hai assalammualaikum

Dah lama tak nampak Noraniza Idris buat persembahan di kaca TV. Teringat zaman Juara Lagu suatu masa dahulu, persembahan Noraniza Idris la yang paling ditunggu. Disebabkan Noraniza Idris selalu membuat persembahan yang berlainan apabila dia atas pentas. Dan haritu, nad berpeluang melihat secara depan-depan Noraniza Idris menyanyi. Suara masih sama, sedap, dengan lentok Irama Malaysia yang dibawanya tu.


Pelancaran Single Terbaharu Noraniza Idris " Permata Saadah "

Kali ni, Noraniza Idris melancarkan single terbaharu  berkonsep Pop Tradisional bergenri Zapin Fusion beliau iaitu "Permata Saadah". Single ini merupakan single terbitan kedua lagu Irama Malaysia setelah " Wangikanlah Hatimu" dilancarkan pada 21 Februari 2017. " Permata Saadah " dipilih sebagai judul single solo terbarunya kerana di anggap sebagai sebuah lagu yang sangat istimewa. Iramanya menjadi inspirasi kepada lambang Keunikan dan kekuatan semangat seorang wanita secara luaran dan dalaman yang sentiasa cekal dan bijak.

Single terbaharu " Permata Saadah " telah ditaja oleh Permata Saadah Sdn Bhd. Kalau korang nak tau, sebenarnya Permata Saadah ni merupakan syarikat katering yang mula beroperasi pada tahun 2011 lagi. Syarikat ini dimiliki oleh Mohd Syahid Abdal Bin Kamerudin merupakan seorang pemuda OKU. Permata Saadah diabadikan sempena nama ibunya sendiri. Permata Saadah membawa maksud " Kebahagiaan yang tidak ternilai ".


Ilham Permata Saadah muncul apabila pertemuan singkat antara Noraniza Idris dan Mohd Syahid di sebuah program keusahawanan. Keterujaan Kak Ani melihat kesungguhan Mohd Syahid yang merupakan seorang pemuda OKU menjadi salah satu peserta di situ memberi peluang untuk berkenalan lebih dekat lagi. Akhirnya mereka bersepakat untuk saling bekerjasama.

Menurut Mohd Syahid, " Saya bersetuju menaja lagu Permata Saadah kerana sesuai dengan matlamat untuk mencari cara yang unik meluahkan rasa berterima kasih kepada dua wanita terpenting dalam hidup saya iaitu ibu dan isteri tercinta. Setelah berbincang bersama Noraniza Idris, saya bersetuju bahawa sebuah lagu dengan lirik yang penuh bermakna dan dialun dengan melodi yang indah serta vokal yang lunak, merupakan cara terbaik untuk meluahkan isi hati".



Noraniza Idris Dilantik Sebagai Duta Permata Saadah Event & Catering

Noraniza Idris telah dilantik menjadi duta Permata Saadah Event & Catering selama 2 tahun. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Dato' Hishammuddin Zaizi Bin Yang Amat Mulia Tengku Azman Shah AlHaj.


Kalau korang tengok lirik lagu memang syahdu sangat. Ni nad belanja sebahagian sahaja Noraniza Idris nyanyi..korang kena dengar penuh lagu dia tau. " Permata Saadah " membawa maksud "nadi kebahagiaan". Bestt!!.." Permata Saadah " dilancarkan sempena sambutan Hari Ibu.


Komposer Dan Penulis Lirik " Permata Saadah "
Tajuk Lagu: Permata Saadah
Komposer : Rosli Selasih
Penulis Lirik: Ahmad Fedtri Yahya
Terbitan: Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Edaran Digital: Luncai Emas Sdn Bhd

Single "Permata Saadah" kini boleh didapati di beberapa aplikasi berikut:

Streaming platform:
Joox Music, Spotify Music. iTunesStore, deeZer. KKBOX, Akazoo, Shazam. Psonar, Yonder Music
Youtube Subcribe : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Caller Ring Tone : Celcom. UMobile. Digi. Maxis
Facebook : NIPVMania / Noraniza Idris/ Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Instagram :@nipvmania / @noraniza_idris / @nipvsb / @noranizaidris_permatasaadah
Website : akarkitazapin.com.my
Hotline : +60103935606/ +6016 291 8066/ +017601 8380

Penyertaan Permata Saadah Dalam #saveiramamalaysia

Memandangkan NIPVSB kini sedang giat menyusun jelajah seluruh Malaysia sempena kempen #saveiramamalaysia, seiring dengan perniagaan Permata Saadah yang membawa produk warisan Melayu menerusi "wedding planner", Permata Saadah turut menyusun perancangan dalam usaha mempromosikan perkahwinan dan makanan warisan ke tahap lebih global bagi memartabatkan irama Malaysia.


Permata Saadah Event & Catering

Permata Saadah menyediakan pakej catering dan pelbagai pakej perkahwinan “All In One” untuk semua.Lokasi pejabat di Sungai Buloh dan servis beroperasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Permata Saadah komited untuk menyediakan sajian dan servis yang terbaik kepada pelanggan. Permata Saadah menawarkan harga mampu milik bermula dari RM7.90 sahaja bagi seribu pek. Nad dah makan, makanan mereka, sedap dan tidak mengecewakan.

Korang kalau berminat untu menggunakan khidmat Permata Saadah Catering boleh ke
No.33, Jalan BRP 6/13,  Bukit Rahman Putra 47000 Sungai Buloh Selangor
No Telefon : 03-6151 8844 (Office)
HQ Online 018-9888 504
Laman Web : www.permatasaadahcatering.com
Facebook: https://www.facebook.com/permatasaadah
Instagram: https://www.instagram.com/permatasaadahcatering/
                  https://www.instagram.com/permata_saadah_official/


Majlis pada hari itu, diserikan dengan persembahan daripada artis-artis di bawah Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd seperti Azmir Arif, Tyka, Dalili Amerda.


Salah seorang merupakan anak Noraniza Idris iaitu Fee Haiqal telah mengeluarkan sinlge terbarunya iaitu " Aku Mencari".


Pada hari itu juga, Noraniza Idris juga telah mengeluarkan beberapa jenis koleksi Fesyen Aura by Noraniza Idris. Cantik-cantik baju nya.

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. aah mmg lama xnmpk noraniza d pentas tp bila muncul mmg nampak maintain je kan =)

    ReplyDelete
  2. tengok fee haiqal tetiba rasa tu bukan anak noraniza idris, padahal IQ sebenarnya terbayang anak nora, sebab selalu nampak anak nora je...adeshh, fikiran kelaut betul!

    ReplyDelete
  3. MMG long aah d xnmpk Strike stage but when it appeared visibly MMG maintain je kan =)
    goldenslot
    บาคาร่า online

    ReplyDelete
  4. Your message Is a good article Can be easily understood I have interest in this field Can you read my
    slotxoauto

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2