hai assalammualaikum

Spicy Korean Burger Mcdonalds - Nad suka cara Mcdonalds keluarkan iklan, sebab apa yang ditunjuk dekat iklan sama macam kita beli. Sebab tu setiap kali Mcdonalds buat iklan makanan baru mereka, memang nad tertarik nak cuba. Bila tengok ramai kwan yang post, kita pun lagi teringin nak cuba.


Menu terbaru Mcdonalds yang hangat diperkatakan iaitu burger baru mereka Spicy Korean Burger. Adakah rasanya pedas seperti yang dikatakan. Ada kawan dah cuba, ada yang kata pedas dan sedap, dan ada yang kata biasa, tak pedas dan tak sedap. Lidah orang lain-lain. Tengok tempat Mcdonalds juga, kadang ada ok, kadang ada tak ok.

Aritu, mr mafia bawak nad pergi makan Mcdonalds. Rupanya dia nampak nad ada buat status dekat facebook..hehhee. Nad pun lupa ada erk nad up status..hhaha. Kemabukan pregnant buat nad sampai terlupa..hahaha. Tapi nasib mr mafia sayang isteri, dia ingat apa yang isteri nak..hahaha. Jadi, dia pun bawak makan dekat Mcdonalds.

Hadiah Voucher dari Mcdonalds.

Haritu nad ada dapat hadiah dari Mcdonalds sebab nad masuk contest #mostawesomebite challenge ayam goreng Mcd tu. Tak sangka menang. Jadi dapat voucher..hehehe.



Jadi gunalah voucher ni untuk makan Spicy Korean Burger tu. Jimat!!!..

Spicy Korean Burger, Burger Baru Macdonalds.


Harga Spicy Korean Burger dalam RM 15.99 dapar burger Spicy Korean Burger, Air fanta dan kentang rangup.


Sebenarnya tertanya-tanya, kenapa burger ni warna hitam..hahaha. Orang korea kan putih. Apa kaitan korea dengan hitam..hahaha. Banyak tanya pulak aku. Makan jela..hahaha.



Burgernya sekali makan memang biasa, tapi bila dah gigit beberapa kali baru rasa kepedasannya. Selalu makan burger, nad akan letak sos, tapi nad makan Spicy Korean Burger tak letak sos pun sebab dah pedas..fuh..menyengat kau. Memang betul-betul pedas. Rotinya lembut je. Sayur pun banyak, tu nad suka. Daging burger pun lembut dan tebal. Ada rasa masam, mungkin keju dia. Terbaik la burger ni. Memang kenyang makan burger ni.

Kentangnya rangup. Yang tu Fariza yang habiskan. Nad tak tau kenapa tak suka kentang dia...hahaha. Tapi air dia memang sedap. Eh lama tak minum air gas..hhahah..minum sikit jele, lepaskan keinginan tekak ni..hahaha.

Korang bolehla cuba makan burger Spicy Korean Mcdonalds ni. Haritu nad makan dekat Mcdonalds klang sentral Meru. Oh lupa, laki kita tak terima makan Spicy Korean Burger ni sebab gigi dia jadi hitam...hahahhaha. Bukan apa, bila makan terselit..hahaha. Nasib nad nampak, kalau dibiarkan mungkin ingat gigi dia rongak..hahaha. Lawak betul..
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. tak pernah lagi makan...takut tak abis plak nanti sebab kepedasan burger tu

    ReplyDelete
  2. Dari hari tu nak try tak try lagi pun makanan ni... haha.. memang kena try juga ni sebab mcdonald pun dah dekat dengan office.

    ReplyDelete
  3. nk try tp tgk kaler itam trus xselera nk mkn..huhu

    ReplyDelete
  4. Nak cuba try test juga. Sedap ke tak belakang kira. Hiks. Malangnya kat tempat ena ni tak ada McD. Kena mai Rawang paling dekat. Huaaaaaa

    ReplyDelete
  5. Nampak org je post, kena try jugak ni. hehe

    ReplyDelete
  6. menyelerakan zaza tengok..next time boleh la gi mcdonals cuba

    ReplyDelete
  7. petang ni nak beli, nak rasa, bertambah2 rasa nak makan lepas tengok nad up entry

    ReplyDelete
  8. Nampak cam sedapp jer .. nnt nak try jugak laaa

    ReplyDelete
  9. Huda suke sangat burger korean spicy ni, tapi tak suke sangat chips dia, sebab lagi kentang biasa.
    Blogwalking here =)
    Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete
  10. terfikir juga kenapalah dia guna roti warna hitam...tapi iklan dia memang terbaik lah, sampai anak pun boleh hafal..

    ReplyDelete
  11. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS