Paku Pakis, Resepi Kerabu, Resepi Kerabu Paku Pakis, Resepi kerabu Mudah

hai assalammualaikum


Resepi Kerabu Paku Pakis Mudah - Nad memang suka makan pucuk paku ni. Tak kirala buat lemak ke, tumis ke, atau kerabu. Sedap sangat...haritu balik kampung,mak nad ada bagi benda untuk buat kerabu. Kira dah siapla , tinggal campak je dekat sayur. Jadi haritu pergi pasar, carilah sayur pucuk paku ni. aummm..Nad tak guna semua pucuk paku, sebab yang lain nad masa tumis. Suami tak berapa suka kerabu melainkan kerabu tu betul-betul ikut citarasa dia, dia makanla. Kita ni asal nampak sedap telan je..hahaa.Kerabu ni mudah nak disediakan dan tak sampai 15 minit siap la kerabu ni. Ada gak tengok resepi orang lain, macam-macam nak buat kerabu ni erk, tapi nad pilih yang mudah jela.


Ni la dia benda tu yang dah siap. Tak tau la nama nak dipanggil apa. Mungkin kelapa yang dah diproses, dengan segala bahan kot..hahaha. Walaupun dah ade bahan ni, tapi nad tetap buat bahan lain untuk jadikan lebih sedap.

Bahan-bahannya
- Paku Pakis
- Bawang besar
- Garam
- Gula
- Cili padi
- Cili merah
- Serai
- Belacan
- Kelapa yang dah siap.

Cara penyediaan
- Bersihkan paku pakis dan celur sebentar, untuk bagi dia lembut.Setelah lembut masukkan dalam bekas.
- Potong bawang, potong nipis-nipis dan masukkan ke dalam paku pakis
- Tumbuk belacan, cili padi dan cili merah serta serai dan masukkan ke dalam paku pakis tadi.
- Gaul semua bahan sehingga cukup mesra dan masukkan kelapa parut serta bubuh garam secukup rasa . Gaul lagi dan jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Kalau ade taugeh lagi sedap. Tapi lupa pulak nak beli. Kalau nak ada kuah, boleh bubuh santan. 


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. wahhh...mapu tengok je, sebab diri ini bukan pencinta sayur...hukhukhuk...

    ReplyDelete
  2. naddd sedapnya kerabu paku pakis, tapi mana nak cari kedai makan jarang buat.nak buat sendiri malas.

    ReplyDelete
  3. rajin nad masak... kalau Umminani semua simple2x

    ReplyDelete
  4. Dulu paku pakis ni belakang rmh atok bersepah. Skrg prg pasar blm tentu ada. Bebudak skrg tak kenal paku pakis.

    ReplyDelete
  5. Menarik, nanti nak cuba buatlah.. ;)

    ReplyDelete