Educational Toys, Mainan Pendidikan Kanak-kanak, Weplay, Weplay toys, Permainan Rangsang Otak, Permainan Membina Motor Skill Kanak-kanak, Educational Toys Murah.

hai assalammualaikum

Permainan Weplay: Bermain Sambil Belajar - Nad memang suka event parenting ni, sebab boleh bawak Fariza. Bila datang event parenting yang melibatkan kanak-kanak, nad boleh dapat info yang bagus untuk nad sendiri dan untuk Fariza. Bukan nad sahaja enjoy, malah Fariza pulak seronok bila jumpa kawan-kawan dia, dan bermain. Haritu, nad dapat jemputan dari Motherhood.com.my untuk join event Weplay iaitu mainan pendidikan kanak-kanak.

Ibu bapa dulu tak fikir semua ni, sebab dulu tak diperkenalkan dengan mainan pendidikan. Mereka juga berfikir, kanak-kanak bermain hanya untuk keseronokan. sekarang, ibu bapa telah didedahkan dengan pelbagai jenis permainan yang boleh membawa manfaat kepada anak-anak. Bukan sahaja sekadar bermain, tapi juga belajar. Sejak bergelar ibu ni, nak pilih mainan untuk Fariza memang bukan sembarangan. Nak pilih, kena fikir apa kebaikan dan pembelajaran yang dia dapat dari mainan ni.

 WEPLAY
Aneeq ajar Fariza

Weplay : We Learn We Play

Aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar kemahiran tentang dunia disekeliling mereka dengan efektif melalui bermain. Sebaik sahaja kanak-kanak memahami konsep baharu dan melakukannya secara berulang-ulang semasa bermain, mereka kemudiannya menguasai konsep pada peringkat yang seterusnya. Melalui bermain, kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Kanak- kanak juga mempelajari tentang diri sendiri dan individu lain.

 WEPLAY
Permainan Weplay

Salah satu permainan pendidikan kanak-kanak iaitu Weplay. Weplay, iaitu We Learn We Play, bermain sambil belajar. Yup, ni pertama kali nad dengar mainan jenama Weplay. Weplay ni merupakan mainan pendidikan yang berasal dari Taiwan dan dicipta untuk merangsang perkembangan, komunikasi dan pembentukan motor kanak-kanak. Jadi kanak-kanak bukan sahaja bermain dengan gembira, malah dapat pendidikan awal yang menyeronokkan.

 WEPLAY
Pancing ikan

Permainan Weplay, semuanya selamat untuk kanak-kanak. Ia juga boleh dimainkan bersama orang dewasa. Jadi, permainan Weplay ni juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Banyak juga mainan Weplay ni yang menarik hati nad dan setiap permainan mempunyai fungsinya tersendiri untuk membantu kanak-kanak fokus dalam bermain. Sambil fokus, sambil membantu merangsang pergerakan skill permotoran, merangsang kreativiti, imaginasi dan kemahiran penyelesaian masalah. Permainan aktu event ni, yang Fariza main, antaranya Toddler's Playstation, Rocking Seesaw, Soft Gym, Learning Cube, Go Go Balance Fun, Up On Top, Tactile Path, Apple Links, Rock 'N' Fish dan Tricky Tree.

Antara Aktiviti Permainan Dijalankan Sewaktu Event

Hah!, kalau datang event, sekadar dengar je, tak best kan. Pada haritu, banyak aktiviti yang telah dijalankan bagi memeriahkan majlis. Aktiviti ni bukan untuk kanak-kanak sahaja, malah untuk ibu bapa sekali join. Yela, bermain bersama anak-anak adalah satu keseronokan bersama keluarga. Permainan Weplay boleh dimainkan oleh ibu bapa juga.

 WEPLAY
Kredit picture mamajue.com

Permainan Weplay yang ditunjukkan ialah permainan Tai Chi Ball. Mainan ni memerlukan pergerakan seperti Tai Chi mengikut pergerakan bola mengikut alur yang direka dalam bola tersebut. Bolehla buat bersama anak, senaman pagi kan..hehe. Tapi sebenarnya, ia adalah untuk mengajar anak-anak mengimbangi badan dan bersabar dalam melakukan sesuatu.

 WEPLAY
Weplay cookie Festival

Mainan kedua ialah Save The Princess...hehee. Masa ni nad datang berdua je dengan anak. Jadinya nad kena berfikir seorang diri macam mana nak berdirikan kesemua 16 gingerman atau cookies tu tanpa jatuh di atas bot pisang. Yela, fariza baru setahun lebih, dia belum pandai berfikir sangat. Tapi, tu tak menghalang nad untuk bagi dia gembira. Pada masa yang sama, nad ajak Fariza main sekali dan letakkan cookies tu. Memang mencabar..hahaa. Mainan ni ialah Weplay Cooking Festival.

 WEPLAY
Fikir macam mana nak buat

 WEPLAY
Cara bermain cookie festival

Fariza seronok, sebab bila susun, lepas tu jatuh dia akan gelak..hahaa. Tapi nad tak berputus asa bagi susun semula gingerman di di atas bot pisang tu. Cuba selagi boleh. Yang penting anak gembira bila bermain bersama. Ada banyak cara susun cookies atau gingerman ni..kene kreatifla.

 WEPLAY
Membina KLCC Tower

 WEPLAY
We Block Mini

 WEPLAY
Softwood Blocks

 WEPLAY
Ice Ice Building Set

Mainan seterusnya ialah Future Architect. Diberikan empat kumpulan, untuk membina bangunan dengan bongkah yang diberikan. Ada yang diberikan bongkah kayu, lego, macam-macam la bentuk bongkah. Daripada bongkah tu, mereka membentuk pelbagai jenis bentuk dan rupa ada korang boleh tengok..hehee.

 WEPLAY
Menara KLCC

 WEPLAY
Macam-macam bentuk ada

Hasilnya daripada mereka buat..hehhee.

 WEPLAY
Kami berdua happy. Thank you Motherhood, Thank you Weplay.

Menarik permainan Weplay ni. Nampak keseronokan anak-anak ketika bermain. Bukan anak-anak sahaja, malah ibu bapa pun seronok bermain. Nampak disitu keakraban bermain bersama keluarga. Bagus betul Weplay ni. Dengan bermain dapat belajar dan pada masa sama, ibu bapa dapat mendidik anak-anak dari situ.

Kalau korang berminat dengan permainan Weplay ni, korang boleh layari:
Facebook: Weplay Malaysia
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Dengan permainan camni kita pun excited nak main sekali dengan anak² kan?

    ReplyDelete
  2. best tengok mainan tu semua, memang merangsang pemikiran anak2 supaya lebih kreatif.

    ReplyDelete
  3. bagus permainan gini, membantu perkembangan minda kanak kanak

    ReplyDelete
  4. Ajar anak permainan lagu ni dapat merangsang perkembangan minda yang sihat..

    ReplyDelete