hai assalammualaikum

Kemeriahan Raya 2017 - Dah nak masuk dua minggu kita raya, baru nak buat entry raya. Huishh, mood nak tulis tu susah betul nak datang. Tapi sekarang bila dah tulis, jap lagi banyak entry nad buat..hehee. Tahun ni giliran balik kampung nad pulak untuk beraya. Kalau dah balik kampung memang seronokla. Semua adik beradik nad ada, lepas tu tambah pulak dengan sepupu sepapat. Tapi kali ni tak semua sepupu ada. Takpela, masih meriah. Raya dekat kampung memang takkan berhenti dari pagi sampai ke malam. Ada je rumah nak pergi raya. Biasalah raya pertama kan.

Pagi tu dari Kuala Lumpur, terus bergerak pulang ke Klang. Pertama sekali mestilah salam dengan mak ayah dulu. Pastu bagi anak-anak buah duit raya. Suka budak-budak ni dapat duit raya. Fariza tak tau lagi, tapi dia ambik juga..hahaha..pastu bagi mommy dia. Nasib mommy dia amanah, simpankan duit dia..hehee.


Lepas tu bergerak ke rumah pertama, rumah jiran, rumah makcik dan pakcik. Biasalah kampung, rumah mestilah dekat-dekat. jalan kaki jele. Save duit minyak kereta. Fariza seronokla dia, ramai kawan, sampai lupa mommy dan daddy dia, Lepa stu makan memang tak ingat apa dah dia, makan dan makan je. Nad masa tu makan sikit je, tengah takde selera. Tuan rumah berbaju merah.


Lepas tu pergi ke rumah makcik, kitaorang panggil Wakmon. Kalau dulu ada nenek, nenek tinggal sini. Sekarang rumah dah bertukar, dari papan menjadi batu. Dekat sini, ada sepupu baru lepas melahirkan anak dia. Jadi dia raya berpantangla..hehee. Tengok anak dia, bulat betul mata.




Hah bila ada sepupu sepapat ni, kitaorang akan raya sekali..hehee. Dah rumah pun dekat-dekat. Mana lagi nak kunjung kan..hehee.


Raya 2017 kali ni, nad sekeluarga pakai baju warna oren salmon. Tema baju nad dengan Fariza, kebaya..hehee. Tahun ni lain sikit, selalu dah pakai baju kurung, kita pakai kebaya pulak la. Kebaya nad pakai baju dengan kain beli lain-lain bukan satu set. Tapi Fariza punya satu set. Mr mafia punya baju, pakai baju beberapa tahun lepas..hahaa. Tak sempat nak belikan baju mr mafia, nasib ada baju ni yang hampir sama warna. Wajib sedondon ok, Tahun depan dah fikir nak tema apa..hahaa.

Raya pertama memang banyak rumah pergi, tapi mana yang sempat ambil gambar jela. Sebab waktu tu nad mood tengah tak betul..hahha.


Malam raya pergi beraya rumah makcik jauh sikit. Takdela jauh mana, dalam Meru juga.Ni semua anak dia yang dah kawin, beraya rumah mertua masing-masing. selalu kalau datang rumah ni, akan dapat meggi atau makanan sedap, tapi memandangkan anak-anak beraya umah mertua, kami makan kuih raya je..hehee. Yang tinggal pun yang belum kain. Tu pun keluar beraya.

Raya kedua, pergi beraya bahagian Kuala Lumpur. Dah adik beradik nad pun beraya belah mertua masing-masing. Nad beraya rumah kawan mr mafia yang isterinya sakit kanser payudara. Sebelum isterinya masuk hospital, kitaorang pergi beraya dulu. Paham-paham jela, walau satu rumah, tapi dah jumpa kawan, orang lelaki ni boraknya lama.

Balik tu, nak ke kereta, tiba-tiba ada orang ni, tak tau la siuman ke tak, dia nak ambil Fariza dari dukungan mr mafia. Huishh terkejut kita. Kita pun dah cuak, lari cepat-cepat dekat kereta. Cadangnya nak ambil gambar dekat situ, tapi dah ada orang tu, terus takut, terus masuk dalam kereta. seram. Masa tu terfikir, nasib baik bukan nad yang dukung atau pegang. Mesti orang tu dapat Fariza..eee..seram la weii..Nad perhati je, masa kitaorang keluar, dia tengok je..




Keluar dari tempat tu, cari port baik, terus ambik gamabr..hahaha. Mesti nak gamabr, sebab baju Fariza pakai, baju raya baru beli..hahaa. Jadi nak dijadikan kenangan.

Raya ketiga ke keempat, terus tumbang dekat rumah. Takda pergi beraya. Badan pun dah tak larat. Jadi layan je la tetamu yang datang dekat rumah.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. meriah kalau dapat beraya dengan sepupu sepapat kan?

    tak larat bawak2 berehat nad. =)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Nadia... Time raya kalau dapat berkumpul ramai-ramai memang seronok... banyak cerita nak dikongsikan..

    ReplyDelete