888 Tea & Coffee, Teh wangi Ros 888, Teh 888 Segar dan Harum, Teh Murah

hai assalammualaikum

Teh 888 Yang Harum Dan Menyegarkan - Pertama kali dengar pasal teh jenama 888 ni. Memang nad tak pernah nampak pun, sebab keluarga, sampaila dah berkahwin ni, tak pernah minum teh jenama 888 ni.
Sebetul-betulnya, memang ni kali pertama nad nampak dan rasa teh 888 ni masa di majlis Dazzle Five Sense 888 tea & coffee, walaupun kawan cakap, teh 888 ni dah lama dan memang sudah ada di pasaran.

TEH 888
888 Tea & coffee

Nad pasti, ada juga yang tak pernah dengar dan nampak berkenaan teh 888 ni. Korang mesti teringin nak beli dan rasai sendiri teh jenama 888 ni bila nad nak kongsikan betapa sedap dan harumnya teh jenama 888 ni. Tak sangka ada teh lagi sedap dari teh yang biasa kita minum tu..hehe..

TEH 888
Pengurus Besar Dato Ang Poon Chuan

TEH 888
MC yang memeriahkan majlis

Teh 888 ni dikeluarkan oleh Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd ( STGT ) yang merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan pelbagai lagi produk lain di bawah jenama 888. Terletak di Sungai Petani, Kedah, mereka telah menghasilkan dari 2000 tan teh, kopi dan minuman bijirin dalam setahun. Hebat tak hebat la kan. Masa di majlis Dazzles Five Sense High Tea ni, diaorang ada tunjuk video, apa yang nad kagum, company ni takdela besar mana, lepas tu, semua proses dibuat kebanyakan menggunakan tangan pekerja berbanding mesin.

Syarikat ni mengutamakan ISO standard pengurusan keselamatan makanan. Jadi tak perlu risau nak menikmati teh jenama 888 ni. Syarikat ni memperolehi:
- ISO 22000 dari Standard Antarabangsa mengenai pengurusan keselamatan makanan
- Memperolehi GMP
- Sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia
- Sijil Halal dari JAKIM

TEH 888
Cara memproses teh

Dazzle Five Sense: Teh 888 Yang Harum Dan Menyegarkan

Bila nad tengok teh jenama 888 ni semuanya berbeza rupa dan warna dia. Apa yang nad fikir mungkin banyak pokok dia guna, tapi sebenarnya tak..Teh diproses dengan pelbagai cara dengan hanya menggunakan satu daun. Perkara yang membuat teh berbeza dan unik adalah cara setiap teh ditanam dan disediakan.

TEH 888
Teh yang telah diproses menjadi white tea, oolong tea, green tea and black tea

Sebab tu setiap rasa, bau dan kepekatan mempunyai keunikan sendiri.

TEH 888
Kelebihan teh

Kelebihan Teh:
- melegakan sistem pencernaan
- mengandungi antioksidan
- membantu mengurangkan uric acid
- jangka hidup yang panjang
- menghalang penuaan
- membantu membakar kalori

TEH 888
Pu-er tea

TEH 888
Piao xiang tea

TEH 888
Organic green tea

TEH 888
Black tea

TEH 888
Teh wangi ros

Produk dibawah jenama 888 ni dah banyak dikeluarkan antaranya Teh Ceylon, 888 3 dalam 1 Susu Instan, 888 Kopi 'O', dan 888 D'Co Chocolate Malt Drink, dan banyak lagi. Semua dijamin selamat dan halal. Dan Teh popular mereka iaitu Teh Wangi Ros 888.

Haritu, kami dapat merasai minuman komersil 888 yang paling popular, iaitu 888 Teh Wangi Rose. Teh lembut dengan bauan yang wangi daripada bunga kelopak mawar yang segar digunakan untuk membuatnya. Serius, memang wangi. Rasa minum pagi memang segar sangat kepala, dengan bau aroma mawar tu.

TEH 888
Minum dulu

TEH 888
Harum dan Segar minum teh wangi ros 888 ni

Kalau korang nak tau, ada cara nak dapat nikmat minum air teh atau kopi dengan merasai semua lima deria. Barulah kita dapat ketenangan dan kesegaran pada minuman tu. Pertama, lihat secawan teh dan bau aromanya. Rasakan kehangatan cawan. Dengarkan persekitaran anda, dan akhirnya rasa teh.

Mencuba Pelbagai Jenis Teh 

Pengalaman yang tidak dilupakan, kitaorang disediakan pelbagai jenis teh yang datang dari pelbagai negara iaitu China, Indonesia, India, Kenya dan Sri Lanka . Pertama kali dapat rasa macam mi, memang teruja giler..hee..Setiap satu teh mempunyai ciri-ciri uniknya sendiri. Mempunyai rupa, rasa dan warna yang berbeza.

TEH 888
Teh dari 5 Negara

TEH 888
Slurpppp

Bila nad rasa, antara kelima-lima teh ni, teh ad paling suka.ialah China, lebih ringan dan lembut. Manakal yang paling kuat ailah ri Lanka dan Kenya. Tapi kalau nak buat teh tarik, sesuai guna teh dari Kenya dan Sri Lanka ni.

TEH 888
Go Green Nutritional Wrap

TEH 888
Homemade Black Tea Loaf With Salted Butter

TEH 888
Roasted Smoke Chicken

TEH 888
Black Tea Cookie And Rose Cake

Makanan Dicampur Teh

Bukan itu sahaja, kami disediakan makanan yang berasaskan teh. Wah macam tak caya, teh boleh dibuat dalam makanan. Tak sangka sedap juga makanan yang dicampur teh ni. Kreaftif sangat. Terliur tak tengok..hehehe..

TEH 888
Minum koktail 

Minuman Teh Cocktail

Lepas tu, kami dibawa ke rooftop level untuk minum minuman teh ala cocktail gitu sambil menikmati pemandangan atas bangunan. Minuman yang disediakan
tea-tails/mocktails ialah Romance Tutti Rose, Rapture Milk Rose, Awakening Icy Mango Rose and Choco Vanilla Rose..Segar dan sedap.

TEH 888
Sarapan pagi, malam dengan teh 888

Bila nad dengar sejarah jenama 888 ni sangat menarik. Ianya bermula sebagai sebuah perniagaan keluarga, Encik Ang Thong Guan berbasikal selama dua hari untuk meminjam sejumlah RM50 dari bapa mertuanya dan memulakanand perniagaan pengedaran teh 888 di pasar tempatan di Sungai Lalang Kedah sehinggalah ia berkembang maju, sehingga hari ini.

Teh dan Kopi 888 telah di edarkan secara meluas di Semenaryung Malaysia, Malaysia Timur dan juga di eksport ke negara-negara seperti Thailand, Brunei, China, Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan.

Produk 888 boleh di dapati di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur seperti Tesco, Giant, Econsave, Mydin, Aeon Big, TFValue, NSK, Hero, Pasamya Hwa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee, Sabasun, Servay Supermarket dan Pasaraya CKS.


Korang kalau tau lebih lanjut berkenaan Teh & Kopi Jenama 888 ni boleh ke:
Website : www.888teacoffee.com.my
Facebook : www.facebook.com/888teacoffee
Instagram: www.instagram.com/888teacoffee






Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

19 comments so far,Add yours

  1. Woahhh.. akk ttarik yg bleh buat teh tarik tu.. bnyk btul info yg akk xtau psl teh ni. Bgs nad.

    ReplyDelete
  2. Mmg sedap teh wangi tuuu..haishh teringat2 plak dah la ujan kat opis ni

    ReplyDelete
  3. Woww, nampak sedap je nad. Kakpija dah la penggemar teh

    ReplyDelete
  4. Humang aih.. banyaknya jenis teh.. Tq Nad share info pasal teh..

    ReplyDelete
  5. teringin pula nak try teh ni..ada 4 pilihan rasa ye.. paling suka air teh letak ais batu...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  6. Teh cocktail tu macam sedap je.. rasa nak cuba.. masakan yg mgunaksn teh pun ada yea.. baru tahu

    ReplyDelete
  7. Laaa baru tau cara proses ja yg lain, ingatkan guna pokok teh jenis lain lain hehe

    ReplyDelete
  8. Fuhhh macam2 jenis adooo.. kita tatau plak macam2 jenis hehhee..kita tau mnum jer hahaha..tq nad kongsi info..

    ReplyDelete
  9. dapnye teh wangi.. makanan2 tu pun nampak fancy. hehe

    ReplyDelete
  10. Perghh macam menarik je, dahlah azwar memang penggemar minum air teh. ;)

    ReplyDelete
  11. Saya pun baru tau ttg teh 888 ni.. mcm menarik. Boleh cuba nanti. Thanks sharing Nad :)

    ReplyDelete
  12. Suka teh wangi juga. Bila baca review dari Nad ni, rasa esok nak pegi cari jugaklah teh ni..heheh..

    ReplyDelete
  13. rajin guna teh ni.. memang sedap... tambah2 teh wangi...

    ReplyDelete
  14. tak perasan kat pasaraya.. lpas baca blog akak, nak cari la. nk rasa teh wangi ni...saya penggemar teh

    ReplyDelete
  15. macam-macam teh rupanya..yang pasti suka minum teh boh jer...hehehe

    ReplyDelete