hai assalammualaikum

Tomyam Putih Sedap - Siapa tak suka makan tomyam oii..sedap dengan macam-macam bahan. Kalau sebelum ni, nad makan tomyam kuah merah tu. Makan dengan nasi. Tak pun, hirup macam tu je. Nad jarang makan tomyam putih.

Tapi sejak kawin dengan mr mafia, selalu juga pergi satu kedai kelantan ni, dekat dengan rumah, selalu nak order dia akan cakap, tomyam merah ke putih. Nad pelik la, pastu order tomyam putih nak tengok macam mana. Rupanya kuah dia warna putih, tapi rasa sama tomyam. Sejak tu nad suka makan tomyan putih.


Lagi tengah pregnant anak kedua, tak tau kenapa, suka sangat makan tomyam. Lagi best dapat makan tomyam putih.

Paham-paham jela bila orang mengandung dah mengidam. Dia punya teringin, memang tak boleh cakapla..kalau tak dapat boleh menangis..hahaha. Pernah, satu hari tu, masa nad tak larat masak, malam tu mintak mr mafia belikan mihun tomyam, sebab teringin nak makan. Tapi, malam tu, dia cakap tak pergi kedai belah sana, dia pergi kedai mamak nak beli lauk je. Memang masa tu mulut dah muncung cakap " takpela "..dia beli lauk je. Spesis mr mafia, kadang nak buat kejutan la kononnya, tapi dia beli salah tomyam. Dia beli tomyam merah. Haishh, memang lagi marah kita..huhuhu..

Nak taknak makan jela, tapi makan sambil nangis. Bagila ,anak kita, Fariza makan, sebab nad tak berapa nak makan. Nasib baik Fariza jenis makan makanan pedas, dia tukang habiskan mihun tomyam merah tu. Mulalah kita merajuk..haaha.. Ibu mengandung janganla dibuat macam ni bila tengah mengidam..hahaha..sensitif..

Lepas mr mafia tau, dia salah beli, esoknya dia beli mihun tomyam putih tu. Nad pun makanla, walaupun malam tu dah makan nasi dengan banyak lauknya. Sekurangnya keinginan nak makan mihun tomyam putih dah dapat. Slurp, slurp kuah diah..legaa..hahah..
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. sedapnyaa. busyra pun suka makan tomyam putih..

    ReplyDelete
  2. Tomyam putih sedap kan? me and Hannah my daughter also love it!

    ReplyDelete
  3. sedapnye.. aahlaa lame tak makan tomyam putih ginii

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS