hai assalammualaikum

Sebagai surirumah, nak fikir menu memang penat. Kalau boleh setiap hari nak simple, nak mudah je..haha..tapi yang penting sedap kau..kalau bab goreng-goreng dan tumis ni memang senang la kan. Hah, ni la menu ringkas dan mudah yang nad buat..terliur punyala..mesti korang nak buat..hahaha..


Ni la dia, petai, kentang goreng dan ikan bilis goreng masak cili api..Rangup ikan bilis, petai dengan kelembutan kentang lagi..perghh..Rasanya mestila pedas dan sedap..hahaha..nad kan yang masak..hehehe.. Ni cara nad buat

Bahan-bahan
- Petai
- Kentang
- Ikan bilis
- Cili padi hijau dan merah
- Cili merah besar
- Bawang besar
- Bawang putih
- Garam
- Perasa sikit

Cara membuatnya
- Goreng petai, kentang dan ikan bilis. Goreng satu-satu. Mula goreng petai, lepastu goreng kentang dan last goreng ikan bilis. Lepas tu masukkan dalam mangkuk.Biarkan kejap.
- Potong bawang besar, bawang putih, cili besar, cili padi. Lepastu blender bersama.
- Tumiskan bahan yang diblender sehingga naik bau.
- Bubuh garam dan perasa. Letak air sedikit.
- Dah nampak masak, baru masukkan petai, kentang dan ikan bilis. Gaul sehingga rata.
- Dah siap..jangan lama-lama masa gaul..ok dah boleh makan..

Selamat menjamu selera.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours