hai assalmmualaikum

Dah sebulan kita berpuasa, makan pun berpada, bila dah sampai waktu raya, masa tu macam-macam makanan yang dihidangkan dekat tetamu. Apa lagi, bila dah dijamu mestilah nak makan kan..hehee. Lagi dah puasa 30 hari, masa ni la kita dapat makan waktu siang balik. Tapi makan kita berpada-pada, sebab tau nak singgah banyak rumah kan. Orang dah jamu, takkan kita nak tengok je, kecik hati tuan rumah. Lepas seharian makan itu ini, siang tu ok lagi perut ni.

Sebelum ni, mak nad sakit dan cirit birit 3 hari akhir Ramadhan. Mak sampai tak boleh bangun. Yang masak dekat rumah, kakak dengan kakak ipar. Mak tak sihat sampai 3 hari raya tak silap. Masa tu cirit birit mak dah ok. Cuma tak larat nak bangun. Yela, lenguh semua badan.


Nad pulak, tengah malam tu, tiba-tiba je perut meragam. Okla kita pergila ke tandas. Lepas selesai, tiba-tiba dia nak buang lagi. Arrghhh..buang jela..sampaila kali ketiga, pada pukul 3 pagi kau..adoyaii.. Kali ketiga ni nad duduk lama dalam tandas. Kalau boleh nak tidur je dalam tandas..Biar habis kan je terus..hahaa..letih oii keluar masuk tandas.. Kali ketiga dah lama tu, ok sikit. Sampaila esok pagi bangun, ingatkan dah ok, rupanya tak lagi. Dia nak buang lagi. Apa lagi berlari ke tandas. Ok, kali keempat dah selesai..Nasib empat kali je, tapi tu pun kaki dah letih, pinggang sakit..adoii. Mana tak tewas perut ni, raya tu makan laksa, makan rendang, walaupun kuantiti dah sikit, tapi kalau nak jadi, jadi jugak. Mungkin perut terkjut kan..hahaa.

Rupanya bukan nad je, kakak nad pun cirit birit..hahaa. Habis satu rumah kena. Sampai malas nak pergi beraya, bila dah kena cirit birit ni. Tapi nasib dah baik raya kedua tu.

Raya kedua tu pergila beraya. Sebab tu raya ketiga terus tumbang..hahaa. Masa raya ramai cakap nad kurus sangat. Haishh nak buat macam mana, dah makan banyak, anak sedut balik..hheee. Bukan tak makan. Ni lagi sekarang tak lalu makan. Memang makin kurusla. Takpe, bila dah kurus ni bagus, nak baju apa sebut je..hahaa. Tak susah pun. Kang dah gemuk nak kurus pulak..hahha. Syukur jela.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. terkena cirit birit memang susah hati...tak kan ke mana lah jawabnya.. nak kejar ke tandas..naya tu..

    ReplyDelete
  2. cirit birit naya woo .. pedihhh bontot

    ReplyDelete
  3. sama la..huhu.. miera 3 hari cirit birit.. mood nak beraya terus hilang

    ReplyDelete
  4. kena cirit birit mmg haru....

    ReplyDelete