – 300ml)

Melindungi kulit daripada bakteria dan kuman bukanlah sesuatu tugas yang mudah, terutamanya apabila wanita masa kini kebanyakannya aktif dan sentiasa berada di luar. Dengan losyen ini, wanita kini dapat melindungi diri mereka daripada 99.9% bakteria merbahaya di samping memastikan kulit mereka sentiasa lembap.

Losyen tidak berminyak ini mengandungi Germclear, sejenis agen bakteria yang menawarkan perlindungan daripada pelbagai jenis bakteria. Ia juga mengandungi Swiss Edelweiss, iaitu anti oksidan berprestasi tinggi yang melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil daripada sinar UV dan pencemaran. Dengan Losyen ini anda bukan sahaja dilindungi daripada bakteria, malah kulit anda kekal lembut, gebu di samping sentiasa kekal di memori orang sekeliling anda dengan harumannya yang unik.

Whitening & Soothing Parfum Anti-Perspirant Deodorant 
(RM8.70-50ml)
- Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan. Deodoran Wangian Anti Peluh ini mengekalkan kesegaran berpanjangan di pangkal lengan  sehingga 72 jam dengan manfaat perlindungan tiga kali ganda dari peluh, anti bakteria dan juga bau.

Ekstrak Chamomile melembutkan kulit akibat gatal dan merah selepas bercukur.  Produk ini juga mengandungi ekstrak likouris yang membantu mencerahkan kulit.

Parfum Deo Mist ENCHANTEUR PARIS Adore
(RM10.10 – 100ml)
Semburan Pewangi ENCHANTEUR PARIS Adore memberikan keyakinan berpanjangan sehingga 24 jam.



Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol. Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. wangi kan ? hehe lisa dapat blum buka lagi pun dah bau wangi

    ReplyDelete
  2. Wangiii..akak pon guna enchanteur jugak Nad..suja bebenoo ngan bau dia..

    ReplyDelete