SUSUN ATUR, MENGEMAS BEG TANGAN, MENGEMAS BEG TANGAN, BARANG HANTARAN

hai assalammualaikum

Mengemas Beg Tangan, Barang Hantaran dan Luaskan Bilik - Sikit-sikit bilik nampak kemas. Kalau sebelum ni, masyallah, penin kepala tengok. Penuh dengan barang. Rasa sempit je ruang bilik tu. sebab banyak sangat benda disumbat dekat bilik. Jadinya kena la ada alternatif lain untuk susun bagi kemas bilik.



Barang hantaran pun nad simpan elok-elok. Yela orang bagi kan, mestilah simpan, nak guna , barang tu dah ada. Jadi simpan buat kenangan. Beg tangan, ermm..paham-paham jela perempuan ni, banyak sangat beg tangan, macam-macam rupa ada. Bila letak dekat bakul, main tindih je beg satu sama lain, kang rosak nanti. Nak capai pun susah. Tempat gantung tuala , sejadah pulak, makan banyak ruang. Rasa rimas dekat mata ni. Nak menyapu pun satu hal nanti..

Terfikir-fikir macam mana nak buat, hah!!..Lazada tengah buat sales, belilah barang untuk storage barang-barang ni. Ingat tak nad update nad beli dua barang dengan Lazada..heehe..entry ade dekat SINI..bacalah..dengan barang tu la, akhirnya semua nampak kemas dan teratur.



Beg tu nad masukkan dekat situ biar tersorok sikit dan tak terkena habuk. sebelah tu letak penggantung besi. Jadi penyidai besi tu nad dah buang. Nampak luas sikit ruang bilik.



dalambilik nad bagusnya arwah mommy ada buat ruang kosong untuk letak barang. Kalau orang putih design macam ni, diaorang suka letak baju kan, tapi nad dah ada almari, jadinya letakla barang. Maknanya tersorok la sikit dan nampak kemas. Nak lagi kemas nad ada beli LERBERG ni. Ada nad pernah update dekat SINI.Unit rak, kelabu gelap ni harganya RM49.90. Designnya tingkat-tingkat dan boleh isi banyak benda dengan tersusun. Kat sini nad letak barang hantaran dan barang baby yang dah tak guna. Jadi senang la nanti nak cari kalau Fariza ada adik..eh..hehee..

Ok..lepas ni cari idea kemas tempat lain pulak..fuh..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours