hai assalammualaikum


Teringat Rebung dengan daging masak lemak masa photoshoot haritu. Makanan sedap yang disediakan oleh pihak Muzium UPM. Lepas tu ada pulak dekat tv cara-cara nak masak rebung dan daging masak lemak..adoii..lagi bertambah meleleh air liur..Tak puas hati, pergi pasar beli rebung dan daging..hehee..apa lagi kita masakla.Nad masak mudah je, takda la susah mana. Asalakn ada rasa, rebung dan daging lembut..hehe

Bahan-bahan
- Rebung
- Daging
- Cili padi
- Kunyit hidup
- Halia
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serai
- Garam
- Santan
- Perisa
- Air

Cara membuatnya
- Rebung dan daging dibasuh.
- Potong bawang merah, bawang putih, halia sedikit, kunyit hidup sedikit, cili padi. Blenderkan semua bahan tersebut dan tumiskan sehingga naik bau.
- Masukkan Rebung dan Daging ke dalam. Gaul bagi rata. Biar tumisan masuk meresap ke dalam rebung dan daging.
- Masukkan air. Biar seketika
- Bila air dah separuh, bolehla masukkan santan.
- Gaul bagi rata, dan biarkan.
- Masukkan garam, perisa dan serai. Gaul sebati.
- Biarkan seketika.
- Nampak air separuh, dah masak boleh matikan. Dan dihidangkan untuk menjadi santapan korang..eheee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. wahh, asyik share resipi je nad. haha! dah nak masuk Ramadhan ni seronok ler nak masak2 kan?

    ReplyDelete
  2. adoi.. teseksa anak tekak weyh.. hee~

    ReplyDelete