hai assalammualaikum

Ni pulak masak sotong. Mr mafia suka makan pedas, pedas. Kalau buat macam kicap ke, atau yang manis memang dia tak suka. Jadinya setiap makanan memnag kena tambah cili. Nad pun dah terikut. Tak boleh takde pedas dalam makanan. Tapi takdela pedas membakar lidah oii..kira rasa ada pedas, sedap la tu.


Ni pulak nad masak Sotong Belacan Cili Padi. Biasalah bila idea dah datang main masak jela. Asalkan sedap. bau belacan walaupun busuk, tapi bila masak sedap kemain...hahaa,.Tengok gambar tinggal satu sotong sebab tak sempat nak ambil gamabr dah diambil sotong lain..gitu laa..hahaa..Nad tinggal berdua je denga suami, jadi sotong masak dua ekor je..tak banyak pun..

Bahan-bahan
- Sotong
- Bawnag merah
- Bawang putih
- Cili padi
- Belacan
- Garam
- Perasa
- Air

Cara membuatnya:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan. Tumbuk sekali..aduh baunya memang sedap.
- Tumiskan bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
- Letak garam dan serbuk perasa. Letak air sedikit.
- Masukkan sotong. Macam nad tak potong sotong tu, masukkan satu je sebab ada telur dalam sotong tu.
- Gaul-gaul sehingga sebati sehingga sotong lembut.
- Dah siap boleh sediakan.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. sedapnyaaa.boleh cuba resepi ni nanti senang je

    ReplyDelete
  2. menarik tapi sotong ni xyah masak la ek nad?

    ReplyDelete
  3. Wah menrik ni...nanti akak nak cuba la

    ReplyDelete
  4. Akak selalu up post resipi alang2 tu masuk lah contest Lazada ni mana tahu leh menang baucer rugi tak cuba.

    ReplyDelete
  5. nampak sdap. nak sediakan pn senang . maybe boleh cuba nnt. tpsotong takde dkt rumah. hahah kena beli

    ReplyDelete
  6. Menariknya, walaupun dua ekor jer... Hehehehe... Nak cuba la. Saya mohon guna resepi ye

    ReplyDelete