hai assalammualaikum

Haritu balik kampung, habis muka nad, sebab lupa nak bawak makeup remover dengan pencuci muka. Muka nad memang sensitif sikit, kena bersihkan dengan makeup remover, lepas tu baru cuci. Kalau tak, memang naik jerawat. Dah naik jerawat dua ketul dekat muka..geram je rasa. Membersih wajah merupakan perkara paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat samada anda menggunakan alat solek ataupun tidak. Membilas air semata-mata tidak mencukupi. Jadi kenala buang makeup dulu dengan pencuci makeup, lepas tu cuci muka dengan sabun pencuci.


Pembersih Makeup Dan Wajah Eversoft Baharu

Produk terbaru yang nad cuba pakai, produk pembersih makeup dan wajah daripada Eversoft. Produk ‘jimat masa’ ini menggabungkan langkah pembersihan yang pelbagai dalam 1 produk iaitu EVERSOFT™ 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water yang bertindak menanggalkan solekan, membersih dan menyegarkan kulit; manakala EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner sangat sesuai bagi individu yang tidak menggunakan solekan. Menggunakan formulasi berasaskan bahan dan teknologi dari Jepun, pembersih baharu ini bebas daripada paraben, SLS, alcohol serta minyak mineral.

Dua pembersih wajah baharu EVERSOFT™ ini memberi lebih dari sekadar pembersih asas. Ia membersihkan wajah sambil menyegarkan kulit dan menanggalkan solekan. Bukan tu sahaja, malah dengan adanya  ekstrak organik Yuzu dan Tomato dapat memberi khasiat serta melindungi wajah dengan cara yang selamat pada kulit. Bagus kan. Packaging dia memang lawa. Warna hijau gitu. Kedua-dua permbersih ni hadir dalam bentuk pam. Jadi sangat mudah digunakan. Picit je dah keluar.

Selalunya nad akan guna penanggal makeup dulu baru cuci muka dengan pencuci muka.


EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water 

Harga: RM22.90 (Semenanjung)/ RM24.00 (Sabah & Sarawak)
Saiz: 300ml

Pertama sekali mesti tanggalkan makeup dengan EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water. Penanggal makeup ni merupakan pembersih wajah berasakan air, yang lembut dan berkesan untuk menanggal solekan dan membuang kotoran. Diperkaya dengan ekstrak organik Tomato yang tekenal dengan ciri-ciri antioksida bagi melawan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran, pada masa yang sama menyegarkan kulit serta mengecilkan pori.



Produk ini turut mengandungi Bio-Hyaluronic Acid bagi mengekalkan lembapan dan mencegah nyahidrat. Ia menjadikan kulit wajah terasa bersih dan lembab sentiasa. Dengan pembersih solekan yang tidak memerlukan bilasan air ini, pengguna boleh melangkau langkah membersih wajah dengan buih pembersih serta penggunaan toner. Anda hanya perlu memakai pelembab setelah menanggalkan solekan dan siap!


EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner 

Harga  RM17.80 (Semenanjung)/ RM18.70 (Sabah & Sarawak)*
Saiz: 150ml


EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner terhasil daripada formula gabungan 2 langkah pembersih kepada 1. Manik-manik merah jambu diperkaya dengan Tea Tree Oil dan Vitamin E yang membersih jauh kedalam kulit untuk menarik kotoran, manakala ekstrak organik buah Yuzu membantu meredakan kemerahan kulit, mengurangkan pembentukan jerawat, dan membuang cela pada wajah. Pembersih ini membersih dan mencerah dalam satu langkah tanpa meninggalkan sebarang kotoran. Langkah ini boleh diteruskan dengan penggunaan serum serta pelembab sebagai pelengkap kepada rejim penjagaan kulit wajah.

EVERSOFT™ Cleansers diperbuat daripada formulasi yang lembut pada kulit wajah dan berkesan untuk membersih jauh kedalam tanpa mengeringkan kulit sambil mengekalkan keseimbangan lembapan secara semula jadi. Setiap bilasan membekalkan kulit anda dengan nutrien agar kulit semakin cerah dan sihat sentiasa.

Kedua-dua produk boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar dan farmasi seluruh negara. *Harga tertera termasuk 6% GST. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Eversoft Skinz di https://www.facebook.com/EversoftSkinz/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Akak suka produk yang berasaskan bahan organik ni..lagi best yang 2 in 1 camni..jimat masa.jimat duit..hehe

    ReplyDelete
  2. rabia pun suka produk semulajadi ni..

    ReplyDelete
  3. CCL tak pernah pakai lagi produk eversoft , selalu jugak jeling2 kat guardian watsons,,memang produk ni no mekuari

    ReplyDelete
  4. organik yea..boleh cuba guna ni..

    ReplyDelete
  5. Salam kak.. akak beli set ni dekat mna? Saya pergi aeon dia jual satu dan cleanser 2 in 1 ni tak ada pun..susah nak cari..

    ReplyDelete
  6. Thank you for your blog and your posts. You share with us a lot of interesting things and we appreciate it. We want more posts about cosmetics and your lifestyle.

    ReplyDelete