Articles by "kerabu"
Showing posts with label kerabu. Show all posts
hai assalammualaikum

Kerabu Kerang Ala Thai - Kitaorang memang jarang sangat makan kerang, tapi kalau dah teringin, memang mencari la kerang. Haritu pesan dekat mr mafia, kalau ada kerang dekat pasar, tolong belikan. Dia kata kerang susah dapat , tapi dia cuba tengok dekat pasar. Lagipun harga kerang sekarang mahal..huhu. Bila balik, tengok ada kerang, gembira bukan main. Memang teringin nak makan kerang, nak buat kerabu kerang ala thai tu..hahahha. Memang siap-siap pesan barang untuk buat kerabu kerang ni. Ada semua bahan okla, senang, terus buat.


Pertama kali nad buat kerabu kerang ni, selalunya, kerang nad buat sambal, masak cili padi semua tu, tapi bila nampak orang buat kerabu kerang, nampak sedap pulak, nak cuba buat la. tengok bahan dan cara buat takda rumit sangat.



Bahan-bahan Rebus kerang
- Kerang, (ikutla berapa banyak, nad punya satu plastik )
- 2 batang serai
- Garam

Cara merebus kerang
- Masukkan kerang dalam periuk. Masukkan air dalam kerang. Pastikan air paras kerang sahaja.
- Masukkan garam dan serai. Kemudian biarkan sampai masak.
- Jangan masak terlalu lama. Bila dah nampak kerang terbuka terus tutup api.
- Toskan kerang dan biarkan.



Bahan- bahan Sos Kerang Ala Thai
- Akar daun ketumbar 3 batang
- Cili merah besar
- Cili padi merah
- Bawang putih
- Air
- 1 sudu kecil Garam
-  3 sudu besar Gula
- Sos ikan
- 5 biji limau ( perah menjadi jus limau )
- Daun ketumbar

Cara membuat sos kerang
- Blend akar daun ketumbar, cili merah besar dan cili padi merah.
- Ambil mangkuk dan bubuh sedikit air masak dalam mangkuk.
- Tuangkan bahan blend tadi ke dalam mangkuk yang berisi air.
- Masukkan bawang putih ditumbuk kasar ke dalam mangkuk
- Bubuh garam, gula.
- Kemudian tuang 3 sudu besar sos ikan
- Masukkan jus limau ke dalam mangkuk

Bahan semua dikacau sebati, kemudian tuangkan dekat kerang yang sudah direbus.



Akhir sekali hias dengan daun ketumbar yang dihiris halus..siapp..



Selamat mencuba. Ni video cara nak membuatnya.

hai assalammualaikum

Resepi Kerabu Pegaga - Alkisahnya, nad suruh suami belikan daun pudina, sekali balik, cakapla dengan suami " mana daun pudina bang "..suami cakap " kan ada dalam tu, cuba tengok "..kita pun cakap la takda. Suami tak puas hati suruh tengok, dan dia tunjuk. 

Guysss, korang nak tau, dia tunjuk daun apa, dia tunjuk daun pegaga ok..Stress kita wak. Dahla kita nak guna cepat daun pudina, sekali salah beli. Nad cakap, takkan tak cakap dengan orang jual sayur tu. Suami pergi pasar, alang-alang suruh beli sayur, beli daun pudina sekali. Dia cakap, orang jual sayur tu tunjuk daun pegaga ni adalah daun pudina. Muka kita dah berkerut ok. Takkanla orang jual sayur yang dah bertahun tak tau sayur pudian macam mana. Huh, sudahnya, satu ikat pegaga dia beli. Nak buat apa oiii..Dahla rumah ni jarang makan pegaga. Geram je rasa.


Esoknya, nad pun carila resepi pegaga ni. Pegaga ni bolehla je goreng guna tepung. Jadila pegaga goreng. Rangup, boleh buat kudapan. Tapi, entah, macam tak best pulak buat goreng tepung. Last-last fikir, buatla, kerabu pegaga. Mintakla mak resepi. Nasib bahan semua ada..Maka bermulalah operasi memasak kerabu pegaga.


Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
- 300 g daun pegaga
- 1 cawan kelapa parut
- 1 labu bawang besar (Dihiris)
- 7 biji limau kesturi


Bahan B (Sambal) *Ditumbuk
- 3 biji cili merah
- 3 biji cili api
- 3 biji bawang merah
- 1 cawan ikan bilis
- 1 sudu teh belacan
- Garam secukup rasa


Cara menyediakan dan memasak:
- Bersihkan daun pegaga dan hiris halus.
- Masukkan semua bahan B dan kelapa parut ke dalam kuali. Panaskan sehingga sambal nampak kering. Kemudian tutupkan api.
- Masukkan daun pegaga dan bawang besar.
- Kacau rata dan perahkan limau kesturi. Rasakan garamnya.


Ok siap..begitula..lama tak makan kerabu, maka terhasilah kerabu pegaga.
hai assalammualaikum

Haritu, sehari nad dengan Fariza temankan mr mafia uruskan dia punya kerja. Urusan dari pagi sampai la ke petang. Bila dah petang, terasa lapar pulak. Masa tu ingat nak makan dekat-dekat kawasan rumah je, tapi mr mafia ada hal pulak dekat Ukay Perdana, Dia cadangkan, makan satu kedai tomyam ni, sedap dekat Ukay Perdana. Nad ikut je, asalkan makan..hahaa. Perut kalau dah lapar, dah tak kisah kedai mana nak pergi.

Mek Tanjung Seafood Ukay Perdana

Restoran Mek Tanjung Seafood

Selesai urusan mr mafia, terus pergi kedai tomyam tu. Kalau bab order makanan, memang nad suruh mr mafia pilih je makanan apa je. Tapi dia tanya juga dengan nad, nak ni tak, nak tu tak. Nak ok je. Masa ni nad tak terfikir pulak tempat ni ada kerabu mangga. Mr mafia yang pesan kerabu mangga tu. Nad pun dah lama tak makan kerabu mangga. Teringat mangga muda, ranggup, masam tu..fuh..meleleh air liur..hehehe.

Makanan yang di order

Inila yang kitaorang order makanan tu. Tangan orang tu dah tak menyabar. Lapar sangat..hahaha.

Tomyam Seafood

Daging goreng

Telur Bistik

Yang paling penting mestilah Tomyam, sebab datang kedai tomyam kan. Mr mafia pilih Tomyam Campur, Daging goreng, Telur Bistik dan Kerabu Mangga.

Minuman

Air pulak, nad pilih Carrot Susu, mr mafi pulak air apa ntah tu. Lupa nak tanya dia..haha. sibuk dengan anak. Fariza bagi air suam je.

Kerabu Mangga Terbaik Di Mek Tanjung Seafood Ukay Perdana

Kerabu Mangga

Inilah dia Kerabu Mangga tu..nyum..nyumm..Nampak tak mangga hijau tu, fuh..meleleh tak air liur korang..hehee. Masa dia hidangkan memang ranggup mangga ni. Krup..krup bunyinya. Ada kacang panjang, ada ikan bilis, lepas tu dia ada letak macam kacang. Memang sedapla bila makan kan. Makan macam tu pun layan juga, apa lagi makan dengan nasi.

Kerabu ni tak habis, jadi nad bungkus. Balik tu, nad letak kerabu mangga ni dekat pinggan dan simpan dalam peti ais. Esoknya keluarkan, masih ranggup dan sedap lagi..aumm...memang bestla kerabu mangga dekat sini. Boleh datang lagi semata nak kerabu mangga..hehee,

hai assalammualaikum


Resepi Kerabu Paku Pakis Mudah - Nad memang suka makan pucuk paku ni. Tak kirala buat lemak ke, tumis ke, atau kerabu. Sedap sangat...haritu balik kampung,mak nad ada bagi benda untuk buat kerabu. Kira dah siapla , tinggal campak je dekat sayur. Jadi haritu pergi pasar, carilah sayur pucuk paku ni. aummm..Nad tak guna semua pucuk paku, sebab yang lain nad masa tumis. 

Suami tak berapa suka kerabu melainkan kerabu tu betul-betul ikut citarasa dia, dia makanla. Kita ni asal nampak sedap telan je..hahaa.Kerabu ni mudah nak disediakan dan tak sampai 15 minit siap la kerabu ni. Ada gak tengok resepi orang lain, macam-macam nak buat kerabu ni erk, tapi nad pilih yang mudah jela.


Ni la dia benda tu yang dah siap. Tak tau la nama nak dipanggil apa. Mungkin kelapa yang dah diproses, dengan segala bahan kot..hahaha. Walaupun dah ade bahan ni, tapi nad tetap buat bahan lain untuk jadikan lebih sedap.

Bahan-bahannya
- Paku Pakis
- Bawang besar
- Garam
- Gula
- Cili padi
- Cili merah
- Serai
- Belacan
- Kelapa yang dah siap.

Cara penyediaan
- Bersihkan paku pakis dan celur sebentar, untuk bagi dia lembut.Setelah lembut masukkan dalam bekas.
- Potong bawang, potong nipis-nipis dan masukkan ke dalam paku pakis
- Tumbuk belacan, cili padi dan cili merah serta serai dan masukkan ke dalam paku pakis tadi.
- Gaul semua bahan sehingga cukup mesra dan masukkan kelapa parut serta bubuh garam secukup rasa . Gaul lagi dan jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Kalau ade taugeh lagi sedap. Tapi lupa pulak nak beli. Kalau nak ada kuah, boleh bubuh santan.