hai assalammualaikum

Banyak sekarang website shoping online ni. Semestinya nad suka la, sebab nad ni memang kaki shoping online. Lagi-lagi kalau nampak barang dengan harga yang murah. Tak kisahla kalau shipping dia lama pun, yang penting murah kan. Hidup sekarang kena berjimat oii. Tapi dalam masa yang sama kene kontrol supayan tak shoping berlebihan dan boros. Salah satu website shoping online yang nad aim sangat, iaiatu SGshop. Belum lagi nad shoping dekat sini. Katanya semua barang dari China dan dua kali ganda lebih murah dari harga pasaran Malaysia..wow!!, terbeliak mata kita wak!!!..

Apa lagi terus kita buka lama web SGshop ni. Memang betul orang cakap, barangan dekat SGshop ni murah-murah. Barang besar-besar macam perabot, kamera, barangan rumah, eh semuala, murah weii..Mulalah tangan ni gatal klik sana sini..hahaha. Kan, siapa suruh buka kan..dah tergoda..Sebelum apa-apa dulu, mestilah daftar. Kot-kot ada yang berkenan, kita masuk shoping cart..kihkihkih..


Ayue Idris tengah buat contest ni, mencari 10 pemenang untuk menerima RM500 kredit di dalam Akaun SGShop anda. Apa lagi joinlaa..Klik banner ni ye..

Servis Yang Ditawarkan di SGshop

Untuk pengetahuan korang, servis yang ditawarkan di SGshop ni tempat kita shoping secara online yang menawarkan pelbagai barangan keperluan seperti barangan elektronik, kosmetik dan makeup,pakaian, barangan dapur, peralatan rumah, perabot, barangan photography dan banyak lagi yang semuanya datang daripada China. Barang yang datang daripada China memang murah kan, tapi sebelum ni hanya wujud Taoboa.com dan kita tak tau nak beli macam mana sebab tulisan dalam bahasa cina. Sebab tu terhasilnya SGshop memudahkn pengguna untuk membeli barangan dari China ni.


Bila nad tengok laman web SGshop ni memang mesra pengguna. Harga yang ditunjukkan pun dalam Ringgit Malaysia. Kalau tak paham, boleh tanya dekat help center. Ramai nad tengok kawan nad yang pernah shoping dekat SGshop bila feedback positif. Jadi nad pun tak ragu-ragu la nak beli. Lagipun tengok diaorang beli pun macam mudah sebab caranya sama macam shoping online yang lain. Kita pun dah jadi rambang mata tengok barangan dekat SGshop ni..jom tengok apa yang nad berkenan nak dekat SGshop ni dan kenapa??


Item Yang Menjadi Pilihan Di SGshop

1) Stage Casio/ EX-ZR55 CASIO Self Artifact Girls Beauty Household Digital Camera Card


Dah lama cari kamera yang kecik dan sesuai dengan nad. Mr mafia suruh bawak kamera dslr dia, tapi bila difikir balik, nad kadang bawak anak pergi event, memang takdela nak bawak kamera dslr tu.
Kamera memang penting bagi nad, lagi suka selfie. Kamera ni kalau nad dapat memang nad gembira betul. Yela, kamera phone sekarang, kalau ambil gamabr sangat kurang kualitinya. Jadi kalau ada kamera Stage Casio/ EX-ZR55 CASIO Self Artifact Girls Beauty Household Digital Camera Card gambar nad akan jadi lebih menarik dan cantik. Sebagai blogger ni, setiap gambar yang kita ambil mestilah cantik untuk orang tertarik dengan gambar tu. Lagi satu kamera ni connect dengan wifi. Jadi kalau nak update terus ke instagram, boleh pindah ke phone dah update terus..mudah je. Tak perlu nak kabel-kabel semua kan..hehee. Saiz pun sesuai dengan nad dah..Boleh selfie sekali..mudah dibawa kemana sahaja. Bila ada anak ni, nak bawak kamera dslr memang payah, jadi aklau ada kamera macam ni, mudah je, gambar pun cantik.

Korang boleh tengok di link yang nad beri ni : Stage Casio/ EX-ZR55 CASIO Self Artifact Girls Beauty Household Digital Camera Card


2) Teng Cloud 228 Mini Desktop Taobao Live Three Tripod Mobile Phone Self Timer Artifact Camera Tripod Support Equipment


Memang nad tengah mencari tripod ni. Sebabnya, mudah nak ambil gamabr, nak buat tutorial bila ada tripod ni. Yela, handphone atau kamera terletak elok je, tak perlu dipegang. Sekarang nad kalau ambil gambar, kena pegang atau letak handphone dekat tempat tertentu. Kadang handphone tak stabil bila letak, memang susah nak ambil gambar penuh. Suami ada tripod, tapi tak sesuai untuk handphone, tripod tu hanya untuk kamera dslr sahaja. Jadi Teng Cloud 228 Mini Desktop Taobao Live Three Tripod Mobile Phone Self Timer Artifact Camera Tripod Support Equipment nad nak sangat, sebab tripod ni boleh letak semua, tak kisah handphone, kamera dslr atau kamera kecik tu. Boleh tampung semua. Lagipun kecik dan sesuai la bawak pergi mana. Dan paling best, dapat 228+ Bluetooth Remote Control, Extended Self Bar 1288+ Mini Three Tripod 228 Mini Self Bar 1088+ Mini Three Tripod 228. Murah pun murah. Suka giler la.

Korang berkenan juga, boleh tengok link ni : Teng Cloud 228 Mini Desktop Taobao Live Three Tripod Mobile Phone Self Timer Artifact Camera Tripod Support Equipment


3) British Knight G4000 Sports Camera Waterproof Camera Under The Floating Diving 4K HD Digital Camera DV.


Yang ni pulak Sport camera waterproof. kalau pergi mana-mana boleh bawak ni. Masuk dalam air ke, pergi hiking ke, naik kereta ke..hah!!, best betul. Lama dah nak masuk dalam wishlist. Nak ambil pemandangan pun cantik..Memang suka giler la bila dapat ni..



4) Shipping Folding Bed Sofa 1.8 Multifunctional Large-Sized Apartment Combined Simple Sofa Cloth Small Sofa Bed 1.5


Terbekenan pulak dengan sofa ni. Dahla cantik, nampak selesa pulak tu. Boleh dibuat macam tilam pulak..hahaa. Memang tengah cari sofa nak bagi ruang ni luas lagi. Usha sofa yang nampak elegant sikit. Kalau boleh nak sofa yang lain dari yang lain...hehee. Cantik kan sofa ni..Banyak pilihan.


Nad rasa dah cukupla ni wishlist yang nad nak..hehee. Kebanyakan barang kamera, biasa blogger kan. Nak cari benda yang memudahkan mereka. Kalau boleh nak senaraikan banyak lagi barang yang kita nak..hehee..saja nak hasut korang suh shoping dekat sini..hahaa..

Kalau korang nak tengok lagi barang ape korang nak..korang boleh layari
Facebook : SGShop Malaysia
Instagram : @sgshop_malaysia

Jom korang meriahkan contest ni..harap nad bertuahla dapat hadiah ni..boleh choping..hehee..Kontest ini dianjurkan oleh SGSHop dengan kerjasama Blogger #AyueIdrisXSGShopMalaysia..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Ooo semua produk dari China, menarik jugak ni! Nak usha SGshop jap lah!

    ReplyDelete
  2. Good luck kak nad. Banyak pilihan di sgshop ni, murah pulak tu(kena pandai cari jugak), hehe.

    Shad
    https://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/06/sgshop-jom-shopping-contest.html

    ReplyDelete