hai assalammualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Alhamdulillah, selesai kita berpuasa, harini kita menyambut Hari Raya. Awal pagi dah bangun persiakan diri. Hujan rahmat pgi hari ni. Syukur Alhamdulillah. Kali ni beraya di kampung. Semestinya seronok, sebab beraya di kampung lebih meriah. Semua sepupu sepapat berkumpul memeriahkan suasana.


Tema nad sekeluarga ialah oren salmon..hehee. Lain dari yang lain. Warna ni pun belum ada lagi dalam almari baju..hahaha. Nad dengan anak dara Fariza pakai baju kebaya..auchh..hehe. Mommy vogue anak kiut gitu. Mr mafia pulak baju melayu jela..hehehe.

Pagi ni lepas solat raya, baru nak gerak pulang ke kampung. Baru tiga keluarga, dah pening nak isi baju. Yela balik kampung bukan sekejap. Dengan baju raya, baju malam, baju tidur, makeup, barang mandian, eh banyaknya la..adoii..hehee..sabar jela perempuan ni kan.

Di kesempatan ini nad ingin ucapkan

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri..
jika ada terlanjur kata, terkasar bahasa, terlajak perbuatan atau tersinggung hati...
Mudah-mudahan menjelang Syawal yg Mulia Ini, Menjadikan Kita Insan yg Memaafkan...
Semoga Ikatan Ukhwah Kekal Erat Terjalin...

Pantun jap..

Ayam kampong tertelan sabun,
Terus ke hospital operation perut,
Ikhlas ku kirim serangkap pantun,
Mesra ikatan jalinan terpaut.

Cicak meninggal tetelan kurma,
Tidak bernyawa terbeliak mata,
ahad depan raya posa akan menjelma,
Tangan ku hulur maaf ku pinta.

Anak kucing terpijak duri,
Menjerit-jerit macam nak mati,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Kera tunggal makan delima,
Rasanya kelat tidak terasa,
Laungan takbir kini bergema,
Tanda syukur pada yang Esa.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

10 jari jemari menyusun kata,
mohon ampun di pinta,
buat sahabat semua,

🎊🎉Selamat Hari Raya Aidilfitri🎉🎊

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. selamat hari raya nad..maaf zahir batin.lawa kaler salmon tu.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya maaf zahir dan..

    Datang singgah blogwalking raya

    ReplyDelete
  3. Lawa eh..nice ootd..hehee..ofkozz pening palooo gituuu

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin yer.

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya nadia sekeluarga! btw tahniah yer! =))

    ReplyDelete
  6. The ultimate article. Thank you for writing a good article to read.
    Sa gaming สมัคร

    ReplyDelete