hai assalammualaikum

Baru sempat nak update berkenaan sambut birthday suami haritu. Almaklumla, anak ni memang tak suka kita duduk depan laptop ni. Jadinya, nak update tu terbekanglai sekejap. Birthday suami 12 Februari haritu, dan sambut secara romantik gitu. Ala sekali sekala, kang tahun depan, sambut ala kadar jela..hahahaa.

Pagi tu, bangun tidur je, dia terus cakap " eh macam mana kawan abang boleh tau birthday abang"..dah nampak hint dia bagi tu..hahhaa. Lepas tu dia cakap lagi " kawan abang ingat, tapi isteri abang tak ingat birthday abang "..kau nampak lagi dia cakap. Majuk mengalahkan perempuan..hahaha. Nad buat-buat cakapla, eh ingat birthday abang 14 Februari"..sebab kadang-kadang terkonfius tarikh birthday suami ni..hahaa. Tapi kali ni dah set dah, siap ada perancangan lagi yang di tak tau.

Haritu jugakala nad cakap, " abang pukul 3 siap ye "..terpaksala cakap keluar sebab suami la tukang bawak kereta..hahaa. Mungkin dia tau nak sambut birthday dia, tapi dia tak tau dekat mana, dan rupa nak sambut tu..huhuhu.

Sambut Birthday Suami Di Flora Kafe Ampang

Bila semua orang dah siap, jadi bergerakla ke tempat yang dituju. Nak taknak terpaksa juga tunjuk nama tempat semua. Dah cakap dia tukang bawak kereta. Sampai je sana, tadaaaa..hehhee. Tersenyum dia. Tak sangka dia isterinya sambut birthday dekat Flora Kafe Ampang, siap candle light, siap belon, siap bunga-bunga lagi kau..nah!!!..

Birthday mr mafia

Terharu suami ku..hahaha. Siap cakap jangan susah-susah, ececeh..padahal dalam hati, sukanyaaa..hahaa. Dari raut wajah dia, memang nampak gembira habis. Sebab dia cakap " sebab tu abang pilih sayang, sayang ada keistimewaannya"..ceh kembang semangkuk jap..hahaa. Hilang merajuk dia. Suami cakap lagi, dalam banyak-banyak perempuan dia kenal dulu, dulula sebelum kawin, takde orang sambut birthday dia macam ni..hahaaa. Nad ni mampu buat ni la, nak bagi hadiah, suami kita ni memilih sikit. Susah, jadinya nah, buat macam ni je. Nasibla dia suka.

Terharu katanya

I will make you happy, walaupun kadngkala bercakaran mulut..hahaa

Decoration romantik

Memang dekat sini, korang kalau dah booking, diaorang memang dah siap hias semua, termasuk sekali dengan makanan dan kek. Datang je sini, semua dah siap sedia..heheee. Datang sini, sebut je nama, sebab dah booking kan, nanti dia tunjuk tempat. Tinggal duduk, tinggal tunggu makanan sampai. Makanan ada dua pilihan, sama ada nak makanan melayu atau western, tapi nad pilih western masa tu. Nak tau makanan apa, nanti nad update entry lain. Ni nak tunjuk gambar je..kihkihkih.

Comel tak..

I am a rabbit

Dengan tempat anak sekali dihiasnya..hehee. Dekat sini memang macam-macam prop ada. Mula-mula diaorang yang bagi prop tu, tapi lepas tu boleh je nak pakai yang lain ambil sendiri dekat meja depan kaunter bayaran. Tapi jangan rosakkan sudah..

My Pari-pari

Comel dak anak kita. Pari-pari gendut Fariza.

Dialah suamiku

Walaupun ada anak romantik kene ada

Queen control..eh..no..no

Potong kek

Ya, its your birthday

I sentiasa cantik..hahaa

Happy Family

Masa ni pun ada jurugambar ambil gambar kitaorang sambut birthday. Fuh..memang dilayan habis. Gambar tu ditag dekat facebook Flora kafe II. So tak perlu risau..kihkihkih. Korang boleh layan gambar ni.

Dekat sini macam-macam boleh buat, sambut birthday, sambut perkahwinan ke, sambut apa-apa yang disambut. Pastikan booking dahulu. Kalau korang nak booking boleh contact no 03-21618010 / 012 2070166 (Mell)

Aku yang terlebih excited

Flora Kafe Ampwalk Ampang

Terima kasih Flora Kafe Ampwalk sebab berjaya buat kejutan untuk suami kita..hehee..



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Alolo sweetnya kak Nadia! <333 Hehehe Happy Belated Birthday to husband akak :)

    ReplyDelete
  2. Geram tengok baby tu, pandai pula dia pandang camera, tau-tau je orang nak ambil gambar... Happy Birthday buat suami...

    ReplyDelete