Bihun Sup Sedap, Bihun Sup Kampung Pandan, Juara Soto

hai assalammualaikum

Malam tu ajak suami makan dekat luar. Sebab barang dapur dah habis. Lepas tu dia bawak la satu kedai ni dekat je dengan rumah. Bukan kedai makan yang tempat kedai, tapi kedai makan ni dekat rumah. Maksunya ada rumah, lepas tu bahagian parking kereta tu dia buat kedai..Kedai ni dah lama, tapi baru haritu mr mafia bawak pergi sini. Nad tanyalah, " kedai ni dah lama buka ke??"..mr mafia cakap dah lama. Nad cakap lagi " dah tu kenapa tak pernah bawak sayang ke sini??"..mr mafia cakap lupa..iyekan jela..asalkan tempat makan tu sedap..


Bihun Sup ( Juara Soto ) Paling Sedap Di Kampung Pandan

Masa datang kedai ni, ramai betul orang. Walaupun kedai takdala besar mana. Kedai pun biasa je. Yela kedai makan dekat rumah. Tapi menu dekat situ ada macam-macam. Bukan sahaja goreng, sup-sup malah ada western..fuh..

Malam tu nad nak makan nasi. Jadi nad order nasi goreng kampung mintak pedas. Suami pulak order bihun sup. Bihun sup siap dulu. Mr mafis rupp, srupp depan nad. Terkecur liur tengok dia makan bihun sup tu. Nasib baik suami nak kongsi dengan isteri. Yela tengok muka isteri yang kecur liur tu..hahaha.


Nad pun rasa. Slurrppp....fuh sedap giler kuah dia. Ditambah dengan sambal special dia tu, rasanya lagi mengancam. Nak kata pedas, takdela pedas mana. Tpai sedap betulll..Selamanya nak cari bihun sedap punya susah dekat Kuala Lumpur ni, rupanya dekat sini ada sedap, mr mafia pulak jarang bawak. nasib baik dia dah bawak sini, dah tau mana nak cari bihun sedap dekat KL ni..Isinya banyak. Lepas tu mr mafia cakap " masa order mesti cakap nak tulang ye ",..nanti dia bagi ayam yang siap dengan tulang-tulang sikit. Selalu kan bihun sup dia bubuh daging ayam je kan. Hah yang ni ada tulang ayam sikit. sedapp.


Nad punya nasi goreng kampung pun sedap. Ni baru betul-betul nasi goreng kampung. Pedas sepedasnya..hahaa..Nak sangat pedas kan..meletupp..


Air pulak nad order air carrot susu. Cawan besar gedabak..Puas..




Tengokla Fariza ni..selera betul dia makan. Dia makan begedil je..hahaa..


Balik tu nad tapau makanan western, Lamb Chop..Lamb chop sampai 3, siap ada kentang goreng, sayur dan jagung..sedapp..kenyang malam tu..


Korang kalau nak cuba boleh datang kedai nya di
Alamat: -55, 45, Jalan F, Taman Cempaka, 55100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Buka dari pukul 4PM–12AM

Betul laorang cakap,kalau dah sedap nak makan je bihun dia ni..hehe
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Lapar tengok..huhu. Nampak sedap

    ReplyDelete
  2. ala.. ngidam balik la lamb chop. adoiii.. hr tu dh lupa dah

    ReplyDelete