hai assalammualaikum

Selalunya kitaorang berhubung dekat whatsup je. Nasib ada whatsup bolehla berborak, berhubung lagi kan. Takdela terputus selepas habis belajar. Masa nad kawin diaorang datang. Selepas kawin, pun ada jumpa juga, tapi selepas masing-masing dah semakin sibuk, nad pulak dah ada anak, sibuk juga, susah nak keluar, memang tak dapat jumpa diaorang ni la.

Bila nak jumpa tu kena betul-betul tarikh yang sesuai. Tapi bila tarikh dah sesuai, ada juga yang tak boleh nak jumpa. Sudahnya jumpa yang siapa boleh je la. Okla tu, dari tak jumpa, rindu dengan diaorang ni. Terkenang zaman belajar dulu, walaupun nad stay bilik blok lain. Tapi disebabkan sama kos, kitaorang rapat sampai sekarang.

Kami sebahagian Geng UUM Di Pesta Buku

Haritu, ada pulak pesta buku dekat PWTC. Adala beberapa kawan nad ni memang ulat buku, yang seorang tu suka baca novel. Dia la beria mengajak ke Pesta Buku ni. Nama dia Ana..hehee. Ana yang cadangkan pergi Pesta Buku. Dia cadang pergi 6 Mei, semalam ler kitaorang berjumpa. Nad nak ikut bukan sebab nak beli buku, tapi nak jumpa diaorang..hahaa. Nad bukan suka baca buku ke apa. Majalah pun tengok  apa yang suka. Tapi haritu memang tak teringin nak beli buku ( maybe suami tak ikut nak pow beli buku takde dia..hahaha)

Dari Kiri, Ya, Bitah, Aku, Pah (tudung hitam), Ana (shawl hijau)

Masa tu nad pergi dengan Fariza je. Mr mafia ada kerja. Dia tolong hantarkan nad ke Pesta Buku je. Kitaornag jumpa dekat PWTC sana. Bila dah jumpa, tengok kawan-kawan dah start beli buku..hahaa. Ramai orang dekat Pesta Buku tu. Nad tengok jela. Nak juga cari buku untuk Fariza, sebab dia suka menulis dan membaca, tapi buku yang jenis berbunyi takda. Ada memang ada, tapi mahal gilerr..jenis bayar bulan-bulan, memang takla..Takpe, nanti kita cari lagi ye.

Semua kawan-kawan nad ni ada yang kerja dekat Kuala Lumpur, Kelantan, Pahang. Bitah dengan Pah jauh datang. Yang lagi dua walaupun duduk KL sama dengan nad, nak jumpa susah..sebab dua orang tu kerja. Nad pulak kena tengok jadual suami. Nad pun kerja blogger, pergi sana sini, lagi dengan jaga anak dekat rumah. Bila ada waktu memnag betul-betul nak jumpa, baru nad kosongkan waktu tu..Memang nak sangat jumpa dengan diaorang ni, berborak, bergosip..hehee. Teringat dulu tengok cerita la, ish macam-macam la masa belajar dekat UUM dulu. Lagi best dapat bercuti bersama.

Dah puas pusing-pusing PWTC, dapat dah kawan-kawan cari buku, apa lagi balik cari makanan ler..hehee..nak tau kitaornag makan dekat mana..hah!! baca entry seterusnya ok..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. seronok kot dpt jmpa rakan2 zaman study kan..huwaaa rindu zaman2 muda mudi student dulu2

    ReplyDelete
  2. IQ nak pergi pesta buku tapi tak jadi. sebab fikirkan malas nak beli buku plak. haha. IQ beli buku online je skrang ni

    ReplyDelete