hai assalammualaikum

Semalam banyak pula sambutan ye..hehe. Yang nad tau Hari Ibu ahad ni, tapi ramai dah ucap dekat facebook sebab nak bunga ungu beterbangan di facebook. Semalam juga hari Jururawat sedunia. Bulan 5 pulak memang ramai yang sambut hari lahir dalam keluarga nad, jadi kitaorang sambut sekali semalam..senang..hehehe.

Mula adik yang rancang nak sambut hari ibu, lepas tu abang ingatkan yang bulan 5 birthday ayah. Lepas tu selit kakak cakap eh bulan 5 ramai harijadi..hah sambutla kita.


Semalam semua keluarga berkumpul. Seronok dapat kumpul ramai-ramai. Makanan malam tu, sate, nasi goreng, hotdog, nugget, KFC dan mee hailam..macam-macam ada.

Malam tu banyak doa selamat dulu. Lepas tu baru makan.


Selamat Hari Jadi ayah, semoga diberi kesihatan yang baik, panjang umur dan dimurahkan rezeki.


Selamat Hari Ibu mak. Terima kasih jaga kitaorang dari kecik sampaila ke besar.


Selamat Hari Jururawat untuk kakak nad. Bekerja la dengan baik..terima kasih merawat orang sakit..hahaha.

Meriah..memang meriah...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours