hai assalammualaikum

Dah lama cari beg untuk simpan makeup. Nak beli yang memang khas untuk beg makeup mahal. Jadi pilihla yang murah. Kesnya nak cari beg makeup, sebab nad ni kadang main makeup-makeup dekat bawah bersama anak. Sebelum ni bawak semua makeup dalam plastik je weii..hahaa..Lepas tu, bila dibiarkan, anak pulak buat main, sampai hancur makeup kita..aduhh sedihh wakk..nasib gincu sahaja, tapi tu pun gincu kesayangan kita..lagi bertambah sedihh..huhuhu..Jadinya kita pun terus cari beg makeup.


Pouch Travel Kit Beg Multipouch 

Cari punya cari, akhirnya jumpa yang berkenan di hati. Beg Travel Kit Multipouch. Bukan setakat makeup, malah boleh jadi beg barang mandian atau apa sahaja korang nak simpan. Beg sedang-sedang je, mudah dibawa ke mana sahaja. Nad cari dekat Lazada je, murah dalam harga RM19.50. Lagi suka sebab dia warna biru siap ada corak-corak lagi..Bestnya, boleh pulak dapat keychain doraemon, padahal masa beli tu takde pulak cakap freegift..hehee..


Nad pilih beg ni sebab ruangan dia banyak. Dekat dalam tu ada bahagian bawah, tengah lagi dan selit-selit lagi. Hah!!, cukupla untuk masukkan barang makeup kita yang banyak tu.


Beg ni jenis zip. Senang je la kan. Pulak tu kalis air. Takdelah basah beg tu. Sebab tu boleh bawak untuk barang mandian.


Ada tempat pegang dia.



Hah Yang ni nad dah susun barang makeup nad. Nak bawak ke bawah, ke atas, bercuti, ke mana sahaja, bawak satu beg ni je. Mudah sangat. Takda makeup berselerak. tersusun pun ye. Masukkan semua berus makeup tu..hahahaa. Takde susah nak cari..hehee.

Selesai masalah. Kalau korang nak beli, boleh je ke Storage Makeup ni..ada je jenis yang lain. Kot nak macam nad punya..kita dah siap bagi link tu..silalah terjah.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. comelnya puas hati boleh simpan barang banyak kan. airah pun beg kecik je haha.
    baru singgah sini and follow sis :)

    ReplyDelete
  2. zaza pun tercari2 beg makeup juga..dh ade tp nak tukar baru rasa..hehe..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya beg ni.. berkenan sungguh.

    ReplyDelete