PENGALAMAN MENGGUNAKAN UBER PERTAMA KALI, UBER , KHIDMAT UBER

hai assalammualaikum

Pengalaman Menggunakan Perkhidmatan Uber

Masa belajar dulu, kerap juga naik bas awam pergi sana sini. Tapi, itu sebab ada kawan. Naik LRT pun boleh dikira berapa kali je, sebab naik pun dengan pakwa dulu..hahahaa. Lepas tu dah tak naik LRT. Lama jugakla taknaik sampai dah kawin ni. Nad ni memang penakut naik perkhidmatan awam sorang-sorang. Sebab tu, sekarang nak pergi mana-mana suami yang hantar..hahaa. Suami pulak jenis tak bagi nad pergi sorang-sorang. Walaupun rumah dekat dengan LRT, tapi sebab nad jenis tak biasa dan tak tau nanti nak turun mana, pastu naik apa pulak ke tempat tu, memang blur la orang cakap. Sudahnya, memang suami la tolong hantarakan ke sana sini.

Pernah nad terfikir, kesian mr mafia, kena hantar pergi situ sini. Nad ni kalau boleh taknak susahkan dia. Kadang terfikir nak naik teksi. Tapai paham-paham jela, teksi ni nak kena tunggu satu hal, tambang pulak mesti mahal, Sekarang nad dah anak, tak mampu nak menunggu haishh. Nasib baik sekarang ada perkhidmatan Uber. Tau pasal servis ni, tapi masih takut nak guna. Dan akhirnya, hari Isnin semalam nad pertama kali guna perkhidmatan Uber ni untuk pergi event dekat Jalan Kuchai Lama.

Sebelum tu, tanya kawan-kawan juga yang pernah guna Uber. Biasalah pertama kali, memang blur. Semua nak tanya..hahaa. Nasib baik kawan baik hati tolong. Terima kasih Dkna Abza dan Abang Sohoque.


Sebelum nak guna Uber, kenala install dulu apps Uber ni. Ni pun dok tanya Dkna, simbol mana..hahaha..Lepas tu kena register..Bubuhla apa dia nak tu. Dah setel, boleh guna dah perkhidmatan Uber.


Haritu ada event, mr mafia pulak ada kerja, jadi nad gunalah perkhidmatan Uber ni. Terkial-kial nak guna..hahaa. Memang nampak senang, takut salah tekan tempat nak dituju je ni kang..hehee. Hati-hati masa menaip..Mulalah tulis tempat nak ambil dekat mana ( pickup) dan nak pergi ke mana ( work location ). Sebelum korang request, dia ada tunjuk harga, kalau ok, korang tekanlah request.

Kalau ada nampak kereta Uber pada maps, itu maknanya ada perkhidmatan Uber dekat tempat korang. Sebelum itu, kita boleh tengok fare dia berapa kalau tak suka tak payah ambil, pilih uber yang lain. Mudah kan? Dah jumpa Uber yang berkenan boleh request dan pilih. Uber X untuk korang yang pergi sorang..Uber Xl tu kalau oergi beramai.

Pembayaran pulak boleh guna cash atau kredit kad. macam nad better bayar cash je.

Dah selesai, nanti dia bagitau Uber ni akan datang ke tempat yang nak diambil. Macam nad, ambil dekat rumah. Tunggulah sampai Uber tu datang dekat rumah. Senang..apa-apa dia akan call. Uber nad haritu Cina. Nama James. Nad pesan uber pukul 4.45 petang, pukul 4.55 dia dah sampai rumah nad. Sesat jugala dia nak kerumah nad..hehee..

Diaorang ni nak pergi ke tempat yang dituju dengan guna waze. Macam nad, dah la pertama kali, nak pergi tempat event tu pun pertama kali. memang tak taula tempat tu dekat mana. Dia pun tanya nad, biasa ka pergi ini tempat?? Sini ka tempatnya??..hahaa..manalah nad tau. yang penting nad dah bagi alamat betul dekat tempat tu. Dua kali juga tersasar jalan..ahhaa. Biasalah pakai waze..kadang susah kan. Ok dimaafkan..Nasib sampai tempat dia sebelum bermulanya event.

Nad bayar masa tu RM17. Dari Pandan Jaya ke Jalan Kuchai Lama. Kita ni bayar jela..Kalau pergi event berbayar bolehlah naik Uber. Nanti dekat email pun dia akan hantar resit pembayaran Uber tu..

Ok lepas ni, bolehlah guna Uber lagi kalau nak pergi event berbayar. tak berbayar macam tak berbaloi je..ahaha..Korang boleh guna code nad untuk dapatkan diskaun RM10. Nah guna code ni NADIAJ1311UE..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. menarik jugak uber ni ye Nad. Akak tak berani lagi nak try wat masa ni, lebih selesa guna public transport kalau nak ke event. Tapi kalau untuk tempat yang takda public transport mungkin uber boleh bantu nanti :)

    ReplyDelete
  2. boleh pilih jenis kenderaan tak.. atau driver hensom ke tidak..hihi.

    ReplyDelete
  3. Skrg ramai lebih suka guna uber or grab car jer kan.. sbb harga dh boleh tahu siap..dan pick up bole sampai kt depan rumah..mudah dah semua book online jer kan..:p

    ReplyDelete
  4. Entri nad ni tepat pada masanya. Dua tiga hari ni akak mmg nak naik uber, sbb keta rosak kat bengkel. TQ nad!

    ReplyDelete
  5. Suka guna uber. Boleh tunggu di tempat pilihan. Lagi satu boleh cuba GrabCar juga :)

    ReplyDelete
  6. Tak penah lagi guna uber.. Tapi ramai share kbaikan. Yang pasti memang murah

    ReplyDelete
  7. menarik & memudahkan urusan nampaknya incik Uber ni..hehe

    ReplyDelete